Showing posts with label tazkirah n nasihat. Show all posts
Showing posts with label tazkirah n nasihat. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

ADA LAGIKAH RAMADHAN UNTUK SAYA?

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang


Saya,
Saya adelah seorang yang suke berangan
Dan memikirkan bende2 yang tak sepatutnya saya piker
Tapi kadang2 saya rasa saya perlu piker untuk memberi semangat dan langkah persediaan untuk diri sendiri

Dan kerana itu, beberapa bulan yang lepas, bila kerap saya menonton halaqah, saya kerap terfikir,

ADA LAGIKAH RAMADHAN UNTUK SAYA?

Bila saya menonton video peperangan dan pembunuhan manusia, saya mula terfikir, bagaimana dengan ajal saya? Macam tu ke saya akan mati? Ditembak? Dibom? Eksiden kereta? Kalau saya mati, tak sempat dah la nak merasa Ramadhan yang seterusnya.

Saya tak dapat lagi merasa malam Lailatulqadar. Berangan nak, tapi tahajudnya on off. Nak berlatih sebelum Ramadhan tiba, tapi tewas juga dengan hasutan syaitan yang suruh tido. Nak salahkan syaitan sangat pun tak boleh. Sebenarnya effort sendiri yang takde kan..xde kesungguhan. Yang saya bimbang, ape saya dapat tunaikan ape yang saya impikan? Atau ramadhan kali ni akan berlalu macam tu je.. 
APE JADI KALAU RAMADAN NI YANG TERAKHIR UNTUK SAYA?

Saya tahu kiamat itu asrar Allah. Tapi saya tetap bimbang kalau ianya terjadi, adakah saya sudah bersedia? Tak perlu tunggu kiamat. Andai kata bumi Malaysia ni jatuh semula di tangan2 yang kejam, adakah saya bersedia untuk bertempur, ade kah saya sudah bersedia untuk menghadapi sume tu? Membayangkan saja saya tak sanggup. Tapi bagaimana saya nak menafikan yang bumi Malaysia juga sebenarnya tidak aman? Bunuh, rogol, rompak, samun…………. Hmm….Tak mustahil ade mata yang sedang menunggu peluang di atas kelekaan ‘remeh’ begini kan.

Yang paling saya risaukan, bila saya berangan, tak banyak, sikit akan jadi.. saya tak nak berangan bende yang macam ni! Otak…tolong la berangan bende yang indah2.. saya tak nak mimpi2 ngeri saya jadi kenyataan……..Jauhkan la Ya Allah..

Dan hari ni..hari terakhir sebelum Ramadhan. Masanya dah tiba. Esok adalah harinya untuk menghayati Ramadhan yang mungkin Ramadhan terakhir. Di kesempatan ni (walaupun bukan ade orang baca blog saya ni..huhu), andai kata saya ada menyakiti hati kalian, saya nak minta maaf atas keterlanjuran kata2 dan tindakan saya itu.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Inilah masanya, peluangnya untuk kita merasa dan menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang aman. Anggap lah Ramadhan ini yang terakhir sebab akan datang belum tahu bagaimana pengakhirannya. Al-Quran sedang menunggu kita untuk dibaca, dihayati dan dikhatamkan. Adakah terawih kita akan kencang pada 10 hari terawal dan terakhir saja? Buktikan pada terawih, kita mampu laksanakan ia semaksimum mungkin. 


p/s: (T________T) speechless

Thursday, October 10, 2013

Akhlak Rasulullah

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

dah lame xbuat keje ni..hehe..
email dari my preng..untuk dikongsi bersama..


Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

'Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku'

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur'anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur'an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-
'Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi' (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
  • paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
  • Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
  • Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddhak dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur'an/Lughah Arab
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
  • Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
  • Dan banyak lagi.
Maksud Sabda Rasulullah SAW :-
  1. 'Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
  2. 'Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik'
Mafhum Firman Allah SWT :
  1. 'Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan' (Surah An-Nahl :90)
  2. 'Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu'
Maksud Sabda Rasulullah SAW:-
'Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur'an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.'

Ali r.a. berkata :
'Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)
Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

'Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus' 

 Wassalam


p/s: rindunye.. selawat dan salam ke atas junjungan nabi ..

Thursday, June 27, 2013

surat cinta untuk allah..


Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Ya allah....
Hamba mintak maap sangat2 sebab hamba ni jahil..selalu buat salah..yang dah tau salah pun hamba buat..leka...pastu hamba kadang2 selalu komplen ngan ujian yang dikau bagi..padahal hamba dah penah rasa nikmat keindahan aturan yang dikau dah tetapkan..lagi sekali hamba lupa akan nikmat indahnya aturanmu sehingga dikau sekali lagi menunjukkan kuasamu..


Sungguh ya allah...dikau permudahkan urusan..aturan mu ini menenangkan hatiku..walaupun untuk sementara waktu mungkin tapi hamba bersyukur..xtau lagi macam mana hamba nak panjatkan syukur hamba ni..

Hamba2 btol2 xsangka dikau akan aturkan perjalanan hidup hamba sebegini indah..sungguh xdijangka atas aturanmu hamba di hantar ke sini bersama kenalan yang sudah dikenali..di  tempat lahirnye hamba..senang hati hamba ya allah..

Ya allah..
Hamba tau hamba tak layak nak memohon lebih2 lagi2 dengan kuantiti dose hamba yang macan gunung ni..tapi dikau kata kalau nk mohon,mohonlah syurga firdaus..kalau hamba berdose sebesar gunung pun dikau akan ampunkan..betulkan ya allah..

Teruslah pimpin hamba keluarga bakal keluarga sahabat2 dan semua muslimin ke jalanmu ya rabb...kami tiada tempat bergantung selain denganmu..segalanya pada kami ini milikmu..dan kepada siapa lagi kami boleh memohon selain darimu ya allah..dikau saja yang tahu apa di dalam hati2 kami..

Permudahkan urusan hamba
tenangkan hati hamba
selamatkan diri hamba
jangan tinggalkan hamba..
dikau pemilik mutlak seluruh diri hamba..

Tunjukkan lah lagi kebesaranmu agar hati hamba terus merasa nikmat syukur ini kepadamu..

Sunday, January 6, 2013

cite yang xde tajuk..

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

di awal setiap entry mesti aku cakap, (mostly, or maybe just aku je yg prasan sorg) 'dah lame giler xhapdate blog'.
tapi tu le real litinye..saje nak menunjukkan beeeeetttaaaaapaaaa bizinye aku ngan kehidupan dunia sekarang...ish3..
bnyak bende nak cite, tapi cite tanpa ada gambar ibarat mendengar kisah mitos...vallawey....ayat aku...makin hari makin poyo gamaknye..ni sume akibat bile baca blog abg kj...ayat die kan skema..secara tak langsung, ayat aku terskema jugak..(nak jugak salahkan org len..aku sekeh gak kang)

aduyai...nak bebel ape ey...
oh,

KAK NGAH, TOLONG LE UPDATE PASAL KITE GI MEN SALJI TU EY..I XDOK GAMBOR..

tu satu,
lagi..aku sekarang memang dilanda kebizian yang melampau. hari2 balik kol 8 lebih je..
aku sangkakan penderitaan ni nak berakhir dah bile aku dah tulun sapot wat report sikit2..
rupenye ade jua bala yang datang.......
setelah hampir setahun aku bergelumang dalam jawatan ni, dan diantara 6 bulan tu aku makan gaji buta, akhirnye sekarang aku kene pulun pulak wat seminar.
aku memang dah weng abes dah ni...
seminar nak buat bulan depan, ari tu baru start buat ape jadah proposal sume..
tak giler kate ko??
aku dah la dalam mood nak tulun wat report je..tetibe kene buat ni plak...
dah lame aku x stay up, semalam boleh plak aku bangun kol 5 wat keje...
klu la bangun tu wt solat tahajud ke sedap jugak mendengornye ye dak..

tapi alhamdulillah, siap gak la keje tu.. utk part aku...tp totally dalam 80% je baru. yang len, xde info nak letak..sampai en.someone sekali kene tolong aku wat pemplet seminar tu...wahaha..

cite aku sekarang esek pasal keje je kan..tapi nak wat cane..memang tu je yang aku buat sekarang...sampai ari ahad pun kene wat keje.

dan berkenaan pasal ngan keje gak, insyaallah minggu ni aku masuk kursus renang dan menyelamat.tu pun kalau xde yang kaco aku le.. tadi pi la carik2 baju renang..
hasilnye,


sepasang baju swimming muslimah(muslimah la sangat...suar die abes cerut la) sekali ngan tudung yang xserupa tudung + google..

*bayangkan aku pakai sambil wat peace ngan gaya di atas*

klako kan..tp tu la yg ad..
ada 1 tu comey, tapi baju je..

yang ni, 
139RM sepasang...
tambah google 8rm
so total 147 je..
sume ditanggung oleh en. someone  \(^_^)/
Hip2 hoorey!

tq syg sbb blnje bju swimming ni..hehe
(wah.....dah blnje baru nak bersayang2...puiiii..klu tak, esek nak carik pasal je kan....)

nasib baik balik tadi xde email dari bos suh wat keje..selamat aku... esok blom tentu (-_-'')

mintak maap le kat sapa2 yang aku xdapat nak melayan kehendak naluri dia. aku memang bizi.
sekarang ni, kalau ko nak carik pasal ngan aku, sory the lory aku memang xlayan. ko nak mengamuk ke ape, sila la meroyan sorang2. kalau sape2 yang mesej aku xbalas, maap byk2..kadang2 aku xdan nak balas.aku sempat baca je. balik umah, dh penat, tido, esoknye lpe terus..

dan kata2 semangat untuk diri aku sendiri,

BUAT XTAU KAT ORANG YANG NAK CARIK PASAL NGAN KO. SELAGI KO XBUAT PASAL, KO XYAH NAK SEDIH2 SANNNNGAT MELAYAN EMOSI. BEK KO KUMPUL DUIT CEPAT2 N BLAH KE TEMPAT YANG LEBIH AMAN. NANTI DAH XBIZI SANGAT, CEPAT2 LE CARIK KEJE LAIN....
doakan la aku dapat keje lain..walaupun keje ni bes, tapi suasana dah xmacam dulu. sebab aku mmg jenis touching lebih lagi2 kalau aku xsalah tapi disalahkan.. (cam lagu agnes je)..bosan dowh! kalau jauh, msti susah org nk carik buruk kite ye dak...

*start dah meroyan*

ok la ..bye...penat...esok nak bangun awl...
semangat2...zzzzzzzzz


p/s:
bek aku diam dari berkata. sedangkan aku xcakap pape dah kene, kalau aku cakap, xde tempat dah untuk aku kottt....
(isu perlu dirahsiakan atas sebab2 tak dapat dielakkan)


Wednesday, August 29, 2012

ajal datang bile2 mase..

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

rajin lak aku layan youtube hari ni..selalu men gem je.. tai hari ni dapat wat keje ckit..hehe
selebihnye layan video..
rase cam nak insafkan dri..so, tengok video mati2 la..
kot2 jap lagi nyawa kene amik balik..mane tau..kan pinjam je..
tapi, ya allah..hamba nak pinjam nyawa ni lame skit leh? banyak dose ni.. tapi lagi lame hidup lagi banyak dose ye dak..cane tu ey.. berikanlah hidayahMu ya rabb..amin..







p/s: cukup la dulu ekkk..

Wednesday, August 15, 2012

Hadis nabi mengenai wanita.


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 
Wallahua'lam. .


"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
-Ath-Thabrani-


"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
-Ibnu-majah-


"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
-Ibnu - Majah-

*sumber : emel*

Tuesday, August 14, 2012

Rahmat menjadi wanita Islam


dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan  bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? 
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. 
Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. 
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan  jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. 
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
 
p/s: giler!baca yang last2 tu cam ngilu je gigi aku..huhuhu

*emel from MOHD*

Monday, August 13, 2012

petua petui keislaman


dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

Dr.Fadhilah Kamsah menulis   ……..


Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum 
dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... 
tapi taklah everytime 
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
.....either belen makanan mak atau abah ... 
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau 
akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... 
samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu
sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah .....

mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...
dan saya sendiri akui kesannya.....
makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah
namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul 
dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...
jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... 
samalah ceritanya ..

dan mak kata jugak, 
pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,
dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,
mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...
solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ...
kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... 
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...

ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling
berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ....
dapat semua waktu lagi baik ...
sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; 
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". 

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,
baginda pun did mention that all those who listen to him 
(on shall pass on his words to others,and those to others again; 
and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,


*emel from Mohd*

Thursday, June 21, 2012

aku xtau nak cite ape...tgk yo la video ni ye...

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

otak sangat blur hari ni...
sume gara2 nak gi jumpe bos besor petang ni...
dalam hati xbrenti2 doa, moge2 xjadi...
siot kan..haha
tapi btol la...
xske...sbb dorg ni ske bende2 las menet,
setakat ni aku dah buat ape yg termampu...
juz takut dorg pk ak xwat keje..
wpun mmg aku slalu men game...
tapi ak men game sebab xtau nk wat ape lagi...
tensen tau x...

lantok la sane ye dak...

tengok la video ni ye...
comey sgt budak ni...
budak ni umurnye 2 tauuunnnn je....



p/s: oh my....meeting petang ni jadik pulaaakkkk....

Friday, June 15, 2012

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang


Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah..

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
 
p/s: hasil penciplaktepekan (copy paste) dari emel dee..

Tuesday, June 5, 2012

MaNuSiA- MALAIKAT- syaitan

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

p/s: emel dari syairah pasir gudang
harap dapat manfaatnya..amin...

Wednesday, May 23, 2012

cite yang aku xkan lupe sampai bile2..

cite ni ak baca kat mastika..tapi sangat bagi impak kat aku...
n now...baru prasan ,kawan ak penah emel kat aku...


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah,
aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.
Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul di ruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.
Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan..... kekerongkongku....sakittttttttt. .......sakit. rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku.....
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi,
benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh......kerongkonganku berbunyi. Sakit
rasanya, teramat sakit.....
Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar...
peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.
Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.
Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan,sehat ,segar,cerah.... tidak seperti biasanya.
Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.
Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria .
terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.
Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.....ada apa ini Tuhan...???? ????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.....
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.
Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..
Aku mulai berteriak... ..tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.
Seolah mereka tak melihatku...dan mereka terus-menerus menangis.....
Aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.
Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak....
Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan
untuk membahagiakan mereka.
Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.
Tapi waktuku telah habis........ masaku telah terlewat....
aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat
seharian bekerja.
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu
bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya..
Aku mati dalam keadaan belum sholat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh
membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia.
Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh,
mengakui segala dosa & berbuat kebaikan
sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan
Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..
p/s: len sikit dari yang aku baca kat mastika tu..
kat mastika tu lagi terpukul sebab die state kat situ,die xsempat lagi solat asar masa nyawa dia ditarikkan..
kesannye:even ngantuk camne pun,ak tetap akan solat dulu...
tapi...berapa lama leh istiqamah??

tangan yang indah


(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. 

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. 

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. 

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... ......


p/s:emel dr sahabat..
jiwe ngah kosong so no entry wat masa ni..
xdok mood..