Monday, April 17, 2017

Master

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

Semalam banyak gambar konvo yang saya tengok dekat fb.

Sedih? 
Ya!

Cemburu?
Ya!

Terkilan?
Ya!

Menyesal?
TIDAK!

Ikutkan hanya tinggal lagi 1 step sahaja lagi nak dapat macam tu. Tapi saya yang decide untuk stop atas faktor kelecehan sistem pengurusan dan saya pun taknak semakkan otak dengan benda2 cenggitu. Baik saya stop fokus besarkan si kecik ni. Even tak dapat habiskan, saya sangat2 suka dengan ilmu yang saya dapat.

Harap Allah sembuhkan hati saya. Supaya saya tak menangis lagi dengan benda2 yang kecik sebegini. Even tak dapat master tu, ingatlah yang diri tu dah berjaya master bagi susu dekat anak. Harap ini sajelah dapat ubatkan hati yang lara.

Mungkin juga hati sedih sebab lain. Antara penyebab malas nak sayang orang lebih-lebih. Nanti terharap mereka juga buat perkara yang sama. Taknak dah lebih2 excited. Ada rezeki panjang umur jumpalah. 

Tinggal lagi 5 bulan nak dapat phd bagi susu dekat sayang umi ni.😘

Takpelah sayang.umi xdapat master pun. Daripada awak jadi mangsa, baik umi stop je, layan awak. Dapat tengok awak main, tidur, lari-lari depan mata umi, tu pun umi dah bersyukur sangat. 
Takpelah umi tak dapat keje bagus-bagus pun. Sekurang-kurangnya umi ada masa untuk awak dan babah. Ada masa untuk doakan babah sihat tubuh badan makin dimurahkan rezeki. 

Jalan cerita setiap orang berbeza.
Jangan sedih.
Jangan kecewa.
Jangan berputus harap.
La tahzan..la tahzan..la tahzan..

Ingat matlamat akhir perjalanan.
Jangan lemah dengan layanan perasaaan. 
Lepaskan yang bersimpul.
Teruskan walau hampir tersungkur.
Sendiri pun tahu.
Masa tak tunggu.
Tiada ruang untuk yang bersedih.
Tiada tempat untuk yang terhegeh-hegeh.


Ingat momen awliya belajar berjalan?
Jatuh bangun jatuh tetap jua diteruskan.
Tanpa sedikit rasa penyesalan.
Walau sakit luka badan.
Berhenti bersedih.
Banyak lagi perkara perlu difikir.



Monday, April 10, 2017

Penapis Air

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ni dah kenapa pagi-pagi buta duk cerita pasal penapis air ni? Jual penapis air lak keee???

ahahhaha...tak jual...tapi semalam duk scrol fb tetiba ternampak la 1 iklan penapis air ni. Saje la klik nak tengok harga berapa. tapi harga tak letak. yang ada cuma perbandingan air dia, air paip dan air penapis lain di mana air dia je yang bersih. air lain kotor.
 menyampessss tengok..

Dulu masa saya sambung master amik environMENTAL enginering tu ada lah belajar pasal penapis air. jadi saya tahu lah serba sedikit pasal RO, activated carbon bla bla bla.. nak kata terer tu tak la sebab saya tak dpt certificate master tu pun...haha..
terkilan tak dapat habiskan tapi tak nyesal pun berhenti belajar. ilmu nya tetap saya dapat.

berbalik kepada penapis air tadi, kenapa air dia tak kotor bila buat elektrolisis??katanya sebab dalam air dia xde TDS. Total Dissolved Solid. maknanya air dia xde bahan enapan. 
ya memang betul xde sebab dia guna penapis REVERSE OSMOSIS singkatannya RO lah yang orang panggil sekarang. tapi dia tak jelaskan dengan sejujurnya kenapa air dia jadi macam tu, air lain jadi sebaliknya..

yang bagusnya RO ni, dia punya liang penapis (bukan liang lahad ye) sangat2 micro JADI DIA TAPIS SEGALAAAAA JENIS MOLEKUL DAN YANG BOLEH LEPAS HANYA MOLEKUL AIR. apa maknanya kat sini? maknanya, air RO ni totally air... xde khasiat.

yang merah kuning hijau tu molekul baik dan tak baik..habis semua kena buang..hehe

haaaa... part ni la yang depa sembunyikan..
Memang la xde tindakbalas bila buat elektrolisis sebab air tu air kosong jer. Air lain tu mungkin ada molekul bercas. So bila masukkan elektrod memang la akan ada tindak balas gelembung2 tu. Tinggal lagi nak tau gelembung2 tu apa benda je.

dalam air RO, ion biru ngan merah tu xde..

Masa saya tengok dia buat eksperimen tu, saya duk terfikir siapa2 yang bukan aliran sains atau yang terlupa basic pasal kimia mesti kesian kena tipu.

kalau korang pi kedai beli air, perasan tak ada air mineral tutup hijau, dan air tutup biru tulis air minuman?
taraaaaa...
tu la bezanya...

air minuman biasanya guna RO - hanya air sahaja xde khasiat. sebab tu harga dia murah.

macam air mineral pulak, harga lebih mahal sebab dalam air tu ada khasiat contohnya calsium etc etc.. dan ce check dekat label. sumber air mineral selalunya daripada air bawah tanah. lebih bagus untuk diminum. pernah tengok orang beratur ramai2 tepi bukit amik air mata air? katanya boleh sembuhkan penyakit la apa la... tu sebabnya ada sumber mineral dalam air tu..

ntah korang paham ke tak den bebel ni..haha...
Tak kisah la tu..yang penting, kalau korang nak beli water filter jenama apa pun belilah. 
TAPI JANGAN SAMPAI TERTIPU!
kunun2 boleh sembuhkan penyakit la..air dia lagi bersih la..ph tinggi la lagi bagus la.. membongak semua tu..
ph untuk drinking water biasa 6 - 8.5 gitu je... yang nak ph tinggi2 tu buat ape? 
berlubang tekak kang...haaa (ayat hyperbola je ni)


disebabkan nilah saya sangat particular nak pilih penapis air πŸ˜‚
Kalau diikutkan dekat water treatment kita dah treat air betul2 dah dan keluarkan air ikut standard minimum. tapi on the way nak sampai rumah kita tu la mungkin terenap benda lain. contoh kat rumah saya ni, karat dia allahu....paip sinki tu tak sampai setahun dah karat..

macam mana nak pilih penapis air?
pilih yang tak membongak dan mampu untuk korang beli...tu je..

yang mana kata air dia paling bersih berbanding penapis air lain --> REJECT
mana kata air dia boleh sembuhkan penyakit --> REJECT
Mana yang sampai kena buat loan bagai untuk beli penapis air dia --> REJECT

nak jual produk riban2 tak kisah. asalkan bila jual tu jujur. contoh
' Penapis air kami ni sama je dengan penapis air lain. Bezanya kami dah upgrade ada air panas, air biasa dan air sejuk. Kami juga ada servis after sale selama 7 keturunan. sebab tu harganya lebih mahal'. 
haaaa....jujurkan sedap dengar.. elok2 taknak tertipu dah kena tipu dengan kejujuran seller..

Alahai kakpah..cakap banyak plakkk...jadi la seller penapis air cenggitu..
hahahah...tak payah...rentikannnn...sebab saya duk ushaaaa je ni macam mana nak buat penapis air homemade πŸ˜‚ disebabkan takut en hubby kata i senget, so pendamkanlah hasrat itu.

Ok la..seronok jugak bebel pagi2 ni. Xboleh tidur mengenangkan eksperimen sains diperkotakkatikan oleh individu tak bertanggungjawab. Ni dah lepaskan apa yang terpendam,boleh la sambung tido..wakakakaka

Sunday, April 9, 2017

ESCARVES NAYLA 3.0

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

hahahaha...mesti sape yang baca blog saya sekarang berasa sangat lah membosankan minah ni asyik update pasal tudung je. alah...dulu pun bosan jugak kan.. i bebel sorang-sorang je..bukan ada yang baca pun..kah3..xde hal lah..memang blog ni untuk saya bebel-bebel pun. Wehuu..

maap le kalau ada yang boring. Sebenarnya baru-baru ni saya dah dinaikkan pangkat dalam arena berdropship ni. dulu agen dropship biasa je. sekarang dah jadi Master Agen. Kena lah bergiat lebih sikit sebagai bukti kecintaan taat setia kepada incik bos dan puan bos kitew tu.. πŸ˜‚

ada yang ingat mesti saya dah buat sale letop-letops sampai boleh jadi Master Agen. Ntah la ek..malu nak cakap pasal sale sebab rasa tak layak pun. Tak tau la apa yang mereka nampak dekat saya ni sampai sudi nak naikkan pangkat saya. hehe..Tapi  Alhamdulillah...dah orang nak bagi, kita amik je...jangan lepaskan peluang..... saya terima pun bukan sebab nak fuyu2 ke apa.tapi lebih kepada nak mencabar diri sendiri,lepas ni SILA JANGAN MALAS-MALAS. dan disebabkan itu, saya telah berjaya mengemas 50% rumah saya. kah3.. sebelum ni sape yang nak datang rumah kena bagitau dulu sebab setiap sudut rumah bersepah. sekarang dah tak lagi...tak tahu la berapa lama kekemasan ni akan kekal...ntah2 esok lusa sepah balik...whuah3

panjang benor mukaddimah...
ok..kembali cerita pasal tudung. buat masa ni, kami di Quenzara selaku stokis brand2 tudung labuh baru ambil 5 brand tudung. Salah satu yang terkenal adalah Escarves. kalau tengok harga Escarves ni memang rasa nak menitis air mata beb. Lagi-lagi bagi golongan yang biasa beli tudung 5rm 10rm macam i ni.haha. tapi saya duk peratiiii je...kenapa lah dengan harga macam tu pun ada orang beli..

nak tahu sebab apa?

Sebab material dia. 
depa guna panora chiffon dan inner pulak guna cotton.
Saya ada pakai inner cotton..memang selesa weyyy... panora chiffon ni je belum dapat can nak pegang. tengok video bawah ni, nampak cantik beralun kan?




sebenarnya harga dia taklah mahal GILER. just nice la.. affordable gitew.. BM nya apa?Mampu milik..haaa...sangat-sangat berbaloi dengan material yang dorang guna. member-member saya yang pakai ESCARVES ni pun cakap tudung ni memang best! (bukan merujuk kepada NAYLA sahaja)
makanya, kepada yang teringinnnn nak try pakai ESCARVES, boleh la try beli NAYLA 3.0 ni. Sebab hat yang ni paling mampu milik πŸ˜‰

yang berminat nak beli boleh contact saya terus di nombor ni πŸ‘‰ +60137141201

pada yang hanya nak cuci-cuci mata, boleh ikut sini ya. Masuk tengok-tengok dulu..tak beli takpa..(ulang 100x)..hahahahah

ada 10 pilihan warna yang sweet-sweet

tetiba rasa nak pilih selai..sendiri update, sendiri terpengaruh..masakkkk laki den gini...πŸ˜…


FLAMINGO FUSCHIA



SEAGLASS BAMBOO



ROSEWOOD



AMETHYST PLUM



DANDELION


OLIVE



JADE PINE
 



NAVY TAUPE



LILAC GREY



PEACH BLUSH



~~ Testimoni Escarves ~~
#Quenzaraprincess









ok now.
KENAPA UOLS PERLU MILIKI NAYLA NI???

Like I said before, sebab material dia yang super duper best dan tip top, confirm uols tak nyesal beli.
Material: Panora Chiffon (body) + Soft Cotton (Awning)
Ukuran : Bidang 60 
✅Saiz L (2.0m x 80cm)
✅ Tidak Jarang (Opaque)
✅ Tidak Panas
✅ Flowy
✅ Labuh
✅ Inner terbentuk elok
✅ Pinless
✅ Minima Iron
✅ Inner Dalam Labuh menutupi leher.
✅ Didatangkan dengan 10 pilihan warna yang menarik (CANDY COLOUR)
.
FREE POSTAGE untuk 3 helai Nayla & ke atas. Apa lagi...pakat-pakat la dengan mak, adik kakak ipar duai semua beli...boleh jimat kos postage...ehehe πŸ™ˆπŸ˜˜

Harga cuma RM59 
*belum masuk postage ^____^


cara order: whatsapp atau pm

Whatsapp: +60137141201

FB Page: jubaHasya

                          
JIKA ADA YANG BERMINAT NAK JADI AGEN DROPSHIP QUENZARA, BOLEH JUGA WHATSAPP NOMBOR SAYA TADI TU UNTUK INFO LANJUT HOKEH. :*

Insyaallah Selasa ni weol ada kelas IG Marketing. Baik join cepat sebelum kelas berlangsung...hehe.. πŸ˜„



<< Tudung apa lagi yang ada???>>
KLIK SINI 






Thursday, April 6, 2017

ESCARVES EASY ROSSY

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sementara putera kecik ni tido,boleh la saya update pasal tudung ni sekejap.

EASY ROSSY BY ESCARVES

Tudung sarung labuh yang mudah dipakai.
Sawan meroyan omak nengok tauuu...πŸ˜‚

Apakan daya, sekarang ni kalau nak beli tudung je terkenangkan tudung-tudung aidijuma yang berlambak-lambak belakang pintu tu. Sampai tak muat dah tempat sangkut tudung.πŸ˜…

Siapa yang dah tahu kemantopan Easy Rossy ni dan nak beli terus, boleh whatsapp saya ekk
+60137141201

Jom la layan video tutorial Easy Rossy ni dulu


Simple je kan??
Adoii..den dah jatuh cinto ni..tapi takut nak kobar kat cik abg den tu haa..
Berhuhu haha je la.. nanti dah berjaya kosongkan penyangkut tudung baru boleh tengok balik..😜

Okeh..kembali ke pangkal jalan. Saya update ni untuk jual kat uols..ngah3..so sape2 yang tempat simpan tudung dia ada kosong lagi atau bercadang nak beli kotak tudung baru, haa..meh beli easy rossy ni..😜

Ada 10 pilihan warna.
Bab material , ramai peminat Escarves ni sangat-sangat puas hati dengan materialnya yang selesa dan tak panas.

Sebelum kita cerita tentang harga and so on, moh la nengok model-model ni bergaya dengan Easy Rossy πŸ˜‰











Agaknya dorang ni photoshoot dekat Taman Morocco Putrajaya tu la ek. Cantik semacam jeee... 

saya agak jeee..tak tau la betul ke idok.. sebab xpernah dapat jejak Taman Morocco tu walaupun tempat tu sebelah je dengan Taman Botani. (Taman Botani saya dah pergi.hanya mampu usha Taman Morocco dari jauh..haha)


EASY ROSSY
MIDNIGHT BLUE


EASY ROSSY
HAZEL WOOD


EASY ROSSY
FOSSIL DOVE


EASY ROSSY
CORAL PEACH


EASY ROSSY
AMBER CHERRY


EASY ROSSY
HEATHER ORCHID


EASY ROSSY
BALLET TAFFY


EASY ROSSY
ARCTIC ROSE


EASY ROSSY
FLINT ASH


EASY ROSSY
HONEYDEW PINE

korang suka warna apa?
Kalau ada yang geng dengan saya, xdapat nak beli, cuci mata pun boleh..
Berangan kan free je..hehe

KALAU dapat ni, saya nak beli warna peach coral 😍😍😍
Tapi KALAU kaya, semuaaaa saya nakk..haha

Wokeh..
Untuk yang berminat nak beli EASY ROSSY ni (sementara stok masih ada la ye sebab ESCARVES ni laku kerasπŸ˜„), ini details Easy Rossy

πŸ’– Tudung Instant yang sap sap soiii sarung terus siap
πŸ’– Inovasi tudung instant ala mak2 kepada tudung instant gadis2
πŸ’– Mudah dibentuk
πŸ’– Super Flowy
πŸ’– Dijamin Labuh
…confirm puas hati
.
Material Panora Chiffon (Body) yang lembut beralun dan Soft Cotton Lycra (Inner) cantik terbentuk memberi efek muka runcing.
.
+ SIZE L (cotton 0.75m,chiffon 0.85m ) - Size Muka 9.5-10" (inner) 12" chiffon)
+ SIZE XL (cotton 0.75m, chiffon 1.0m) - Size Muka 10-10.5" (inner) & 12.5" chiffon)
.
[+] HARGA PATUT dan MAMPU MILIK ! 
Saiz L RM69 
XL RM79 
.
-------------------------------
 SPECIAL OFFER 
-------------------------------
   FREE HANDSOCK (Selagi Stok Masih Ada)
 BELI 3 HELAI FREE POSTAGE
.
Berminat?



Whatsapp +60137141201 (Hana)
IG: jubahasya
FB: syarifahnurfarhana syed hassan
FB Page: jubaHasya



#dropshipdiperlukan
#tudungHasyaHana
#QZtudunglabuhstopcentre 



Siapa yang dah beli, maghi le bagi gambor.boleh letak dalam ni sekali😘


~~ Testimoni Escarves ~~
#Quenzaraprincess

Sebahagian peminat Easy Rossy ^_____^


<< Tudung apa lagi yang ada???>>
KLIK SINI