Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Monday, September 4, 2017

Rawatan Resdung @ Muar

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Perghhhh...lama gila tak update blog seh...sejak komputer dengan laptop bergabung mogok merosakkan diri masing2, blog ni sentiasa dalam ingatan je. Takde mood nak upate dengan henpon sebab sangat leceh hokeh..

Tapi hari ni kugigihi jua. Sebab nak mendelete gambar2 dalam henpon ni. So, kita tepek gambar dalam ni siap2.hehe


Sempena cuti raya haji tahun 2017 ni, bertuah la encik hubby sebab dapat cuti lama dekat kampung dia. Kilang dia tengah cuci mesin katanya. Huntung leeee... tahun depan raya kat kkb, mesti kilang tak nak cuci mesin (buruk sangka..hahahaha)

Ok..stop sesi buruk sangka. Kita tengok bab positifnya pulak.

Disebabkan cuti yang agak lama jugak la. Dapat dia pi buat rawatan resdung. 
Boleh usha la gambar2 ni. Tak banyak amik gambor sebab jenuh jaga budak tengah aktif ni.

Ni haa..alamatnya..
Mula2 kitorang terpegi rumah adiknya, sebab kat signboard, Lorong Haji Melan tu ada tulis rawatan resdung. Ingatkan kat situ.. alamat pulak 126-1. Ingatkan betul dah..rupanya rumah sebelah..kih2

Nasib le masih menjadi orang pertama yang buat.

Nenek tu panggilnya mak uda..
Guna teknik hembus2 dalam air..
Nanti ulatnya keluar kat dalam air.

Tiup kat corong ni. Tempurung kelapa + batang buluh kot

Ingridient paling penting adalah biji terung.
Ni bukan terung biasa.memang untuk berubat punya.

Buh kat atas plate panas ni+ minyak masak sikit nanti dia berasap2..
Tiup guna mulut n kemudian ganti hembus guna hidung then nanti ada ulat tersangkut dekat tepi2 bekas yang ada air tu.

Antara ulat2 yang keluar dalam masa sejam.
Rawatannya sejam je.

Kakak en hubby pun buat jugak..tapi keluar tak banyak sebab dia makan ubat.
So sape nak datang buat rawatan resdung ni, stop makan ubat sekejap k..

Alhamdulillah, kakak ipar saya tu walaupun masih teruk. Dia kata gatal dekat mata dah kurang.
En hubby pulak, memang xde dah bersin2 lepas mandi. Memang serasi dengan dia.

Ada masa lagi insyaallah akan pergi lagi. Mak uda ni pun peramah. Tak de rasa segan silu sangat.keh3

Baru perasan ada signboard ni dekat pagor😅

So siapa nak try kat sini boleh la try.
Alamat ngan no tipon ada tu. Boleh contact beliau.

Kalau tanya direction, nak senang, dari by pass muar tu masuk ke persimpangan jalan kampung tengah. Area rumahnya antara dua taman..taman Rambai dengan taman apa ntah..lupa..taman makmur kot..
Deretnya ada tempat nursery pokok.

Bayaran pula seikhlas hati❤❤❤


Kalau ada apa2 nak tanya boleh emel terus kakpah89@yahoo.com

Maklum le..jarang bukak blog.. kang tanya apa2 tak perasan pulak😁

Chewahh..macam ada orang nak tanya dia..kah3

Oh..by the way, anak mak ude ni pun ada buat jugak rawatan resdung. Dekat pontian, parit sikom. Boleh contact no mereka teruslah sebab kitorang lupa nak tanya lokasi rumah anaknya tu.hehe

K bye.. nak buat benda lain pulak✌

Wednesday, April 5, 2017

Travel Back to Back

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Malam ni jadi burung hantu. Tak tido. Biasa lah..bila dah berjaga after 12am, payah betul nak lelap. Alang-alang dah tengok henpong tu, godek-godek galeri. Ada gambar trip pergi Kelantan. Disebabkan cerita boleh dikatakan masih fresh, moh le kite catit siap-siap. Sat lagi lupa, sia-sia jer..

Startingnya pagi-pagi pukul 5am hari sabtu 18/3/17 tu kitorang gerak balik batu pahat. Syok woo gerak pagi-pagi. Tak ramai orang. Ikut plan asal nak gerak pukul 3. Tapi masing-masing terbongkang tak sedarkan diri.whuah3

Bila gerak agak lambat tu, subuh la kat tengah jalan. Sampai kampung, ada budak rajin nak tolong nenek siram pokok.. hehe

Eden lupa yang Johor kena bayar air. Sajeee je suruh anaknya cucur sana cucur sini

Dekat kampung takde buat apa sangat sebab mak tak sihat. Embah pulak ada rewang. So duk rumah je la. Layan hujan. Syok woo dengar bunyi hujan kena zink.

Ada 1 malam tu tetiba blackout..so inilah kali pertama awliyauddin tengok lilin..hahahahaha...pastu asyik buat akal je macam mana nak pegang api. 


*mata dah ngantuk la pulak.nanti sambung*


#############################

ok...sambung balik cerita...haha...aci tak sambung-sambung gini??

Akhirnya senin tu kitorang balik ke saujana putra. Lepas rehat-rehat sekejap, dalam pukul 3 macam tu saya singgah amik stok pau cendawan dan pau ayam panggang untuk letak kat kkb, then terus pecut balik kkb.

Esoknya perjalanan diteruskan ke Kelantan pulaks..hehe

21/3/17

Gerak pagi tu pukul 10. Lalu Gua Musang naik ikut Fraser Hill. Gila nak muntah jalan bengkang bengkok gitu. 

Disebabkan semua dah penat, malam tu berehat dekat sini

Damar Inn


22/3/17

Rabu esoknya ada majlis kahwin anak murid ibu dekat Selising. Si kecik ni sampai-sampai terus terjah mainan orang. Buat macam rumah sendiri pulak.


Balik tu pegi Padang Besar. On the way tu nampak etok-etok ni. Teringat la kak ngah kata sedap la ape la. So dah jumpa ni boleh la try. Memang sedap tapi masin. Dan rupanya inilah haiwan yang ada dalam sungai dekat sebelah rumah tu. Ahaha.. masa baby rupa lain. Dah besor gini rupenye..


Muka penat lepas pusing Padang Besar.

***RALAT***
BUKAN PADANG BESAR..TAPI RANTAU PANJANG...HAHAHAHA
tengkiu kak ngah bagitau..keh3

Takde ape pun dekat sana. Mungkin weol yang tak tau kat mana tempat murah and tak tau nak beli apa.haha
Design baju semua sama. Takde yang wow. Barang2 pun biasa je.

Balik tu, singgah rumah kawan ayah merangkap anak murid ayah dan anaknya tu pulak anak murid ibu. *baru merasai betapa syoknya jadi cikgu* . Sembang-sembang. Makan sup daging segala bagai. Then dia tunjukkan CHALET yang boleh mancing. 

Saya dengan ibu dah excited la ni. Menggeletis nak mancing. Sekali sampai, 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JADI ORANG KAYAAAAAA...
Hahahahahahaha

Kitorang kalau jalan-jalan biasanya pergi tempat biasa-biasa je. Motel ke Chalet ke Homestay ke..
Sekali dapat cenggini. Haha..layannnn...


Budak kicik ada sironok dapat main telepon





CEO HASYA'S ENTERPRISE





Malam tu pergi jenjalan dekat pasar malam. 

Syok dia lari-lari.

Wefie sementara tunggu lif naik.

Tok walid pergi amik barang dekat kereta. So sementara tunggu tu amik gambor banyak-banyak.










Penat beb jalan-jalan tak pakai carrier. Boleh pulak lupa nak amik carrier kat kereta.

23/3/17

Esoknya sarapan dekat hotel.

umi memang suka amik gambor kat toilet. cerah luar biasa rasa..hahaha

Sebelah restoran tu ada swimming pool. Apalagi...menggeletislah ulat bulu beluncas kecik ni. Pastu ada tempat mainan belon2 macam dalam gambar kat belakang saya tu. Tapi dia takut pulak nak main.Cait!



muka kenyang dan ready nak shopping


Belakang tu restorannye..


Lepas tu pergi pasar khadijah pulak.
Ibu shopping kain. Saya pulak, cuci mata. Nak shopping ongkos xde.haha


Bagus betul siap letak doa camni..

Lepas abes pusing-pusing tu, rasa tak larat nak jalan. Balik naik beca.hehe

Awliya takut dengan pakcik tu.
Semua nak takut.ape laaaa...

First time naik beca. Suka dia!

Sampai hotel, rehat-rehat. Paksa si kecik tido sekejap. Pukul 12 check out. Then gi makan kat sini



Siyes murah! Boleh dikatakan puas hati la sebab pi makan tempat lain, harga standard. Yang ni murah, kenyang, dan banyak choice.

Sebelah RESTORAN NASI ULAM CIKGU tu ada RUMAH KRAFTANGAN ni. Singgah kejap la lalu-lalu tengok apa yang ada.




Depan tu ada muzium. Tapi sebab kena bayar, ayah taknak pi.



Gerak dari Bandar Kota bharu tu, kitorang gi Tok Bali pulak. Bermalam dekat sini 1 malam. Harga tempat tinggal RM55, tapi...ermmm..boleh la jadikan tempat tido.


Kawasan tepi laut. 
Subhanallah, cantik sungguh lautnya.

jiddah nak mancing..

Dapat tangkap ikan kecik.


24/3/17

Esok paginya bawak awliya' main laut. Sekali dia jatuh tergolek. Terus la mandi.


Tengok kuda.
Tak sempat nak naik semalam.

Disebabkan ibu tak puas nak mancing, so nak jugak berhenti dekat Rantau Abang.

Singgah kejap makan akok dan minum air kelapa..ni pun first time makan. Rasa macam kuih bakar tapi manis


Akhirnya sampai tempat dituju

Dahimah's Guest House

Puan Dahimah ni orang Australia. Kahwin dengan orang tempatan -->ibu la cakap..sebab ibu dah banyak kali pergi sini...



Paya tempat yang dinantikan untuk mancing



dapat bilik dekat dengan paya ^_^

Pemandangan depan bilik

Ibu dah suka kat tempat ni.

Dapat la beberapa ekor ikan.
Awliya dapat sekor sepat dan sekor ikan misteri.
Jiddah dapat sepat 2 ekor.
Umi dapat 2 ekor sepat jugak,tapi terlepas.serupa tak dapat la kan.haha

Ikan sepat semua kojol. Jadilah ikan pekasam.

Sepat kojol dijadikan pekasam

Yang hidup ikan ni je. Duk berenang-renang merindui kawan2 nya yang lain.
Nanti ada masa, ktorang gi sauk kawan-kawan kamu pulak ye. Sebab kamu sangat cantik!


Sekian sahajalah ceritanya.

Nanti korek galeri lagi. Banyak lagi nak cerita ni. Trip-trip yang lepas.