Monday, November 30, 2015

Happy Anniversary ke-2

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang


fushoh2..diam tak diam dah 2 tahun kawen...rase macam dah 10 tahun kawen...hek4

Alhamdulillah..diberi nikmat ade peneman sampai ke hari ni. dan sekarang dah tambah peneman lagi sorang. pakwe baru, bodyguard di hari tua..ceceeehh...

*owhhh...pakwe baru tetibe bangun...macam tetau je tengah ngata dia*

 disebabkan saya masih lagi macam ting tong, hidup dalam keserabaian disebabkan tak biasa dengan pakwe baru, makanya saya takde idea nak buat ape untuk anniversary ni..boleh tak nak assume pakwe baru sebagai hadiah anniversary??hahaha

nak bagi bunga, yang ada kat dapor tu cume lah bawang dan halia yang dah tumbuh jadi pokok kat dalam bakul penapis tu (-_-")
*menunjukkan betapa lamenye saya tak masak..haha*

nak masak buat laok spesel kang en hubby makan sorang...saya mane boleh makan lagi bende bukan2..
tak aci r kat situ kan...saya masak, patut saya makan lebih..whuah4

nak belikan ray ban, saya nak bayar duit prudential pun duk cek purse berkali2..hahaha
gile sadis hidup tak keje gini..



Saya hadiahkan doa je la..
hadiah utama pakwe baru
sub-hadiah doa..

haaa...bes ape....hahahaha
saya kan dah up title jadi umi..
doa umi kan makbulllll...
ngeee



HADIAH UNTUK SAYA,
SAYA NAK
BERCUTI DEKAT CAMERON HIGHLAND..
semingguuuuu...hek3


nampak......
nampak benor bininye ni xmalu...
hadiah xnak bagi..
tapi dia lak pi mintak hadiah...
demand lak tuuuuu...


Tahniah..
anda berjaya memenangi peraduan lumba lari.. *deep*
hahaha


Ucapan di hari ini

::SEMOGA KEHIDUPAN KITA BERTAMBAH BAIK

::DIKURNIAKAN ANAK2 YANG SOLEH
*anak soleh sorang dah ade, hope aniberseri ke-5 baru tambah lagi sorang...troma lagi woooo*

:: DAPAT BELI RUMAH SENDIRI

:: TERMAKBUL SEGALA PERMINTAAN YANG TERBAIK UNTUK KITA
*abg dpt keje yang abg suke
syg dpt keje yg sesuai 

nak bagi ucapan panjang-panjang, pakwe baru dah marah...
k la..bubbyee...


p/s: feling nak mekap cecantik lagi...haha

ni yg rs nak buat entry khas letak gambor je...tapi xpe la...malassss..haha

Friday, November 27, 2015

Cloth Diapers

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..

hari ni nak cite pasal Cloth Diapers (CD). tapi yang betul-betul basic la..sebab saya pun baruuuu je guna CD ni...ade 2 ketul je kat umah ni sekarang...whuah3
so, harap info saya ni betul la. otai2 CD kalau terbaca cam ade info yang bermazhab 'kakpahselambeland' ni, mohon betulkan..


JENIS-JENIS CD

sumber: www.manjakucomel.com

CD ada beberapa jenis:

1. Pocket
2. All In One (AIO)
3. All In Two (AI2)
4. Fitted *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*
5. Diaper Cover *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*

*********************************************************************

1. Pocket 





 haa...macam gambar kat atas ni, ni contoh Pocket CD
:: insert dan lampinnya berasingan
:: sebelum pakaikan kat baby, kena masukkan insert dalam poket CD 


:: boleh masuk 1 @ 2 keping insert, depends pada kekerapan dan kuantiti kencing baby.
:: sebelum cuci, kena asingkan CD dengan insert
:: kelebihan-cepat kering
:: kekurangan - masa tukar lampin, kena tukar kedua-duanya sekali iaitu CD dan insert.

amende insert tu?

haaa...ni namenye insert...

insert ni untuk serap air kencing.
ada banyak material yang ade dalam pasaran - berbeza dari segi harga dan tahap penyerapan.
kalau jenis microfiber ni jangan buat lapik atas CD tu pulak tau..sebab material ni tak boleh direct kena kulit baby. sebab tu masukkan dalam pocket CD tu..


2. All in One (AIO)

AIO CD, insertnya dijahit sekali dengan CD.
Macam pakai pampers biasa la...boleh pakaikan terus pada anak.
Akan tetapi, bila dah ada insert sekali dengan CD, bila basuh tu lambat lah nak kering. sebab tebalkan... kelebihannya, takyah dah renyah2 nak masukkan insert dalam CD.

*gambar dari fb manjakucomel*


3. All in Two (AI2)

AI2 CD, insert dan diaper cover direka berasingan.
Untuk CD yang ni, insert cuma perlu diletakkan di atas CD.xpayah nak masukkan dalam poket segala.
Nanti bila nak tukar, tukar insert nye je la..CD tu kalau elok, boleh guna lagi. Jimat la tak payah basuh banyak-banyak.
CD jenis ni sesuai untuk bawak pegi travel atau yang xnak basuh CD banyak2.

*gambar dari fb manjakucomel*

akan tetapi, perkara penting yang perlu diingat

INSERT MICROFIBER DAN BAMBOO COTTON TIDAK BOLEH DIRECT KENA PUNGGUNG ANAK.
jadi nak buat macam mana?

guna insert sock.
Material insert sock biasanya dibuat daripada  microfleece @ microsuede @ bamboo fleece @ bamboo velour = material yang boleh kena pada kulit anak. 

leceh lak nak kena bersock2 bagai kan?
alternatif lain
guna insert bamboo charcoal
jenis charcoal ni boleh kena pada kulit anak.


*gambar dari fb manjakucomel*


*gambar dari fb manjakucomel*

*gambar dari fb manjakucomel*



lepas dah beli CD nak kena buat apa?


PREWASH CD

dah mende lak prewash ni?
*soklan yang bermain di benak saya masa mula2 kawan saya kata kena prewash*

prewash ni maknanya cuci CD dan insert yang nak digunakan tu.
Tujuannya untuk mengoptimumkan kadar penyerapan pada material.
so, kalau taknak anak pakai CD alih2 bocor, silalah prewash minimum 3x.
cuci-jemur-kering : 1
cuci-jemur-kering : 2
cuci -jemur-kering: 3
dah boleh guna.
*depends pada material.ada yang kena prewash sampai 6-8 kali.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIINGAT:

1. JANGAN BASUH CD DENGAN PELEMBUT FABRIK
 2. JANGAN GUNA CLOROX KE VANISH KE APE
kalau kotor biasanya stain akan hilang sendiri bila dijemur bawah matahari
3. JANGAN GUNA NAPPY CREAM
4. JANGAN BERUS CD ATAU INSERT

kejanganan semua ni boleh menyebabkan kadar penyerapan CD dan insert merudum dan boleh cepat rosak. kan tujuan nak selamatkan alam sekitar. kena la jaga elok2.. hehe
ala..renyah awal2 je...nanti dah biasa ok la..
boleh jimat banyak ni...guna dari anak kecik sampaiiiii besar,



CARA SETTING CD

adjust button tu ikut saiz anak


SABUN YANG SESUAI UNTUK BASUH CD

Saya listkan yang ada dalam malaysia je la ek..yang lain2 boleh google..
SABUN YANG FORMULATED UTK CD:
 Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent 
Charlie's Soap (powder) 
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda

Mountain Green
SABUN YANG TIDAK FORMULATED UTK CD TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UTK BASUH CD:

BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Fab
Trojan
Kuat Harimau
cosway ecomax - for cp and cd


TAKE NOTE:
SABUN YANG SEPATUTNYA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK BASUH CD
*tapi ade je yang guna*
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent

sebenarnya, tak kesah la sabun apa nak guna..tapi pastikan:

TIADA PELEMBUT @ SOFTENER
TIADA ENZYME
TIADA PELUNTUR @ PEMUTIH
TIADA ANTI-BAKTERIA
TIADA LEMAK@MINYAK



Haaa...setakat ini saje lah ilmu yang saya dapat kongsikan untuk hari ni. sebab ni je yang saya tau..hew3
berbekalkan ilmu yang ibarat seperti sebutir garam di kilang garam, saya memang beli CD yang murah2 je. asalkan anak saya selesa nak pakai.tercapai la tujuan nak berjimat, nak selamatkan alam sekitar dan tak lah putih mata kalau CD atau insert rosak.haha

Nak CD dan insert murah?
boleh tengok di FB Barang baby/bayi murah.

Nanti agak2 dah jadi otai tu, boleh la beli yang mahal-mahal.ngeh4



p/s: KALAU RASA MACAM PAHAM TAK PAHAM, NAK TANYA SOKLAN,
JEMPUT LAH WHATSAPP SAYA
0137141201
saya akan cuba jawab sebaik mungkin. kita sama-sama belajar ye dakkk...

kalau cari barang untuk wanita pulak
boleh cuci mata di
D'CasaBelle

Wednesday, November 11, 2015

Bes tak jadi umi?

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

soalan sebegini atau sipi2 begini telah berkali kali ditanya kepada saya beberapa hari selepas saya officially jadi umi..maka ketika itu, saya tak dapat berikan jawapan sama ada bes atau tak..
terserlah saya umi yang teruk bila jawab ade yang bes ade yang tak bes. lebih terasa diri ini teruk gila bila membaca jawapan balas dari mereka bila saya jawab begitu..
saya tak kecik ati..
tapi dalam hati saya mempersoalkan
what???betullah..saya jujur kottt...

sebenarnya soalan begitu tak perlu di tanya, lebih2 lagi pada 2 minggu yang kritikal..ditanya ketika luka jahitan masih rasa seperti tertetas2..ditanya ketika hormon2 badan masih bersimpang siur.. ditanya ketika emosi masih tidak stabil dan waktu diri sendiri keliru dengan keadaan diri sendiri..

dan selepas saya memberikan jawapan tersebut
muncul berita tentang ibu2 yang dikatakan meroyan sehingga bunuh diri, bunuh anak dan sebagainya..
dan serentak dengan itu, ibu2 yang berpengalaman berkongsi tentang diri mereka setelah melahirkan anak...di mana postnatal depression tu memang wujud..
tipu la kalau saya cakap saya tak langsung kena kemurungan tu..cuma mungkin tak teruk..
selalunya detik2 kritikal yang saya alami adelah waktu malam..waktu orang lain tido, saya yang masih kesakitan akibat luka jahitan yang banyak sampai hampir ke bontot terpaksa menguruskan si kecil yang meragam nak susu, nak tukar pampers, muntah, susu tersembur keluar dari hidung..
masa tu jangan kata sakit, siap saya dah give up dan motivate diri sendiri
biar la jahitan tu koyak, buruk, dan lagi over, biar kata sampai tercabut nyawa pun xpe lah..asalkan anak aku selamat!
TERTEKAN!
bagi susu sambil menangis2 sebab bila duduk terasa jahitan macam terbukak..
padahal sebenarnya tak terbukak pun..tapi dengan rasa sakit sebegitu terasa macam jahitan tertetas dan darah mengalir2 sampai basah katil -->again..overthinking..melampau dan hiperbola bak kata sastera melayu..
itu belum bila mata yang mengantuk tahap dewa baru nak lelap, sekali dengar rengekan kecik baby, bila pandang sebelah, tengok susu yang keluar dari hidung dah boleh ditadah dalam cawan -->hiperbola lagi.. kena la over supaya saya tak menaip sambil menitik2 air mata..
again
terus bangun dengan cepat -->sakit giler luka tu..
duduk kat atas katil dah xingat la nak kepit ke ape ke -->dabel sakit kat luka jahitan..
bangun dari katil siap kain batik terlondeh *saya memang tak pandai pakai kain batik*, dukung baby, sambil tepuk2 belakang sampai baby tido balik *adelah dalam sengah jam ke sejam gitu* nak duduk saje, luka sakit..baik jalan..---> berganda2 sakit..tapi ni bukan sakit luka jahitan..lebih kepada sakit ati..
yang paling buat saya sakit ati adelah panas..
hekeleh...panas pun sakit ati..ape2 ntah..
tapi tu la..bende kecik yang simple the dimple tu pun boleh buat saya stress giler..
time bagi susu, duduk penat, baring pun lenguh..ngan panasnye..dah tu kekdah guane lagi nak buat??
tangan sebelah dah genggam2 dah ni, tahan marah punye psl..dengan iman sekelumit ni la bekal pelindung si kecik dari kene tujal, terlangkup dengan bantal sebab esek merengek padahal susu dah bagi,pampers dh tukar--> imagine bukan2..sebab tu jangan suke sangat tengok cite bunuh2, dera2 sume tu..klu totally hilang kawalan, bende yang kita tengok tu la kita nak buat..
sebelah tangan lagi wasap en hubby..
sape lagi tempat nak hamburkan kemarahan..dia je la..
sampai la 1 malam tu, saya kena tazkirah panjang dengan en hubby..
perasaan: sebal.. sedih.. Rs mcm apsal dia pun xphm ak niiii...tapi rs marah yang paling top skali sampaikan sy amik kptsn utk buat donno je..keringkan hati.. Bila bergantung harap dgn manusia,begini la jadinya..kecewa...

kendian2 tu, bila luka dah beransur ok..rasa terbeban tu pun hilang...

 ni antara perkara kritikal yang jadi kat saya..
ape agaknya masih saya boleh jawab dengan ring angel di atas kepala dengan jawapan
seronokkkk sangat jadi umiiii...

tapi saya tak salahkan yang bertanya..
mereka belum merasa..
sama seperti saya dulu..
sebelum kawen, gatai miang nak kawen awal..kununnya kawen tu SERONOK GILA
huh..seronok ke..
lepas kawen rasa biase je..
same la jugak jadi ibu ni..
masa berangan2 rasa seronok la..
sekali dah hadap..
biase je..
cuma pertukaran fasa hidup,
pertambahan tanggungjawab..
seronok ke tu?
dapat status baru : seronok
galas tanggungjawab: tak seronok
seronok + tak seronok = biasa je la kan..

kenapa saya tak boleh nak jawab soklan
BES TAK JADI UMI?

sebab

dapat tau pregnant: BEST
sbb muke en hubby excited giler

pikir macam mane nak didik anak jadi manusia berguna: TAK BEST
sbb saya pun bukan baik mana..karma tu wujud  (T__T)

Morning sickness : TAK BEST
sbb sampai 5 6 bulan makan muntah makan muntah. SIYESLY TROMA GILER

Perut kecik : NEUTRAL
orang esek ulang2 perut@baby kecik: STRESS = TAK BEST

dapat layanan sebab pregnant: BEST
tapi merasa bila dah masuk 8 bulan..baru nampak perut..kalau tak, tolak la kau kereta kat umah tu..selamat dah tolak 2 3 biji kereta masa jadi mak buyung...

Baby tendang2 dalam perut : BEST GILA!
Lagi2 kalau baby mcm bagi respon dengan apa yang kita cakap..tengok perut bergerak ke kiri kanan rasa momazing..chewahh..

en hubby main2 ngan baby dalam perut:
BEST sbb nampak dia excited nak baby
TAK BEST sbb esek main ngan baby dalam perut je..kite ni tak dilayannye..cait..

Dapat tau baby dalam perut baby boy: BEST
sbb sy mmg nak anak lelaki..hehehe

Kene seluk untuk cek jalan: TAK BESSSTTTT
sbb sakit giler!

sakit contraction: GILER2 TAK BEST
lagi2 bila dah sakit sangat, tapi laluan tak bukak lagi..
another 1 yang buat saya TROMA TAHAP GABAN!

beranak: BEST
untuk baby ni, masa beranak tak sakit sangat..alhamdulillah...mungkin sbb cntraction tu sakit giler..so bile beranak, rasa tak sakit sangat..
tapiii
YANG TAK BESTNYE bila kena
kangkang depan doc..even doc pompuan pun segan, ape lagi kalau doc laki..yang tak pueh ati tu, xde nak sambut baby pun menyemak kat situ dah kenapeeee!!!
bab aurat ni la..rasa sadis sgt...huhu

En hubby masuk labour room lepas saya deliver: BEST
sbb tgk muke dia senyum2, masuk cakap assalamualaikum...owhhh...so swittt...
dgn excitednye dia cite dia azankan baby sume..
best sangat

pegang baby sendiri for the first time: BEST
elok2 sebelum ni cakap saya geli pegang baby baru lahir..tapi anak sendiri, tros dukung je..sebab dah bedung kot..boleh la berlagak..haha

tengok muka baby tido: BEST
rasa macam lenanya dia tidooo..huntung la xde mende nak pikir sangat...haha

Luka jahitan mula rasa sakit: TAK BEST
kentut pun sakit...nak berak apetah lagi..

Sembelit: TAK BEST
dah makan sebotol ubat spital pun xle berak gak..sakit, takut dgn jahitan pun ye jugak kot..
hari ke 3 baru dapat berak..tu pun seketul je..buat syarat..
tapi, berjam2 la duk dalam tu..
nanges2 sambil bontot tertonggeng2..kjp duduk kjp bgun dr jamban..

*doc kata meneran macam kene sembelit...last saya kene sembelit masa kecik kot...sbb tetibe teringat arwah wan penah masukkan ubat picit kat bontot...lpas tu smpai ke besor ni xde dh sembelit..
so, saya pun xle nak imagine how nak meneran macam sembelit..
bila dah kene sembelit ni, sambil duduk2 berusaha nak mengeluarkan hasil..TETAP SAYA TAK RETI NAK TERAN.. tersekat la kat tengah2 tu haaa...
maaf..saya tak suka memaksa..
taik tu xnak keluar..bior la dia duk kat dalam..
sampai dia nak keluar sendiri..*
berhuhulah kita di dalam jamban seorang diri..sobsss

Puting melecet: TAK BEST
bawah sakit, atas sakit..
ye tahu...sakit penghapus dosa..
tapi saya bukan hipokrit nak cakap tak sakit semata2 nak dapatkan title ibu mithali sebab tak pernah merungut..sory,,tu bukan saya...
sakit is sakit..
sakit kalau boleh tahan, saya tahan..sampai menggigil2 tahan sakit...
jangan nak cakap, merungut tak dapat pahala whatsoever..dosa pahala bukan korang yang bagi.. -->pehal minah ni tetibe emo..ntah2 orang tak cakap ape2 pun..haha

kita dah mengantuk gila, baby tak nak tido2: TAK BEST
ting tong ok.. dah sedia maklum baby memang macam tu..tapi xdapat nak terima bila time dia tido kita tak boleh tido..time dia xnak tido laaaaagi la kita xboleh tido..dah tu...nak suh jadi zombi ke tak tido langsung...kalau kepala straight je xpe..ni pegang pun macam larat tak larat..boleh bikin jiwe panas beb!nak2 sorang2 lak kene handle..

tinggal baby kejap, dah melalak: TAK BEST
Saya ni jenis kalau nak berak sangat2 xle dilambat2kan..kang ade yang pitam kang...
ade 1 malam tu, saya dah xthn nak berak..baby lak xnak tido..letak merengek...dukung, tapi terhuyung hayang nak pitam..pujuk bontot..xpe,..hang berak je dalam seluar..orang len tido..xtau..
tapi bontotku pemalu...dia xnak.. dah berpeluh dah ni..
letak baby, cakap ngan dia, tunggu kejap..umi nak berak..
sempat keluarkan yang terdesak, cebok cpt2..tgk baby dah nges2..
bontot pedih..disamping terasa lagi nak berak..
sadis sekali...

tengok baby senyum: BEST
sbb kite duk cite2 kat dia, sekali dia senyum macam la paham sangat ape yang kite bebel tu..
mujur comel..kalau tak cubit bagi nanges..nak tengok gusi pulak..haha..


Mgkin gambar ni boleh menyampaikan ape yg dirasai..


P/s: sepanjang alami bende yang tak best tu...saya duk pikir macam mane la ibu2 yang pantang sendiri tu..mane nak susukan baby..baby menages..nak ngempeng..anak2 yang lain nak diuruskan..nak kena masak..kemas umah..laki nak kene layan..perghhh!!
tak leh nak imagine stress nye dorang..
tapi...mereka2 ni la penaik semangat saya sebab saya tak kene macam tu..kenapa saya nak give up pulak..patut dorang la kene give up kan..
siyesly, ibu2 ini inspirasi..


utk next baby..*ewah...dah berangan next baby*
saya harap masa tu saya dah tak troma dgn morning sickness ngan contraction..
dan dah bersedia nak tadah aurat kat orang luar.. wpun jiwe xrelaaa.. (T_T)
kalau en hubby boleh sambut kan best...hurmm...



#abes dah 44hari#

Tuesday, October 27, 2015

Set tilam baby kekabu diy

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Yeahhh...
Entry bosan datang lagi..whuah3
Ni nak cite lak pasal saya buat bantal dan tilam kekabu untuk baby...
Awal2 duk usha rege set bantal kekabu kat pasaran..corak dan design yang berkenan di hati semuanya rm200 ke atas..paling murah pun jumpa 150rm..
Berbekalkan sifat kedekut dan gigih xkena tempat,saya cekalkan hati dan jiwe nak buat bantal dan tilam kekabu sendiri plus ngan sarung2 nya sekali..


Survey kekabu

Paling menambat hati sbb dkt dan murah,kat fb ni..
rm16 sekilo..
saya beli 4 kilo..takut xcukup..hehe


Untuk sarung bantal dan tilam lak saya beli kat tewah ioi puchong..kain cotton harga semeter 3.50rm ke bawah,dah ok la tu..under bajet.. Yang saya suka tu,kat tewah ade jual kain2 lebihan which is i like the very much la kan sbb kdg bkn nk gne byk pun kainnye..lagi2 org yang xpro dan xreti menjahit cam saya ni..buat pun asal jadi je..hehe

Ni la kain2 yang saya dah beli..
Blue black utk buat bantal dan tilam
Corak2 untuk buat sarung..
nampak tak yang bergulung tu?tu la kain reja yang kat tewah tu..
Total utk kain dalam 50rm cmtu..saya lupe dah exact harga..


seterusnya sesi motong memotong kain..
mula2 saya lukis dlu design yang nak..beriye gile..dalam pade xpandai tu, ade gak nak buat design2 bagai..













ni utk buat bantal2 nya..beserta ukuran..
yang lain2 kat atas tu buat pemanjang post je...kih4

lepas dah potong kain, dah jahit dan tinggalkan ruang untuk masukkan kekabu, tibalah masa untuk buat aktiviti paling mencabar..
sesi memasukkan kekabu..
disebabkan kekabu yang saya beli kadang ade biji2, atau sisa2 tajam, makanya terpaksa la saya memilih secebis2 demi anak tersayang..gigih gile..masa tengah buat yang ni la saya rasa baik beli je laaaaa...


antara cebisan2 yang dibuang..

dalam proses



tapi kan..bila dah siap..leganya rasa..berbaloi2..
sebab saya juz guna sekilo setengah untuk buat
1 tilam
2 bantal hempuk
1 bantal kepala





untuk tilam, part nak buat compartment tu la leceh sikit..


hasil yang berjaya disiapkan,,
ni guna kain yang ibu saya belikan..

sarung bantal tu saya tak dapat nak siapkan semua sebab saya mane ade mesin jahit..
nak guna tangan semata, memang tak leeee...
so kene tunggu balik kkb dulu baru leh jahit..
disebabkan itu, hanya 2 corak sarung je berjaya di siapkan..wheheee
1 corak panda tu..
lagi 1 kain kotak2 tu..
yang gambar teddy tu tggu anak lagi 1 la sambung...kih3..
design tu saya beriye sikit sebab poyo2 nak buat ropol2 segala..last2 xbuat terus..
tapi kot la esok dapat hadiah mesin jahit, leh la sambung balik jahit..cecehh..

haaa...lagi 2 kilo kekabu tu saya let go kat member..
lagi setengah kilo yang tggl kunun nak buat bantal karipap..nan ado nye la nak oiii..
kesian ankku dapat mak pemalas..

juz bermodalkan
kekabu lbih kurang 2kg =rm32
kain utk buat 2 patern sarung = rm50
total cuma dalam 72rm ++ reja2 la sikit..
berbaloi ke??
berbaloi untuk org yang nak berjimat, xde keje, kunun byk sgt masa..
kalau korg bekerja, beli je laaaaaaaaa.. (-..-)

lagi2 orang yang xpndai nak menjahit mcm saya ni..masa yang diperuntukkan sangat2 la banyak..
wpun berjaya siapkan bantal2 dan tilam tersebut beserta beberapa helai sarung..
tapiii
sarung2 yang berjaya disiapkan besar pulak..xtau la saya ukur macam mane...koh3
guna je la..nak alter balik, malas..baby pun dah keluar...redho je la nak...

#HASYA AWLIYAUDDIN day 5*
Beluncas tgh berhibernasi di atas tilam dan sarung hasil diy umi..tp sarungnya besar gabak..terpksa sorok2 bwh tilam..

P/s: xde org nak adiahkn sy mesin jahit ke?hadiah besdey saya,korang2 xbg lagi tauuuu....ngeh4

Spe ntah korang2 tu..cheh..






Friday, October 23, 2015

Car signage

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

Ini dinamakan xde keje..padahal dissertation tu secebis pun xsentuh lagi..pemalas tahap gaban..tapi bab2 mempeghabihkan masa dengan bende lagho memang terer..

Untuk keje melagho kite pada kali ini,saya nak menunjuk2 la ni saya buat car signage utk baby..biase la..nak beli ala2 kedek jugak kan..bek diy je.. Kite kan banyak mase terluangggg.. (°.°)

STEP 1:
Bersumber encik google image,kite google je design mane kite nak..ye la..memandangkan iols ni xberapa nak kreatifkan..kt cilok je idea org..whuah3

Sebenarnye ni bukan lah design yang saya berkenan tu..tp dia punye stroller baby tu same...so tepek je la gmbr ni ek..

STEP 2:
memandangkan ini kali pertama saya nak main deko2 ngan kain felt ni,harus lah buat acuan dulu..kalau jari jemari eden ni macam jari jemari saleh,boleh la kot nak free style je..
Mula2 saya buat bulatan besar dulu..saya guna mangkuk tu je..ikut la saiz mane kita nak..pastu nnti,potong mcm dlm gmbr di bawah..
Untuk roda lak,saya guna selotep tu..hehe


STEP 3:
Ble dah ade acuan,guntingkan la kain felt tu..
Dapat lah seperti gambor di bawah..



STEP 4:
Utk bekground itam tu saya ukur gak,pastu gunting..


STEP 5:
Yg stroller tu kene sediakan 2 keping..roda 4 ketul..line pink tu 2 gak..utk tampal depan blkg..dan bekgron hitam tu 1 je udah...

Pastu kita tampalkan semua sekali dengan gam uhu..
Tapi sebelum tu,saya jahit la siap2 corak atas stroller tu..siap ngan nama sekali..lepas dah pueh ati sume,baru la tmpal tau..

 

STEP 6:
berbekalkan reben yang dicilok di rumah,kita guna kan jadi penyangkut..tampal reben dlu sblm tmpl stroller tu..pelekat utk letak kat kereta tu blh bli kat daiso..
Pastu tampal tampal tampal dan tampal,
Hasilnya seperti di bawah ini....


FELT CAR SIGNAGE BERBENTUK STROLLER TANPA PEMEGANG..
pemegangnya lupe nk letak..whuah2..patutnya jadi mcm dlm gmbr no 5 tu..tp lain pulak yg jadi..xpe la..sndri buat kan..nasib r..hahaha

Thursday, October 22, 2015

shopping barang2 baby - sale dan harga

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

entry ini dibuat untuk saya merecordkan rege2 barang2 baby yang saya dah beli..
senang nanti kot la nak beli lagi next time, dah boleh tau harga paling murah berapa..whuah3
tu pun kalau ingat la..beli barang2 ni sebelum bersalin..
alangkan aktiviti tengahari tadi pun boleh lupe, lagi pulak yang dah berbulan2 yang lepas..lalala

*******PERINGATAN AWAL*******
jangan muntah lak baca post panjang gini..
xnak nyesal, jangan baca.. =P



baju ni free masa saya beli biskut baby heinz zaman kat UTM dlu..ngeh4
lama dah terperap..dan akan terperap lagi untuk beberapa bulan sebab baju ni utk bdk stahun pye..hee


MOM AND BABY EXPO

first barang2 baby saya ngan en hubby beli kat sini..first time gak la ni gi expo baby..xnak kalut punye pasal, kedai tak bukak lagi kitorang dah terpacul kat mid valley tu..sebab datang awal kan..parking banyak giler la kosong lagi.. lagi pun masa tu baru je lepas GST..duit orang sume dah abes buat shopping sblm gst..kui2


haaa..ni free gifts yang berjaya dikumpulkan dari expo tu..banyak kan..suke3..hehe

masa tu memang target nak beli barang2 pureen..maka, lepas round kejap dan pegi makan, ktorang terjah terus booth pureen..borong banyak2..pastu serabut sendiri..koh3


set sarung tangan, kaki dan topi
RM8


wet tisu bekas + refill
RM19

wet tisu 2 x 100's
RM10


towel
RM17
*silalah ibu bapa beli towel untuk anak 2 ke 3 helai..saya ni nyanyuk terlebih.boleh lak beli selai je..sian anak den


sabun mandi head to toe 750ml
RM13

Lotion 500ml
RM12

minyak baby 300ml
RM10


sabun basuh botol 750ml + refill 600ml
RM28


krim ruam 100g
RM11


blanket baby with hoodie
RM17

sabun baju 4.8ml
RM38

berus gigi
RM6

baju dan seluar lubang2
RM8 each

baju tido
RM15

lepas dah selesai memborong kat pureen, pi pulak kat fiffy..

napkin 10pcs corak
RM31
*tak recomended sebab lepas cuci je kainnye jadi jarang2..xbes..huhu

lapik tukar pampers
RM13.90
*suke sbb senang nak campak2, senang nak bawak gi mane2..lipat kan je..

pastu gi lak beli botol susu..
ekceli saya nak beli botol susu tommee tippee...bile nampak botol mam ni lak, terus dilema..
makanya bile dah rambang mata, harus lah tugas en hubby untuk memilihnya..

pilihan dia adalah set botol mam

RM158

dalamnya ade
boleh guna dari kecik sampai ke besor..
yang botol besar tu, kalau nak buat jadi botol susu boleh, milk storage pun boleh..
pastu siap ade tangkai utk toddler yang nak pegang botol sendiri
ada puting-->ni mcm akan di let go nanti sebab en hubby tak nak bagi baby isap puting
suke gak la ngan botol mam ni sebab senang nak cuci..xde la risau sudut2 bawah botol tu kotor ke ape sebab bahagian bawahnya boleh bukak..
akan tetapiii..
bila nak guna kene make sure la setiap bahagian di pusing dengan betul..
sebab ari tu saya gelabah anak dah nanges, sekali tu pi pasang puting botol tu tak betul..abes menjejes susu..penat i pam tauuu..
pastu nak cuci botol ni perlukan kesabaran yang tinggi sebab banyak benor partnya..


KEDAI QQ BABY

duk nengok kat fb qq baby shop ni macam menarik je ade baju 5rm..
so, di hari jumaat yang hening, sanggup den menjomput kawan den bernama dila untuk menyoping di kedai baby ni dengan harapan dia borong banyak2..biase la..dengki kan..
akhirnye, kedengkian hati terkena pada diri sendiri sebab den yang borong lebih..whuah3

RM10

RM10

RM10

RM10

RM5

RM5

RM5

RM3/each



SALE SOGO









lupe la harga2 nya..hehe..
tapi xberapa best pun,,,


OKBB sale

2 hari saya gi sale ni..mule2 gi sorang2..pastu gi ngan k ngah lak..
masa gi sorang tu saya memang shopping kaw2 la..
masa gi ngan k ngah tu xde barang nak beli dah..usha2 je lebih..

antara barang2 yang ada
start dari RM1
<tak beli>

<tak beli>

<tak beli>

Set tilam RM50
<tak beli>

RM30
<tak beli>

<tak beli>

<tak beli>

<tak beli>

<tak beli>

<tak beli>

mitten and booties
4 pcs RM1

<tak beli>

napkin plain n printed
<dah ada..tak beli>

<tak beli>sebab nampak yang lagi murah..haha

<beli>

<beli>

RM3
<opkos la beli tapi member nak..jual kat dia>

<beli>
masa pegi ngan k ngah ade 2 design cantik..prewalk shoes..
rembat tros yang berkenan tu...RM15 sepasang

RM1

RM3

hasil borongan...
sebahagiannye saya jual kat kawan,,hehe


CAR BOOTH SALE BANDAR SAUJANA PUTRA

Saje la jalan2 ngan k ngah kat car booth sale ni..sekali tu, ada lak rompers baby harga RM3..
ape lagi..borong ahhh...tapi sebahagian cam biasa jual kat kawan..masing2 pun tgh jadi mak buyung..belikan la sekali alang2 dah jumpa yang murah..
so far, rompers paling murah boleh dapat rm3..so mommy poko sekalian...klu jumpe 5rm, xyah beli..kwang3 sooo..












SALE PONEY

sibuk nak tunjuk gak..ahhaha
kat sale poney ni saya beli ni je utk baby
blanket with hoodie

RM1
kain tebal, mantop nak bawak gi cameron..eh!haha

sale poney ni bes kalau baby dah besar sikit..
sape yang ade baby girl laaaaagi la...sila pegi ye..baju cantik2..rambang mata den..murah la jugak nak banding dengan rege biasa..


EXPO BABY TCE

masa saya pegi expo ni, perut dah boyot2 dah...tapi gigih pegi 2 hari..hari 1st gi usha2 barang and rege dulu..pastu saya beli la barang2 untuk saya sekali..next day nye datang ngan en hubby lak..


ni kat booth autumz









untuk baby lak time ni tinggal nak beli car seat dengan pampers..
ni saya sertakan sekali harga2 car seat yg saya dah survey..kot la mengkome nak yg murah2 ke kan..boleh ade target harga berapa hengget..hehe
yang saya usha sume ni empuk2, 3 hingga 5 recline..boleh guna dari newborn..

sweet heart RM249

sweet heart RM329

nicebaby
RM399



halford voyage
RM500


Fisher Price
RM 530

Kooper Twist 
RM350


Aldo Hidalgo
RM419


My Dear
RM299

Kooper Twist kat booth lain
RM359

Fabulous Mom
Tourer RM359
Targa RM259



Next nursing bra

3 pcs RM50
tapi ada wire..xnak..

ni pun same..wired..

ini juga..


payah nak jumpa yang berkenan di hati ku ini..







seterusnya harga2 pampers..












ni lak kat tommee tippee,,
masa expo ni, TT la paling memberikan diskaun gile2 tahap dewa..opkos la yg gile2 itu sudah tiada..sobssss...
dn pertama kali saya nak beli barang kat expo kene beratur..

ramai kan?

dalam tu xbanyak yg saya snap pun..sebab sesak benor ngan orang..






storage beg ni so far paling murah saya jumpa RM10 untuk 25 keping
utk jenama jingle jungle ni dan jenama autumz..


lain2 barang yang saya main snap je..

SSC andrea
RM185

boba

sila zoom sendiri

mimi jumi dan como tomo

Malish breastpump
harga sekarang maybe dah lain..




shield bag yang juga cerewet untuk saya beli..nak yang comel2..hek3
setakat ni paling murah yang saya jumpa adalah beg shield di fabulous mom..yang corak ladybug tu..RM44.00++..tapi xdan nak membelinya..saya akan tunggu dapat harga ni atau lagi murah..muahahaha

mujur xbeli..
en hubby xbagi baby weols guna puting..huhu

Harga cloth diapers mango tree

promo johnson..kot la ade yang nak tgk harga ke kan..


lepas dah usha2 rege, borong2 ape yang patut, saya pun balik..
dengan penuh rasa tak sabar nye lepas balik tros snap barang2 yang diborong utk di show off kat kawan2 yang buyung juga..

free gifts untuk expo kali ni..

berangan baby..
hoihh..sedap kot sekut niii..i likeee...

beli ni semata2 nak kan sarung jala tu..haha
nursing pad ni kureng sikit..xbes mcm autumz..

haaa..saya borong yang ni...tu pun niatnye nak amik lagi..mujur dompet dah kempis..
jenama autumz, bes..lagi2 yang kaler pink..material yang pink tu lagi lembut n selesa je..

ini eden borong sampai 6 kotak..
RM10 each..ade 25 keping..12 oz dan 7 oz..harga sama..

xbes sgt..
suke sbb xde wire je..

murah
selesa
material bes wpun nampak mcm org tua..huhuuu
plain je..xde corak..
tapi klu gi expo lagi, nak beli lagi la..hehe

ni pun kureng gak dari segi kainnye..kain mcm licin..
tpi saya beli sebab ade corak..ngee

kat TT saya beli ni..

dari 100++ jadi 55rm gitu..

dalamnya ade ni..

ni barang kawan saya..

ni saja beli sebab nak membazirkan..
mujur guna jugak..

itu ajelah yang dibeli..

the next daynya gi ngan en hubby, borong pampers je..
pilihan kami, jenama pet2...tu yang paling murah..haha

car seat tu saya dah rambang mata antara jenama sweet heart @ koopers @ FM tu..makanya suh en hubby decide, dia nak koopers..
tapi xbeli kat expo tu pun..kitorang beli dekat kedai baby murah di putra height..
expo pun bagi harga RM350
kat kedai ni, utk car seat jenis yang sama dapat RM319 siap waranty segala..bes kan..hehehe
silalah beli kat kedai ni..sekian..terima lah wajah belengas kami..



p/s: bosan kan entry ni..
ade i kesahhh..hahaha

nanti eden nak edit entry ni letak harga2 car seat yg saya usha sebelum expo ni..
tu pun kalau ingat la..hak3