Showing posts with label D'CasaBelle. Show all posts
Showing posts with label D'CasaBelle. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Cloth Diapers

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..

hari ni nak cite pasal Cloth Diapers (CD). tapi yang betul-betul basic la..sebab saya pun baruuuu je guna CD ni...ade 2 ketul je kat umah ni sekarang...whuah3
so, harap info saya ni betul la. otai2 CD kalau terbaca cam ade info yang bermazhab 'kakpahselambeland' ni, mohon betulkan..


JENIS-JENIS CD

sumber: www.manjakucomel.com

CD ada beberapa jenis:

1. Pocket
2. All In One (AIO)
3. All In Two (AI2)
4. Fitted *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*
5. Diaper Cover *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*

*********************************************************************

1. Pocket 





 haa...macam gambar kat atas ni, ni contoh Pocket CD
:: insert dan lampinnya berasingan
:: sebelum pakaikan kat baby, kena masukkan insert dalam poket CD 


:: boleh masuk 1 @ 2 keping insert, depends pada kekerapan dan kuantiti kencing baby.
:: sebelum cuci, kena asingkan CD dengan insert
:: kelebihan-cepat kering
:: kekurangan - masa tukar lampin, kena tukar kedua-duanya sekali iaitu CD dan insert.

amende insert tu?

haaa...ni namenye insert...

insert ni untuk serap air kencing.
ada banyak material yang ade dalam pasaran - berbeza dari segi harga dan tahap penyerapan.
kalau jenis microfiber ni jangan buat lapik atas CD tu pulak tau..sebab material ni tak boleh direct kena kulit baby. sebab tu masukkan dalam pocket CD tu..


2. All in One (AIO)

AIO CD, insertnya dijahit sekali dengan CD.
Macam pakai pampers biasa la...boleh pakaikan terus pada anak.
Akan tetapi, bila dah ada insert sekali dengan CD, bila basuh tu lambat lah nak kering. sebab tebalkan... kelebihannya, takyah dah renyah2 nak masukkan insert dalam CD.

*gambar dari fb manjakucomel*


3. All in Two (AI2)

AI2 CD, insert dan diaper cover direka berasingan.
Untuk CD yang ni, insert cuma perlu diletakkan di atas CD.xpayah nak masukkan dalam poket segala.
Nanti bila nak tukar, tukar insert nye je la..CD tu kalau elok, boleh guna lagi. Jimat la tak payah basuh banyak-banyak.
CD jenis ni sesuai untuk bawak pegi travel atau yang xnak basuh CD banyak2.

*gambar dari fb manjakucomel*

akan tetapi, perkara penting yang perlu diingat

INSERT MICROFIBER DAN BAMBOO COTTON TIDAK BOLEH DIRECT KENA PUNGGUNG ANAK.
jadi nak buat macam mana?

guna insert sock.
Material insert sock biasanya dibuat daripada  microfleece @ microsuede @ bamboo fleece @ bamboo velour = material yang boleh kena pada kulit anak. 

leceh lak nak kena bersock2 bagai kan?
alternatif lain
guna insert bamboo charcoal
jenis charcoal ni boleh kena pada kulit anak.


*gambar dari fb manjakucomel*


*gambar dari fb manjakucomel*

*gambar dari fb manjakucomel*



lepas dah beli CD nak kena buat apa?


PREWASH CD

dah mende lak prewash ni?
*soklan yang bermain di benak saya masa mula2 kawan saya kata kena prewash*

prewash ni maknanya cuci CD dan insert yang nak digunakan tu.
Tujuannya untuk mengoptimumkan kadar penyerapan pada material.
so, kalau taknak anak pakai CD alih2 bocor, silalah prewash minimum 3x.
cuci-jemur-kering : 1
cuci-jemur-kering : 2
cuci -jemur-kering: 3
dah boleh guna.
*depends pada material.ada yang kena prewash sampai 6-8 kali.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIINGAT:

1. JANGAN BASUH CD DENGAN PELEMBUT FABRIK
 2. JANGAN GUNA CLOROX KE VANISH KE APE
kalau kotor biasanya stain akan hilang sendiri bila dijemur bawah matahari
3. JANGAN GUNA NAPPY CREAM
4. JANGAN BERUS CD ATAU INSERT

kejanganan semua ni boleh menyebabkan kadar penyerapan CD dan insert merudum dan boleh cepat rosak. kan tujuan nak selamatkan alam sekitar. kena la jaga elok2.. hehe
ala..renyah awal2 je...nanti dah biasa ok la..
boleh jimat banyak ni...guna dari anak kecik sampaiiiii besar,



CARA SETTING CD

adjust button tu ikut saiz anak


SABUN YANG SESUAI UNTUK BASUH CD

Saya listkan yang ada dalam malaysia je la ek..yang lain2 boleh google..
SABUN YANG FORMULATED UTK CD:
 Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent 
Charlie's Soap (powder) 
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda

Mountain Green
SABUN YANG TIDAK FORMULATED UTK CD TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UTK BASUH CD:

BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Fab
Trojan
Kuat Harimau
cosway ecomax - for cp and cd


TAKE NOTE:
SABUN YANG SEPATUTNYA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK BASUH CD
*tapi ade je yang guna*
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent

sebenarnya, tak kesah la sabun apa nak guna..tapi pastikan:

TIADA PELEMBUT @ SOFTENER
TIADA ENZYME
TIADA PELUNTUR @ PEMUTIH
TIADA ANTI-BAKTERIA
TIADA LEMAK@MINYAK



Haaa...setakat ini saje lah ilmu yang saya dapat kongsikan untuk hari ni. sebab ni je yang saya tau..hew3
berbekalkan ilmu yang ibarat seperti sebutir garam di kilang garam, saya memang beli CD yang murah2 je. asalkan anak saya selesa nak pakai.tercapai la tujuan nak berjimat, nak selamatkan alam sekitar dan tak lah putih mata kalau CD atau insert rosak.haha

Nak CD dan insert murah?
boleh tengok di FB Barang baby/bayi murah.

Nanti agak2 dah jadi otai tu, boleh la beli yang mahal-mahal.ngeh4



p/s: KALAU RASA MACAM PAHAM TAK PAHAM, NAK TANYA SOKLAN,
JEMPUT LAH WHATSAPP SAYA
0137141201
saya akan cuba jawab sebaik mungkin. kita sama-sama belajar ye dakkk...

kalau cari barang untuk wanita pulak
boleh cuci mata di
D'CasaBelle

Thursday, August 13, 2015

honeymoon 2.0 @Pulau Pinang

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

xde mood rasanya hari ni..dalam pada tengah berangan2 tu terasa nak pegi honeymoon lagi ngan en hubby..tapi mane mauuuunyeee...haha

maka moh le kite terowbek balik honeymoon kali ke2..honeymoon la sangattttt...sebenarnya pegi penang tu pun sebab nak attend wedding kawan en hubby tu haa..tapi dah alang2 tu kan,,pi pun berdua..kita acah2 honeymoon la..

ni cite bulan disember tahun lepas tauu...hahaha

ok la..tak lame sangat..lebih kurang 9 bulan je..daripada orang tu..cite setahun ++ lbih baru nak cite..kah4 *k ngah...sila terasa..kah4*

kalau tak silap saya , en hubby amik cuti dah hari jumaat tu..maklum le..cite tahun lepas...dah basi..ingatan pun samar2 la..
tapi bininye ni kan overrrrexcited. lagi2 bab jalan2..makanya, khamis malam tu weol dah grak gi penang...memang kami suke travel2 malam2 pun..sejuk jeeee...nyum3..haha

planning santek punye..tido+rehat2 kat rnr..subuh baru masuk penang..
tapi tak sempat subuh, saya dah tak boleh tido..so, terus je masuk penang..tukar plan singgah kat masjid mana2 la..sambung tido kat masjid pulak..

Pemandangan jambatan ke2 pulau pinang
Semangat nak lalu jambatan ni..maklum la time tu dalam kelas jambatan ni pernah menjadi topik perbincangan dalam kelas kan..kire 1st time la dapat lalu lepas siap dibina..

Jalan sunyi je..kereta pun sebuah dua.. 
Memang tak dinafikan yang jambatan kedua ni lagi jauh jaraknya daripada jambatan pertama tu..sebab tu tak ramai orang nak lalu..

Tapi yang besnye jambatan kedua ni tembus bayan baru + bayan lepas.. So xde la lalu tempat sesak2 kan.. Sampai pulau,duk pikiaq *ceceh..tukar sleng lak* nak pi masjid mane.. Skali dapat idea gi masjid negeri..
Sampai2 masjid negeri,tgk2 pagar tertutup..frust hokeyyy...terpaksà park kereta kat luor masjid..nàk tido pun lena tak lenà gitu..kalau dalam perkarangan masjid,xde la risau sgt kan..

So pasni sape2 nak buat macam weol ni rentikan lah..masjid tu bile dah btol2 nk azan subuh baru bukak... Saya duk la tunggu kot2 pukul 5.30am orang masjid dah bukak untuk tahajud ke ape..nan ado nye pun adoiyaiii... 

Lepas solat subuh,wefie dulu...


Masjid tengah reno :)
Bagi santek lagi..

Pastu kami terus cari destinasi merayau...
Nak cari hotel pagi2 buta bukan boleh masuk pun kan..tggu tghari je le..

Tenengggg...acer teka kat mana ni?

Btolll...bukit bendera...

Pandai uols..

Sape salah teka tu,nanti free2 gi jalan2 naik bukit bendera k..xde ape pun atas ni..saje nk suh korang pegi..haha
kalau tak nak gi, leh tengok sikit2 ape yang ada kat bukit bendera tu kat sini..

Merenung nasib bila duit dlm wallet dipow oleh bininye..

Acak!
Wat aksi gedik skit...

Tengah jalan2 tu hujan renyai lak..
Owww...so suwit..jalan2 dalam hujan..baru la honeymoon..pi tempat sejuk,hujan2.. Hak3..geli..

Yaaron yajiz tgh posing..

Wefie lagi...kata honeymoooonnnnn... :p



Dulu saya pegi tak siap lagi atas ni..ni dah siap,saya kompius tempat ape la ni banyak mangga..rs nak cilok seketul dua buat mangga grill rumah..

Pose gedik lagi..

I

LOVE

YOU!

hahahaha..getik lak rasa...

Merayau2 sepuas2 nya..sarapan pun kat atas..harga sarapan ok..xmahal sangat..ktorang makan nasik lemak..
Pas dah bosan,nak masuk tghari,org pun dah ramai,kami pon calohey dari situ..

Wefie lepas turun ketapi

Wefie dpn pintu gerbang

Lepas tu wefie nak tunjuk orang dah ramai..mujur kami sampai pagi2 buta..orang tak ramai..tenang je nk jalan2..naik ketapi pun tak berebut..boleh pilih kerusi mana nak duduk..nak main sep tiang pun boleh..--->k..ni over..


Saya pakai tudung aidijuma
Nak tengok tudung aj ape lagi yang ada boleh pi sini


Lepas dah jalan2 kat bukit bendera,kitorang *kejap kitorang kejap kami..guna 1 je laaaa..adoiyai..* gi cari hotel..datang gamble gitu je xde book hotel pun..haha

Cari punya cari sampai batu feringgi,jumpe 1..dekat dengan pasar karat or uptown batu feringgi..terer tak saya..sebenarnya ada niat tersembunyi tu..moge2 en hubby tak dapat detect nawaitu bininye ni..muahahaha

Mhl skit la rate weken ni kan..tapi en hubby kata ok,kt pun ok la..since hotel ni orang islam punye..kita sapot2 la sikit..jgn berkire sgt ye dakkk..

Ptg tu bantai tidooooo...
Tido sepuas puasnya dah malam tadi berjaga kan..

Lepas maghrib gitu,siap2,nak pi makan ikan bakaq paling sedap marveles kat penang ni..

Tema kuning utk malam berdating ni..

Saya pakai instant shawl pulak..
Leh tengok kaler2 lain yang ada kat sini gak..hehe

Kedai ikan bakar ni uols boleh tengok kat fb ikan bakar adnan hassan..
Masa kami pi ni dorang tgh reno tempat mkn ni..tp still ramai orang gak.. Nak gi sini sila withdraw duit byk2 k.. Bukan sebab makanannya mahal tapi supaya korang boleh pilih makanan dan melantak sepuas2nya tanpa takut duit tak cukup.. Selalu kalau makan cenggini mesti bajet atas seratus..tp yg kami makan ni tak sampai 50 hengget pun!padahal amik ikan mahal dah tu..siyes berbaloi..


Balik tu , singgah jap kat pasar karat tu...nampak tak taktiknya tu...haha
tapi taktik tak berapa nak menjadi sebab kedai dah start nak tutup..ingatkan bukak sampai pagi..rupenye tengah malam dah tutup..hampa....lepas tu tido la dalam kekenyangan disamping kehampaan..haha


Sabtuday

Mula2 plan nk g jalan2 dulu,pastu balik hotel balik tukar baju untuk g kenduri..tp en hubby kata siap terus la..nnti xyah nak singgah2 dah..ok la cmtu..no halll...

Pagi ni bawak en hubby pegi toy muzeum lak..saya kan dah pegi dulu.. Tapi yang ni dia dah pindah tempat lain..lagi besar dari sebelum ni..daaaann tersorok sikit.. Sebelum ni tepi jalan je.. 

main henpon sementara tunggu toy muzium bukak..
mane taknya, sampai sebelum pukul 9..muzium pun tak bukak lagi...haha
bes tau datang awal2 ni..orang takde lagi..

Dah masuk sini bergambor la sepuas2 nya..
Mujur en hubby pun enjoy tgk toy2 ni..xde la rs rugi sgt.. Nak masuk kena tunjuk ic dulu ye..sama macam nak beli tiket ketapi naik bukit bendera..menyusahkan?xpe..nak murah takkk???nak murah tunjuk ic ye.. Harga utk org xde ic aka bkn org mesia lagi mahal..


jom amik gambor banyak2..


saya pakai tudung biasa..
xde jual kat D' CasaBelle..whuah3







next destination wedding zaki..

bff en hubby la ni...berkepit jeee....

sampai betul2 kan sampin lak..
cemburu iols..haha


majlis paling sempoi penah sy attend..
no kompang,
pengantin pun macam pegi raya,
xde over2 sangat..
baguih betul..

yang tak baguihnye, 2 orang yg paling kiri ngan paling kanan tu..dah bakpe legam sgt.. (T____T)
tu la bang...sayang dah cakap..lepas jalan2 balik bilik dulu bersiap kasi putih.. ni muke berlengas pi umah orang..memang jadi entiti la..haha

lepas beransur tu ajak en hubby pi pesta pulau pinang..
dulu gi ngan family..ni ajak en hubby lak..

sebelum balik dapat hadiah dari pengantin,,
kami tak bagi hadiah pun kat pengantin..haha



ni dah kat tapak pesta..setahun sekali je dorang buat pesta ni..selama sebulan..
rezki en hubby la dapat pi..
*ye je..padahal saya yang nak pi sangat tengok kedai berjual2*

dekat pesta ni jumpa dengan rina n hubby dia..lepak makan same2..

pastu shopping..
barang murah baq hang..kalau datang tu sila lah bawak duit banyak2..
atm pun ade disediakan kat sini..

kami rembat tali pinggang
cardigan
seluar sukan

tu je kot..nak pow lebih2 tapi mcm tak guna sangat brg2nya..no need la..haha

tapi karpet dia, tikar, memang murah..datang tau kalau ade peluang..heh3


ahad

last day...nak balik dah...nak duk lame2 buat ape...banyak duit mengkome..haha


pakai aj lagi..
boleh gi sini kalau nak tengok ape lagi aj yang tinggal
*promote tak tak abes2..haha*

singgah dulu fort cornwallis ni..


untung la francis light ni orang kasik bungeee...hahaha

duta penang tourism



bajet cun la tu amik gambor kat dinding tu..

rehat jap..








acah2 model kjp...xde orang nak amik kite jadi model kan..
kite pakse la laki kite amik gambor gini..keh4


balik tu naik feri...


bye2 penang...



jumpe lagi nanti...



p/s: masa bawak en hubby jalan2 tu rasa macam baru je gi penang ngan family..rupenye bila tgk tarikh, last saya pegi tahun 2011..dah lame gak la.. next month gi penang lagiii..ya beda beduuuu....