Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Monday, April 10, 2017

Penapis Air

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ni dah kenapa pagi-pagi buta duk cerita pasal penapis air ni? Jual penapis air lak keee???

ahahhaha...tak jual...tapi semalam duk scrol fb tetiba ternampak la 1 iklan penapis air ni. Saje la klik nak tengok harga berapa. tapi harga tak letak. yang ada cuma perbandingan air dia, air paip dan air penapis lain di mana air dia je yang bersih. air lain kotor.
 menyampessss tengok..

Dulu masa saya sambung master amik environMENTAL enginering tu ada lah belajar pasal penapis air. jadi saya tahu lah serba sedikit pasal RO, activated carbon bla bla bla.. nak kata terer tu tak la sebab saya tak dpt certificate master tu pun...haha..
terkilan tak dapat habiskan tapi tak nyesal pun berhenti belajar. ilmu nya tetap saya dapat.

berbalik kepada penapis air tadi, kenapa air dia tak kotor bila buat elektrolisis??katanya sebab dalam air dia xde TDS. Total Dissolved Solid. maknanya air dia xde bahan enapan. 
ya memang betul xde sebab dia guna penapis REVERSE OSMOSIS singkatannya RO lah yang orang panggil sekarang. tapi dia tak jelaskan dengan sejujurnya kenapa air dia jadi macam tu, air lain jadi sebaliknya..

yang bagusnya RO ni, dia punya liang penapis (bukan liang lahad ye) sangat2 micro JADI DIA TAPIS SEGALAAAAA JENIS MOLEKUL DAN YANG BOLEH LEPAS HANYA MOLEKUL AIR. apa maknanya kat sini? maknanya, air RO ni totally air... xde khasiat.

yang merah kuning hijau tu molekul baik dan tak baik..habis semua kena buang..hehe

haaaa... part ni la yang depa sembunyikan..
Memang la xde tindakbalas bila buat elektrolisis sebab air tu air kosong jer. Air lain tu mungkin ada molekul bercas. So bila masukkan elektrod memang la akan ada tindak balas gelembung2 tu. Tinggal lagi nak tau gelembung2 tu apa benda je.

dalam air RO, ion biru ngan merah tu xde..

Masa saya tengok dia buat eksperimen tu, saya duk terfikir siapa2 yang bukan aliran sains atau yang terlupa basic pasal kimia mesti kesian kena tipu.

kalau korang pi kedai beli air, perasan tak ada air mineral tutup hijau, dan air tutup biru tulis air minuman?
taraaaaa...
tu la bezanya...

air minuman biasanya guna RO - hanya air sahaja xde khasiat. sebab tu harga dia murah.

macam air mineral pulak, harga lebih mahal sebab dalam air tu ada khasiat contohnya calsium etc etc.. dan ce check dekat label. sumber air mineral selalunya daripada air bawah tanah. lebih bagus untuk diminum. pernah tengok orang beratur ramai2 tepi bukit amik air mata air? katanya boleh sembuhkan penyakit la apa la... tu sebabnya ada sumber mineral dalam air tu..

ntah korang paham ke tak den bebel ni..haha...
Tak kisah la tu..yang penting, kalau korang nak beli water filter jenama apa pun belilah. 
TAPI JANGAN SAMPAI TERTIPU!
kunun2 boleh sembuhkan penyakit la..air dia lagi bersih la..ph tinggi la lagi bagus la.. membongak semua tu..
ph untuk drinking water biasa 6 - 8.5 gitu je... yang nak ph tinggi2 tu buat ape? 
berlubang tekak kang...haaa (ayat hyperbola je ni)


disebabkan nilah saya sangat particular nak pilih penapis air 😂
Kalau diikutkan dekat water treatment kita dah treat air betul2 dah dan keluarkan air ikut standard minimum. tapi on the way nak sampai rumah kita tu la mungkin terenap benda lain. contoh kat rumah saya ni, karat dia allahu....paip sinki tu tak sampai setahun dah karat..

macam mana nak pilih penapis air?
pilih yang tak membongak dan mampu untuk korang beli...tu je..

yang mana kata air dia paling bersih berbanding penapis air lain --> REJECT
mana kata air dia boleh sembuhkan penyakit --> REJECT
Mana yang sampai kena buat loan bagai untuk beli penapis air dia --> REJECT

nak jual produk riban2 tak kisah. asalkan bila jual tu jujur. contoh
' Penapis air kami ni sama je dengan penapis air lain. Bezanya kami dah upgrade ada air panas, air biasa dan air sejuk. Kami juga ada servis after sale selama 7 keturunan. sebab tu harganya lebih mahal'. 
haaaa....jujurkan sedap dengar.. elok2 taknak tertipu dah kena tipu dengan kejujuran seller..

Alahai kakpah..cakap banyak plakkk...jadi la seller penapis air cenggitu..
hahahah...tak payah...rentikannnn...sebab saya duk ushaaaa je ni macam mana nak buat penapis air homemade 😂 disebabkan takut en hubby kata i senget, so pendamkanlah hasrat itu.

Ok la..seronok jugak bebel pagi2 ni. Xboleh tidur mengenangkan eksperimen sains diperkotakkatikan oleh individu tak bertanggungjawab. Ni dah lepaskan apa yang terpendam,boleh la sambung tido..wakakakaka

Friday, November 27, 2015

Cloth Diapers

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..

hari ni nak cite pasal Cloth Diapers (CD). tapi yang betul-betul basic la..sebab saya pun baruuuu je guna CD ni...ade 2 ketul je kat umah ni sekarang...whuah3
so, harap info saya ni betul la. otai2 CD kalau terbaca cam ade info yang bermazhab 'kakpahselambeland' ni, mohon betulkan..


JENIS-JENIS CD

sumber: www.manjakucomel.com

CD ada beberapa jenis:

1. Pocket
2. All In One (AIO)
3. All In Two (AI2)
4. Fitted *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*
5. Diaper Cover *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*

*********************************************************************

1. Pocket 





 haa...macam gambar kat atas ni, ni contoh Pocket CD
:: insert dan lampinnya berasingan
:: sebelum pakaikan kat baby, kena masukkan insert dalam poket CD 


:: boleh masuk 1 @ 2 keping insert, depends pada kekerapan dan kuantiti kencing baby.
:: sebelum cuci, kena asingkan CD dengan insert
:: kelebihan-cepat kering
:: kekurangan - masa tukar lampin, kena tukar kedua-duanya sekali iaitu CD dan insert.

amende insert tu?

haaa...ni namenye insert...

insert ni untuk serap air kencing.
ada banyak material yang ade dalam pasaran - berbeza dari segi harga dan tahap penyerapan.
kalau jenis microfiber ni jangan buat lapik atas CD tu pulak tau..sebab material ni tak boleh direct kena kulit baby. sebab tu masukkan dalam pocket CD tu..


2. All in One (AIO)

AIO CD, insertnya dijahit sekali dengan CD.
Macam pakai pampers biasa la...boleh pakaikan terus pada anak.
Akan tetapi, bila dah ada insert sekali dengan CD, bila basuh tu lambat lah nak kering. sebab tebalkan... kelebihannya, takyah dah renyah2 nak masukkan insert dalam CD.

*gambar dari fb manjakucomel*


3. All in Two (AI2)

AI2 CD, insert dan diaper cover direka berasingan.
Untuk CD yang ni, insert cuma perlu diletakkan di atas CD.xpayah nak masukkan dalam poket segala.
Nanti bila nak tukar, tukar insert nye je la..CD tu kalau elok, boleh guna lagi. Jimat la tak payah basuh banyak-banyak.
CD jenis ni sesuai untuk bawak pegi travel atau yang xnak basuh CD banyak2.

*gambar dari fb manjakucomel*

akan tetapi, perkara penting yang perlu diingat

INSERT MICROFIBER DAN BAMBOO COTTON TIDAK BOLEH DIRECT KENA PUNGGUNG ANAK.
jadi nak buat macam mana?

guna insert sock.
Material insert sock biasanya dibuat daripada  microfleece @ microsuede @ bamboo fleece @ bamboo velour = material yang boleh kena pada kulit anak. 

leceh lak nak kena bersock2 bagai kan?
alternatif lain
guna insert bamboo charcoal
jenis charcoal ni boleh kena pada kulit anak.


*gambar dari fb manjakucomel*


*gambar dari fb manjakucomel*

*gambar dari fb manjakucomel*



lepas dah beli CD nak kena buat apa?


PREWASH CD

dah mende lak prewash ni?
*soklan yang bermain di benak saya masa mula2 kawan saya kata kena prewash*

prewash ni maknanya cuci CD dan insert yang nak digunakan tu.
Tujuannya untuk mengoptimumkan kadar penyerapan pada material.
so, kalau taknak anak pakai CD alih2 bocor, silalah prewash minimum 3x.
cuci-jemur-kering : 1
cuci-jemur-kering : 2
cuci -jemur-kering: 3
dah boleh guna.
*depends pada material.ada yang kena prewash sampai 6-8 kali.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIINGAT:

1. JANGAN BASUH CD DENGAN PELEMBUT FABRIK
 2. JANGAN GUNA CLOROX KE VANISH KE APE
kalau kotor biasanya stain akan hilang sendiri bila dijemur bawah matahari
3. JANGAN GUNA NAPPY CREAM
4. JANGAN BERUS CD ATAU INSERT

kejanganan semua ni boleh menyebabkan kadar penyerapan CD dan insert merudum dan boleh cepat rosak. kan tujuan nak selamatkan alam sekitar. kena la jaga elok2.. hehe
ala..renyah awal2 je...nanti dah biasa ok la..
boleh jimat banyak ni...guna dari anak kecik sampaiiiii besar,



CARA SETTING CD

adjust button tu ikut saiz anak


SABUN YANG SESUAI UNTUK BASUH CD

Saya listkan yang ada dalam malaysia je la ek..yang lain2 boleh google..
SABUN YANG FORMULATED UTK CD:
 Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent 
Charlie's Soap (powder) 
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda

Mountain Green
SABUN YANG TIDAK FORMULATED UTK CD TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UTK BASUH CD:

BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Fab
Trojan
Kuat Harimau
cosway ecomax - for cp and cd


TAKE NOTE:
SABUN YANG SEPATUTNYA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK BASUH CD
*tapi ade je yang guna*
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent

sebenarnya, tak kesah la sabun apa nak guna..tapi pastikan:

TIADA PELEMBUT @ SOFTENER
TIADA ENZYME
TIADA PELUNTUR @ PEMUTIH
TIADA ANTI-BAKTERIA
TIADA LEMAK@MINYAK



Haaa...setakat ini saje lah ilmu yang saya dapat kongsikan untuk hari ni. sebab ni je yang saya tau..hew3
berbekalkan ilmu yang ibarat seperti sebutir garam di kilang garam, saya memang beli CD yang murah2 je. asalkan anak saya selesa nak pakai.tercapai la tujuan nak berjimat, nak selamatkan alam sekitar dan tak lah putih mata kalau CD atau insert rosak.haha

Nak CD dan insert murah?
boleh tengok di FB Barang baby/bayi murah.

Nanti agak2 dah jadi otai tu, boleh la beli yang mahal-mahal.ngeh4



p/s: KALAU RASA MACAM PAHAM TAK PAHAM, NAK TANYA SOKLAN,
JEMPUT LAH WHATSAPP SAYA
0137141201
saya akan cuba jawab sebaik mungkin. kita sama-sama belajar ye dakkk...

kalau cari barang untuk wanita pulak
boleh cuci mata di
D'CasaBelle

Wednesday, November 11, 2015

Bes tak jadi umi?

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

soalan sebegini atau sipi2 begini telah berkali kali ditanya kepada saya beberapa hari selepas saya officially jadi umi..maka ketika itu, saya tak dapat berikan jawapan sama ada bes atau tak..
terserlah saya umi yang teruk bila jawab ade yang bes ade yang tak bes. lebih terasa diri ini teruk gila bila membaca jawapan balas dari mereka bila saya jawab begitu..
saya tak kecik ati..
tapi dalam hati saya mempersoalkan
what???betullah..saya jujur kottt...

sebenarnya soalan begitu tak perlu di tanya, lebih2 lagi pada 2 minggu yang kritikal..ditanya ketika luka jahitan masih rasa seperti tertetas2..ditanya ketika hormon2 badan masih bersimpang siur.. ditanya ketika emosi masih tidak stabil dan waktu diri sendiri keliru dengan keadaan diri sendiri..

dan selepas saya memberikan jawapan tersebut
muncul berita tentang ibu2 yang dikatakan meroyan sehingga bunuh diri, bunuh anak dan sebagainya..
dan serentak dengan itu, ibu2 yang berpengalaman berkongsi tentang diri mereka setelah melahirkan anak...di mana postnatal depression tu memang wujud..
tipu la kalau saya cakap saya tak langsung kena kemurungan tu..cuma mungkin tak teruk..
selalunya detik2 kritikal yang saya alami adelah waktu malam..waktu orang lain tido, saya yang masih kesakitan akibat luka jahitan yang banyak sampai hampir ke bontot terpaksa menguruskan si kecil yang meragam nak susu, nak tukar pampers, muntah, susu tersembur keluar dari hidung..
masa tu jangan kata sakit, siap saya dah give up dan motivate diri sendiri
biar la jahitan tu koyak, buruk, dan lagi over, biar kata sampai tercabut nyawa pun xpe lah..asalkan anak aku selamat!
TERTEKAN!
bagi susu sambil menangis2 sebab bila duduk terasa jahitan macam terbukak..
padahal sebenarnya tak terbukak pun..tapi dengan rasa sakit sebegitu terasa macam jahitan tertetas dan darah mengalir2 sampai basah katil -->again..overthinking..melampau dan hiperbola bak kata sastera melayu..
itu belum bila mata yang mengantuk tahap dewa baru nak lelap, sekali dengar rengekan kecik baby, bila pandang sebelah, tengok susu yang keluar dari hidung dah boleh ditadah dalam cawan -->hiperbola lagi.. kena la over supaya saya tak menaip sambil menitik2 air mata..
again
terus bangun dengan cepat -->sakit giler luka tu..
duduk kat atas katil dah xingat la nak kepit ke ape ke -->dabel sakit kat luka jahitan..
bangun dari katil siap kain batik terlondeh *saya memang tak pandai pakai kain batik*, dukung baby, sambil tepuk2 belakang sampai baby tido balik *adelah dalam sengah jam ke sejam gitu* nak duduk saje, luka sakit..baik jalan..---> berganda2 sakit..tapi ni bukan sakit luka jahitan..lebih kepada sakit ati..
yang paling buat saya sakit ati adelah panas..
hekeleh...panas pun sakit ati..ape2 ntah..
tapi tu la..bende kecik yang simple the dimple tu pun boleh buat saya stress giler..
time bagi susu, duduk penat, baring pun lenguh..ngan panasnye..dah tu kekdah guane lagi nak buat??
tangan sebelah dah genggam2 dah ni, tahan marah punye psl..dengan iman sekelumit ni la bekal pelindung si kecik dari kene tujal, terlangkup dengan bantal sebab esek merengek padahal susu dah bagi,pampers dh tukar--> imagine bukan2..sebab tu jangan suke sangat tengok cite bunuh2, dera2 sume tu..klu totally hilang kawalan, bende yang kita tengok tu la kita nak buat..
sebelah tangan lagi wasap en hubby..
sape lagi tempat nak hamburkan kemarahan..dia je la..
sampai la 1 malam tu, saya kena tazkirah panjang dengan en hubby..
perasaan: sebal.. sedih.. Rs mcm apsal dia pun xphm ak niiii...tapi rs marah yang paling top skali sampaikan sy amik kptsn utk buat donno je..keringkan hati.. Bila bergantung harap dgn manusia,begini la jadinya..kecewa...

kendian2 tu, bila luka dah beransur ok..rasa terbeban tu pun hilang...

 ni antara perkara kritikal yang jadi kat saya..
ape agaknya masih saya boleh jawab dengan ring angel di atas kepala dengan jawapan
seronokkkk sangat jadi umiiii...

tapi saya tak salahkan yang bertanya..
mereka belum merasa..
sama seperti saya dulu..
sebelum kawen, gatai miang nak kawen awal..kununnya kawen tu SERONOK GILA
huh..seronok ke..
lepas kawen rasa biase je..
same la jugak jadi ibu ni..
masa berangan2 rasa seronok la..
sekali dah hadap..
biase je..
cuma pertukaran fasa hidup,
pertambahan tanggungjawab..
seronok ke tu?
dapat status baru : seronok
galas tanggungjawab: tak seronok
seronok + tak seronok = biasa je la kan..

kenapa saya tak boleh nak jawab soklan
BES TAK JADI UMI?

sebab

dapat tau pregnant: BEST
sbb muke en hubby excited giler

pikir macam mane nak didik anak jadi manusia berguna: TAK BEST
sbb saya pun bukan baik mana..karma tu wujud  (T__T)

Morning sickness : TAK BEST
sbb sampai 5 6 bulan makan muntah makan muntah. SIYESLY TROMA GILER

Perut kecik : NEUTRAL
orang esek ulang2 perut@baby kecik: STRESS = TAK BEST

dapat layanan sebab pregnant: BEST
tapi merasa bila dah masuk 8 bulan..baru nampak perut..kalau tak, tolak la kau kereta kat umah tu..selamat dah tolak 2 3 biji kereta masa jadi mak buyung...

Baby tendang2 dalam perut : BEST GILA!
Lagi2 kalau baby mcm bagi respon dengan apa yang kita cakap..tengok perut bergerak ke kiri kanan rasa momazing..chewahh..

en hubby main2 ngan baby dalam perut:
BEST sbb nampak dia excited nak baby
TAK BEST sbb esek main ngan baby dalam perut je..kite ni tak dilayannye..cait..

Dapat tau baby dalam perut baby boy: BEST
sbb sy mmg nak anak lelaki..hehehe

Kene seluk untuk cek jalan: TAK BESSSTTTT
sbb sakit giler!

sakit contraction: GILER2 TAK BEST
lagi2 bila dah sakit sangat, tapi laluan tak bukak lagi..
another 1 yang buat saya TROMA TAHAP GABAN!

beranak: BEST
untuk baby ni, masa beranak tak sakit sangat..alhamdulillah...mungkin sbb cntraction tu sakit giler..so bile beranak, rasa tak sakit sangat..
tapiii
YANG TAK BESTNYE bila kena
kangkang depan doc..even doc pompuan pun segan, ape lagi kalau doc laki..yang tak pueh ati tu, xde nak sambut baby pun menyemak kat situ dah kenapeeee!!!
bab aurat ni la..rasa sadis sgt...huhu

En hubby masuk labour room lepas saya deliver: BEST
sbb tgk muke dia senyum2, masuk cakap assalamualaikum...owhhh...so swittt...
dgn excitednye dia cite dia azankan baby sume..
best sangat

pegang baby sendiri for the first time: BEST
elok2 sebelum ni cakap saya geli pegang baby baru lahir..tapi anak sendiri, tros dukung je..sebab dah bedung kot..boleh la berlagak..haha

tengok muka baby tido: BEST
rasa macam lenanya dia tidooo..huntung la xde mende nak pikir sangat...haha

Luka jahitan mula rasa sakit: TAK BEST
kentut pun sakit...nak berak apetah lagi..

Sembelit: TAK BEST
dah makan sebotol ubat spital pun xle berak gak..sakit, takut dgn jahitan pun ye jugak kot..
hari ke 3 baru dapat berak..tu pun seketul je..buat syarat..
tapi, berjam2 la duk dalam tu..
nanges2 sambil bontot tertonggeng2..kjp duduk kjp bgun dr jamban..

*doc kata meneran macam kene sembelit...last saya kene sembelit masa kecik kot...sbb tetibe teringat arwah wan penah masukkan ubat picit kat bontot...lpas tu smpai ke besor ni xde dh sembelit..
so, saya pun xle nak imagine how nak meneran macam sembelit..
bila dah kene sembelit ni, sambil duduk2 berusaha nak mengeluarkan hasil..TETAP SAYA TAK RETI NAK TERAN.. tersekat la kat tengah2 tu haaa...
maaf..saya tak suka memaksa..
taik tu xnak keluar..bior la dia duk kat dalam..
sampai dia nak keluar sendiri..*
berhuhulah kita di dalam jamban seorang diri..sobsss

Puting melecet: TAK BEST
bawah sakit, atas sakit..
ye tahu...sakit penghapus dosa..
tapi saya bukan hipokrit nak cakap tak sakit semata2 nak dapatkan title ibu mithali sebab tak pernah merungut..sory,,tu bukan saya...
sakit is sakit..
sakit kalau boleh tahan, saya tahan..sampai menggigil2 tahan sakit...
jangan nak cakap, merungut tak dapat pahala whatsoever..dosa pahala bukan korang yang bagi.. -->pehal minah ni tetibe emo..ntah2 orang tak cakap ape2 pun..haha

kita dah mengantuk gila, baby tak nak tido2: TAK BEST
ting tong ok.. dah sedia maklum baby memang macam tu..tapi xdapat nak terima bila time dia tido kita tak boleh tido..time dia xnak tido laaaaagi la kita xboleh tido..dah tu...nak suh jadi zombi ke tak tido langsung...kalau kepala straight je xpe..ni pegang pun macam larat tak larat..boleh bikin jiwe panas beb!nak2 sorang2 lak kene handle..

tinggal baby kejap, dah melalak: TAK BEST
Saya ni jenis kalau nak berak sangat2 xle dilambat2kan..kang ade yang pitam kang...
ade 1 malam tu, saya dah xthn nak berak..baby lak xnak tido..letak merengek...dukung, tapi terhuyung hayang nak pitam..pujuk bontot..xpe,..hang berak je dalam seluar..orang len tido..xtau..
tapi bontotku pemalu...dia xnak.. dah berpeluh dah ni..
letak baby, cakap ngan dia, tunggu kejap..umi nak berak..
sempat keluarkan yang terdesak, cebok cpt2..tgk baby dah nges2..
bontot pedih..disamping terasa lagi nak berak..
sadis sekali...

tengok baby senyum: BEST
sbb kite duk cite2 kat dia, sekali dia senyum macam la paham sangat ape yang kite bebel tu..
mujur comel..kalau tak cubit bagi nanges..nak tengok gusi pulak..haha..


Mgkin gambar ni boleh menyampaikan ape yg dirasai..


P/s: sepanjang alami bende yang tak best tu...saya duk pikir macam mane la ibu2 yang pantang sendiri tu..mane nak susukan baby..baby menages..nak ngempeng..anak2 yang lain nak diuruskan..nak kena masak..kemas umah..laki nak kene layan..perghhh!!
tak leh nak imagine stress nye dorang..
tapi...mereka2 ni la penaik semangat saya sebab saya tak kene macam tu..kenapa saya nak give up pulak..patut dorang la kene give up kan..
siyesly, ibu2 ini inspirasi..


utk next baby..*ewah...dah berangan next baby*
saya harap masa tu saya dah tak troma dgn morning sickness ngan contraction..
dan dah bersedia nak tadah aurat kat orang luar.. wpun jiwe xrelaaa.. (T_T)
kalau en hubby boleh sambut kan best...hurmm...



#abes dah 44hari#

Tuesday, July 15, 2014

Video Sustainable Management

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

sanggup tangguh angkat baju sebab nak hapdate belog ni punye pasal..harus la kan..nak angkat n lipat baju tu kejap je..*ayat sedapkan hati*

saya pernah bebel dulu pasal subjek2 yang saya amik sem ni kan?kat sini.. assignment paling menarik subjek sustainable management ni la..mule2 kene wat poster. pastu wat video lak..menarik gilos i rasa..macam my mom cakap la..'ko tu bab bende2 yang enjoy2, main2 ko suke la kan..' yes la ibu..ble enjoy2, fun2 baru syok nak siapkan kelija..haha.*ce bagi yang tulis2..terjunam terus saya..haha*

walaupun subjek ni banyak presentation, tapi saya tak present sangat pun..haha.. *mintak kene lempang ini statement*..maklum la..ilmu tak berapa nak tinggi..orang duk present kat depan, kepala meraban pi mane ntah.sibuk la time tu nak pikir malam nak masak ape la..balik kang nak buat ape la..padahal, bile balik umah, tido je kejenye pun..beriye benor nak planning2 segala watpe ye doookk..

macam dah melalut yang bukan2 kan..haha
ok2..kembali balik ke storyline yang asal...

hari last before sesi kuliah berakhir, ktorg juz lepak2, makan kuih minum air mineral sambil tengok wayang asgmen terakhir untuk subjek ni.. terima kasih Dr n En Yusry sebab sponsor kuih dan air..Ade 7 group, tapi saya tak upload sume video sebab ade sebahagiannya saya tak mintak kelulusan dorang. yang mane ahli group luluskan je saya letak dalam blog ni..moge2 dapat diambil pengajaran dan imu yang ada..

selamat menonton..


HARUS LAH VIDEO GROUP TUAN PUNYE BLOG DULU KAN..
sangat suke ngan teamwork group ni! thorrrbaik...

Tajuk: Water Pollution


group2 len:

Tajuk: Back to The Start

Tajuk: IBS

Tajuk: Construction Waste Issues

Tajuk: Sustainability in Transportation



ade lagi 2 group saya tak letak..
tapi kalau dorg terbaca ni n nak saya attach dalam ni, juz roger kat komen..
in syaa allah akan dipublish..kalau nak laaa...xnak xpe..
tiada paksaan dalam mempublishkan video ni..haha

tapi komen tu, sertakan name sekali..anonymous semata tidak akan dilayan..sebab mane tau ade yang menyampah ngan blog ni nak carik pasal kan..lalala~


memandangkan saya obses ngan video group saya, banyak kali duk ulang2 tengok video yang sama..*padahal nak tengok ghupe sendri belakon...cakap je laaaa*. Sebenarnye saya tak tau pun MJ ade lagu bes cmni..biase la..kalau tanya lagu CT , saya tau la..haha..

so demi melayan bende lagho ni, saya letak sekali lirik lagu EARTH SONG by MJ ni..
kot2 leh wat karok nanti..eh!

"Earth Song"
What about sunrise
What about rain
What about all the things
That you said we were to gain...
What about killing fields
Is there a time
What about all the things
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the blood we've shed before
Did you ever stop to notice
This crying Earth, this weeping shore?

Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh

What have we’ve done to the world
Look what we've done
What about all the peace
That you pledge your only son...
What about flowering fields
Is there a time
What about all the dreams
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the children dead from war
Did you ever stop to notice
This crying Earth, this weeping shore?

Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh

I used to dream
I used to glance beyond the stars
Now I don't know where we are
Although I know we've drifted far

Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh
Aaaaaaaaah Oooooooooh

Hey, what about yesterday
(What about us)
What about the seas
(What about us)
The heavens are falling down
(What about us)
I can't even breathe
(What about us)
What about apathy
(What about us)
I need you
(What about us)
What about nature's worth
(ooo, ooo)
It's our planet's womb
(What about us)
What about animals
(What about it)
Turned kingdoms to dust
(What about us)
What about elephants
(What about us)
Have we lost their trust
(What about us)
What about crying whales
(What about us)
Ravaging the seas
(What about us)
What about forest trails
(ooo, ooo)
Burnt despite our pleas
(What about us)
What about the holy land
(What about it)
Torn apart by creed
(What about us)
What about the common man
(What about us)
Can't we set him free
(What about us)
What about children dying
(What about us)
Can't you hear them cry
(What about us)
Where did we go wrong
(ooo, ooo)
Someone tell me why
(What about us)
What about baby boy
(What about it)
What about the days
(What about us)
What about all their joy
(What about us)
What about the man
(What about us)
What about the crying man
(What about us)
What about Abraham
(What about us)
What about death again
(ooo, ooo)
Do we give a damn

Aaaaaaaaah Oooooooooh


p/s:
Aaaaaaaaaaahhh
Ooooooooohhhh
*terus nyanyi lagu MJ sambil lipat baju*


Friday, June 27, 2014

Diamond building Suruhanjaya Tenaga

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang


sebelum den menghapdate pasal gi Diamond Building hari tu (hari tu merujuk kepada 10 jun 2014..hari ni 27 jun 2014- mujur dalam bulan yang sama..kalau tahun nye tetibe berbeza macam melampau sgt simpan cerita kan..haha) , saya nak cite pasal gi interview semalam.. ingat lagi tak saya pernah cite saya terdtg awl tempat iv? semalam la hari yang sebenarnye.. sampai2 gi kaunter pertanyaan, terus guard tu cakap tingkat 1..pergh..xtanye lagi.terer la..haha

daftar2 sume, amik nombor (first time interbiew gune nombor), pastu lepak men game kat hp..bajet bagus sgt la tu...pastu tgk org len mcm study, sy pun bkak la note2 yg telah discreenshot kat henpon..moden bebenor..tp nak wat cane..nak online terus , tenet xde lak..

saya dpt no 5 drpd 10 calon yg smpi..kire tgh2 la..mase sesi daftar2 tu tenang2 lagi..ade pakcik2 yg turut gi interbiew tu la wat bising..tp bkn utk jwtn saya..jawatan len la.. sekali, ble dah start tros senyap sunyi..

kalau sebelum ni, gi pos opis ke gi tabung haji ke punye la tak sabar nak nombor kite tu naik kat screen..semalam, pertama kali rasa takutnye nak tunggu nombor naik..ngan bunyik macam kat tabung haji tu buat rasa jantung ni berciciran kat lantai..

*screen berhantu*

tpi alhamdulillah...selamat la keluar dari bilik tu sambil senyum2..mesti orang2 yang tengok saya macam 'ok..minah ni mesti boleh jawab'..PADAHALLLL..haha

tolong doakan saya dapat kerja tu ey..siyesly nak..walaupun gaji kocik bonar, ompek satu sonyum lebar, saya tak kesah..nak jugak..sanggup tukar mode study..wheh3


ok, sambung ngan cite diamond building ni..

naik bas UiTM...ceceh...
dulu naik bas UTM
skrg UiTM..
snif3..nasib baik bas cantik..kalau tak, mau kene compare ngan UTM..haha


lokasi kat putrajaya..
yang membuatkan rasa nak hempuk kepala sendiri adelah, selama saya keje ngan ECO dulu, selalu sangat la lalu kat bangunan ni..duk kompius apsal la bangunan ni pelik semacam..tapi ye lah kan..saya ni bukan la jenis nak amik tau segala bende,,lagi2 yang macam xde kaitan ngan saya..

sekali sampai...laaa...si bangunan pelik ni ke diamond building..


~si pelik real~

~si pelik replika~


mule2 dengar dulu penerangan yang diberi..sambil tengok video..
saya kan bukan background civil..so, ble dgr ape bende la dorg duk cakap ni..tapi paham la sikit...saya kan lampi! lampi yang melampau.. (--")

secara overall, element2 dalam bangunan ni menjimatkan tenaga, kurang guna air, kurang guna letrik, so global warming pun dpt dikurangkan. sangat menjaga environment uols..tetapiii...dah tentu sekali kos nak buat nye tu macam hujan coklat membasahi ladang koko..puff!jadilah koko crunch..macam xde kaitan kan..dulik ah..ni blog sape..saya kan..skati saya la nak bebel camne..lalalala *sewel sebab sambil taip duk pk asgmen xsiap lagi, isnin nak exam, xstudy lagi..tapi masih sempat menghapdate..pejadah??*

contoh:

cantikkan..?
bukan org2 dalam gambor ni..
tu ha...tgk belah atas tu..
macam lampu kan?
padahal ceghemin jer..tp kat belah atasnye tu ade matahari masuk..
pandainye!!



gambar bawah ni xyah layan sangat la..orang yang amik ni bajet2 artistik la kunun..setakat gune lenovo pastu tak reti setting kamera, berangan je la..


Some infos yang ade,
rajin lak nak membaca nye..dah la kecil coet

ni fact gambor yg mcm lampu tdi tu..


another version..isi same je..side lain..heee


lepas tu, kitorg naik kat sini lak..

disebabkan dah lame punye cite, saya sampai lupe kenapa saya amik gambor ni..
lepas seminit dua tengok tanpa kedip, sambil minum milo 'O' kosong saki baki minum en hubby, baru teringat,
saya nak tunjuk rumput tu..hahaha
batak angat2..
rumput tu ditanam kat atas ni sebab ...ermm... sebab...
ok..kalau tak salah *dh lupe dah pointnye..aish*, sebab rumput ni tahan panas dan mudah serap air..point kedua tu xpasti..lupe la..adoiyai..


Element2 yang ade kat rooftop ni:

1. Photo voltaic Panel






First time dapat tengok solar panel yang besor depan2. siap dapat pegang lagik..so, harap memahami orang yang macam rusa masuk bandar ni..

2. Rainwater Harvesting

3. Dome

4. Insulated Concrete Floor

5. Roof Light Trough
kat tempat cam lampu tadi, ni la sumber cahayanye..

6. Floor Slab Cooling
dorang xgune aircond..cara nak sejukkan bangunan gune bende ni..so lantai akan sejuk je..

7. Greeneries on Rooftop

ha..yang bawah2 ni saje amik wat berat memori kad henpon..



pandangan dari atas..mujur panas...kalau tak memang dah lepak lame2 dah atas ni..

last sekali, gi masuk galeri..sebenarnye before sesi melawat pun dah masuk galeri ni..tapi miang..orang dah nak balik baru terhegeh2 nak amik gambor kat galeri ni...


baaaanyak gilos infos dalam ni..
















inilah element2 yang disebutkan tadi..

yang ni lak, award2 depa..





kami tak termasuk dalam award yang depa dpt ye..

kat jalan masuk tu ade info pasal pokok jarak..


kalau tadi, rumput tu sebab tahan panas..
yang ni,serai dan sireh..ade sebab pengarahnye suruh tanam..tapi seperti selalu..saya lupe ape functionnye..ngeh3

berapa kali nak amik daaa..

rasa nak ciplak signboard ni, pastu tampal kat sume tempat
"This is a restaurant/kedai mamak/gerai tepi jalan. Smoking is not allowed in this area"
tak pun, nak bagi pendek
" SMOKING IS NOT ALLOWED IN THIS EARTH"

agak2 rasa nak smoking, gi earth lain..haha


lain2 gambor..dak2 ni la amiknye..
tepek kat sini sebagai kenangan...

DR AMNORZAHIRA AMIR

lecturer kitorg..wink3

mase taklimat



masa merendek














sebelum balik




dalam banyak2 gambar, saya suke 2 gambor ni..

nampak cam real kan..haha

yang ni lak nampak cam sarang lelabah..
cantik!
kat tengah2 tu macam ade tirai...boleh dibukak dan ditutup..
bangunan ni banyak ceghemin sebab nak bagi cahaya masuk..

gambor reramai..

TERIMA KASIH SURUHANJAYA TENAGA SEBAB SUDI ENTERTAIN KAMI STUDENT UiTM NI..
Diamond building ni open untuk dilawati.
Juz buat surat dan hantar kepada ST..
waktu melawat, hari SELASA sahaja..
sape2 yang nak tambah ilmu, wat praktikal, jemput la ke ST..
*saya pulak tukang promot*

p/s: agak kompius di sini..ini blog saya, tapi gambor saya seketul dua je..lawan tokey ni..haha