Thursday, August 25, 2011

Bidadari

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

ni adalah email dari sorang sahabat..aku pun xpenah bace..so,same2 la kite bace..haha

Perhiasan adalah sesuatu yang menambah seri suasana,menyejukkan hati dan mata,seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga,demikianlah hati apabila melihat perhiasan.Tapi kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?Malah ada wanita yang menjadi punca kemelut.Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang dia miliki.

Seorang manusia yang bergelar nabi ,manusia lelaki pertama yang diciptakan Allah,baginda di muliakan semua makhluk termasuk para malaikat atas perintah Allah.Baginda bebas menyusuri setiap cerus menikmati keindahan yang terperi.Namun di tengah keindahan syurga,jauh di sudut hatinya masih ada kekosongan.Mengapa?Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga.Maka dicipkakan untuknya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat  syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita.Bidadari cantik jelita juga adalah wanita.Kalau begitu meriahkah dunia tanpa wanita,sunyi sepilah dunia.Tidak banggakah kita menjadi wanita?Persoalannya cukupkah sekadar kita dilahirkan sebagai wanita.Kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini.?Apabila diserahkan kepada Allah,kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya,kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari zat yang maha Agung.

Inilah wanita solehah yang digambarkan oleh Rasulallah s.a.w : "Dunia adalah perhiasan, sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah"


Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.Sebaiknya,jika hati dibawa jauh dari Allah,hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.



Apabila wanita lari dari ikatan tuhan,maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan.Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan terserlah lah kecantikan palsu yang menanti untuk diekpsloitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.Ibarat bunga sejati dan bunga plastik,jika bunga plastik di sembur pewangi harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati,tapi harumannya tak kekal.Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenarnya,ia haruman palsu yang bersifat sementara,berbeza dengan bunga sejati yang bersifat kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal walau di mana ia diletakkan.Sebaliknya bunga plastik tetap kaku,haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.


Wanita solehah yang di hatinya terikat dengan Allah.Si gadis dihiasi dengan sifat sopan dan malu:si anak mentaati ibu bapa:sri kandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin  terhadap masyarakat:si isteri penuh ketaatan,kesetiaan dan kasih terhadap suami,semuanya berteraskan rasa cinta kepada Allah maha pencipta.Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki 'perhiasan' sejati ini kerana pasti hidupnya akan terarah ke syurga.Seorang wanita yang hatinya jauh dari tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang di gilai oleh segenap lelaki.Terpenjaralah hati kaum adam yang memilih perhiasan palsu ini.Hati menjadi sempit dan akhirat terseksa tanpa batas.Wanita boleh menjadi bunga sejati  atau bunga plastik.......




Fikir2kan dan renung2kan.......Untuk dikongsi bersama
Wallahua'lam..


- pictures have been removed-
ni bunge sejati ke bunga plastik??jawab2..haha


No comments: