Showing posts with label bebelan semate. Show all posts
Showing posts with label bebelan semate. Show all posts

Wednesday, January 17, 2018

Mimpi seram

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alahai..baguih benor le tu entry pembukaan cite pasal hantu😂
Tapi serius tengah berdebar lagi.
Sajalah coret2 kat sini buat kenangan😌

Malam tadi saya n dedobot tido awal. Sebelum isyak dah tido. Sebab nak tunggu dia tido sendiri memang nan ado nye kalau dah balik rumah jidah ni. Sanggup tahan mata nak main punya pasal. Padahal petang tak tido. Sebelum dia buat perangai. Baik tidokan cepat.

So sebelum tido, dah pujuk2 dulu la suh peluk mainan la ape la..then baca doa tido, ngucap ngan selawat pastu terus terlelap😂 takdan dah baca ayat qursi, 3 qul semua.. 

***************

Sebenarnya tak tau apa tujuan saya masuk join team penyelamat mangsa2 kebakaran di sebuah sekolah. Nak kata saya pandai menyelamat, tak jugak. Tapi tahu2 suasana dah kelam kabut. 

Saya kena follow seorang budak lelaki yang dalam team yang sama (panggil A la ye..lupa nama dia dalam mimpi tu). Dan agak blur jugak sebab takde pun nampak api. Yang saya nampak cuma muka2 pelajar yang pucat dan ada yang berjalan perlahan, ada yang berlari cemas.

Bila sel2 otak mula berhubung dalam mimpi tu, rupanya saya salah seorang ahli team untuk menyelamatkan roh2 yang terperangkap kat sekolah tu..
Ape kehayyyy😂😂😂 seram giler kot muka budak2 tu ..pucat lesi je.. lalu sebelah kita lak tu.. n saya takde pun ilmu pendinding ke ape.. memang menyorok je la belakang A. 

Kami pun berjalan di satu korridor yang menuju ke arah beberapa buah kelas. Kadang2 ada juga melintas segerombolan 'pelajar-pelajar' dan tanpa hiraukan mereka A mengikut salah seorang 'pelajar' yang seakan-akan sedang memberi petunjuk kepada kami.

Dari korridor yang melintasi beberapa buah kelas, kami melalui sebuah tangga menuju ke kawasan ruangan bilik2 tertutup di aras bawah. Suasana memang suram. Terdapat beberapa orang 'pelajar' yang berwajah muram sedang menyusun pinggan2 di rak. Macam belakang cafe pun ada. Tapi pinggan2 tu pinggan kaca. 

Mula2 suasana suram tu tenang je. Tiba2 ada 'pelajar' yang mengamuk dan membaling pinggan di tangannya ke arah saya. Tapi pinggan tu tak kena pun pada saya. Pinggan tu terapung dulu sebelum jatuh di kaki saya. 'Pelajar2' lain dengan berwajah pucat bengis terus mengambil pinggan yang lain dan baling ke arah saya. Ada juga yang cuba hentakkan pinggan itu di kepala saya namun tak berjaya. Saya tak bergerak walau seinci pun. Dah la tak faham apa motif diorang serang saya ni😅. Tiba2 A cakap 'bagus kak. Akak berani'
Berani??? Ya right..den tengah blur tak habis lagi ni..
Dan bila A cakap macam tu, wajah 'pelajar2' tadi tiba2 bertukar menjadi ceria. Dan tak pucat lagi.

Dalam masa yang sama, dalam mimpi tu saya nampak muka2 segerombolan 'pelajar2' di koridor tadi seperti tidak berpuas hati dan bertukar menjadi rupa yang menyeramkan. Mereka terus berlari menuju ke kawasan kami berada. 'Pelajar2' yang baling2 pinggan tu kemudiannya terus berlari menyelamatkan diri. Dan A pun ajak saya lari. A kata gerombolan yang kejar tu roh jahat. Yang baling pinggan tu roh baik. Rupanya roh2 pelajar sebenar dan bercampur dengan roh2 pelajar tipu. Ada roh lain yang datang ke sekolah tu jugak dan menyamar jadi mangsa kebakaran. Jadi kami ni kena selamatkan roh pelajar yang baik2 ni la..

Saya dan A terus berlari sehingga kami sampai ke 1 lorong yang agak gelap..lampu pun samar2 je.. tiada siapa di situ...
Tiba2 tangan A menggigil.. saya tanya, A..tangan ko tu.. kenapa menggigil?
A jawab, saya boleh berhadapan dengan hantu..tapi yang ini...
Ada apa? saya tanya. Sebab saya tak nampak apa2 kecuali di sebelah kami ada tingkap.
Iblis, kak. 
Bila dia sebut mcm tu, ada sayup2 cahaya merah di sebalik dinding.
Akak tunggu sini. Biar saya pergi. Kalau ada apa2 akak lari. 
Adeh...jantung den dah macam hape dah time ni..
Disebabkan ianya satu mimpi, wpun saya ada ditepi tingkap tadi. Saya masih juga boleh nampak si A dan cahaya merah si iblis.
Bayangkan ada 1 hujung dinding. A berdiri sambil bersandar di dinding. Manakala si iblis di belakang sikit dari kiri A. Xtau apa yang mereka soal jawabkan, yang pasti A kalah dalam sesi soal jawab itu.
Kedengaran ketawa garau si iblis sambil menarik A ke arahnya. Sambil menangis ketakutan saya cuba lari, tapi di korridor kedengaran derap kaki roh2 jahat yang cuba berlari mendapatkan saya. Option yang ada, cuma tingkap.
Sebelum sempat saya lompat, dengar suara A menjerit ketakutan tapi sempat berkata 'lari kakkkk!!!'..

**************

Tersedar...
Dedobot merengek kenapa ntah..
Mengigau kot..
Pundi kencing yang penuh ni saya abaikan sebab jantung dah macam nak gugur bangun terkejut2 macam tu. Hampeh punya mimpi..
Takdan nak tengok jam pukul berapa. Mata macam kena gam.

***************

Dalam sebuah bilik seperti bilik guru besar. 'A' meracau2 seorang diri. Di belakangnya ada 1 frame bertulisan 'pengabdi syaitan' . (Bukan tajuk cerita ke tu? Saya pun belum tengok lagi cite tu😅)

Sambil meracau, 'A' berlari keluar dari bilik menuju ke tangga. 
Agak tak faham dengan situasi yang ini sebab 'pelajar' dah tak ramai. Dan muka masing2 pun ceria je. Si 'A' pula ibarat seorang yang tidak normal tetapi atas belas ehsan sekolah, dia dibenarkan berada di sekolah itu.
'A' yang disebalik tangga itu tiba2 mengejar saya. Saya lari sekuat hati dan tiba dia sebuah tapak perhimpunan. Tapi 'A' tak pula kejar saya sampai ke situ. Dia berhenti di hujung blok mengadap tapak perhimpunan tu sahaja.

Di kawasan tu, terdapat sebuah jip dan beberapa orang pelajar sedang berlatih bersukan.. ada yang memanah, ada yang bermain badminton. 
Bila driver jip tu ajak kami naik jipnya. Kami dengan gembira berebut2 mengambil tempat duduk, dan tempat saya di belakang sekali. Baru nak berseronok, entah macam mana si 'A' menerkam saya dari belakang dannn....



Suasana kembali ke scene dekat tingkap tadi. Seakan2 saya dapat berada dalam diri si A.
Lepas berjaya melepaskan diri dari iblis. Jalan yang ada untuk selamatkan diri adalah lompat dari tingkap tu. Di bawah ada meja.. tapi dekat hujung dinding belah kanan.
Allah...tawakal je la. Aku kena lari..
Bisik A dalam hati.

A terus lompat dan berjaya mendarat dengan selamat. Dari jauh kelihatan seorang guru yang macam tak puas hati dengan A. Dia memanggil2 guru2 yang lain sambil menujing jari ke arah A. A malas nak hiraukan mereka dan turut membantu pihak bomba yang sedaya upaya cuba memadamkan api.
(Agaknya ni mcm flashback masa sekolah tu terbakar kot. A ni pun cikgu.. tapi dia kena fitnah jadi punca kebakaran tu jadi).

Sedang A (saya la tengah jadi A ni) cuba nak tolong padamkan api, tiba2 ada seorang perempuan memanggil si A untuk melarikan diri. Nama dak pompuan tu lydia ke claudia ke hape ntah..lebih kurang gitu la.. free hair. Rambut ikat pony tail. (Dalam mimpi ni dapat rasakan dia pun ahli team menyelamat dalam mimpi part 1 tadi. Maknanya ahli team ada 3 orang - saya, A, claudia/lydia).

Bila si A( ingat tauu..saya yang nampak apa A alami😂. Tulis sAya la macam tu..senang nak cite) toleh balik ke arah kebakaran tadi, suasana bertukar semula menjadi suram.. muka guru2 yang berkumpul tadi bertukar menjadi muka yang menyeramkan..

Claudia/lydia bawa sAya lari ke tempat yang selamat. Tapi setiap penjuru koridor, ada sahaja roh2 jahat yang mengejar kami. Wajah claudia/lydia sangat tenang. Kiranya antara ahli team, dialah paling terer sekali. 

Lokasi terakhir kami, kami berada di satu kawasan yang (nak kena lukis ke?haha) ada 4 lorong koridor dan 3 pintu ruang bilik yang kecil. Gigih mak temah lukis nak jadikan kenangan punya pasal🤣

Ginilah lebih kurang..

Masa tu claudia kata kami dah terperangkap..xde option lain melainkan tunggu kat situ sampai pagi. Nanti lepas saya stopkan dorang dari masuk area ni, kita tunggu dalam bilik ni ya. Sambil tunjuk ke bilik bertanda X kuning tu. sAya pun angguk la..follow je dia sebab dia terer kan..

Sambil baca ape ntah xtau, claudia ludah kat kawasan merah koridor 1 dan 2. Bila claudia dah ludah dekat kawasan merah corridor 3, dia tiba2 nampak sesuatu dan nak pergi check apa benda tu. Dia pun langkah masuk ke koridor 3 .. xde jauh mana.. sAya boleh nampak dia. Dan bila dia nak lari masuk balik ke kawasan kami, di tersekat. Ah sudah!! Dia yang sebelum ni muka tenang je pun dah jadi muka cuak giler. Dia lupa yang dia pun sebenarnya adalah roh. So dia xboleh lepas dah kawasan tu. Dalam masa tu boleh nampak berkoyan2 roh2 jahat yang datang nak serang dari koridor 1 dan 2.. masing2 muka tak puas hati mencakar2 dinding lutsinar yang ada.. sAya pandang claudia.. claudia tak mampu nak tolong lagi. Korridor 3 makin dipenuhi dengan roh jahat berwajah seram.
Dalam kekalutan tu, sAya teringat, koridor 4 masih terbuka. Serius nak nangis time ni. Dari jauh nampak 1 makhluk melangkah perlahan2 ke arah sAya. sAya terus masuk ke bilik kecil X tu. Alahaiii...rupanya bilik tu toilet lama yang dah ditutup lubangnya. Dan pintu tandas tu pun bukan tertutup semua.. ada ruang di atasnya. Walaupun sAya dah kunci pintu tandas tu, tiba2 ada kepala slow2 muncul dari ruang atas pintu.. jantung dup dap laju toksah cakap la.. dah dalam separuh muka seram dia tunjuk slow2, tiba2 laju seketul muka betul2 depan sAya!

*****************

Nasib baik tak terkucil atas katil. Dah la tank penuh. Melampau betul mimpi. Siap ada part 1 part 2..boleh to be continue bagai ek..grr..

Tgk jam baru pukul 1. Bangun solat, update cite ni sementara fresh, n now dah cuak nak tido balik.. 😑😑😑

P/s: xde seram mana pun kan..ala..nama pun mimpi.. anggap je la macam tengok wayang yang bayar mahal2 sekali hampeh..hak3


Monday, April 17, 2017

Master

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

Semalam banyak gambar konvo yang saya tengok dekat fb.

Sedih? 
Ya!

Cemburu?
Ya!

Terkilan?
Ya!

Menyesal?
TIDAK!

Ikutkan hanya tinggal lagi 1 step sahaja lagi nak dapat macam tu. Tapi saya yang decide untuk stop atas faktor kelecehan sistem pengurusan dan saya pun taknak semakkan otak dengan benda2 cenggitu. Baik saya stop fokus besarkan si kecik ni. Even tak dapat habiskan, saya sangat2 suka dengan ilmu yang saya dapat.

Harap Allah sembuhkan hati saya. Supaya saya tak menangis lagi dengan benda2 yang kecik sebegini. Even tak dapat master tu, ingatlah yang diri tu dah berjaya master bagi susu dekat anak. Harap ini sajelah dapat ubatkan hati yang lara.

Mungkin juga hati sedih sebab lain. Antara penyebab malas nak sayang orang lebih-lebih. Nanti terharap mereka juga buat perkara yang sama. Taknak dah lebih2 excited. Ada rezeki panjang umur jumpalah. 

Tinggal lagi 5 bulan nak dapat phd bagi susu dekat sayang umi ni.😘

Takpelah sayang.umi xdapat master pun. Daripada awak jadi mangsa, baik umi stop je, layan awak. Dapat tengok awak main, tidur, lari-lari depan mata umi, tu pun umi dah bersyukur sangat. 
Takpelah umi tak dapat keje bagus-bagus pun. Sekurang-kurangnya umi ada masa untuk awak dan babah. Ada masa untuk doakan babah sihat tubuh badan makin dimurahkan rezeki. 

Jalan cerita setiap orang berbeza.
Jangan sedih.
Jangan kecewa.
Jangan berputus harap.
La tahzan..la tahzan..la tahzan..

Ingat matlamat akhir perjalanan.
Jangan lemah dengan layanan perasaaan. 
Lepaskan yang bersimpul.
Teruskan walau hampir tersungkur.
Sendiri pun tahu.
Masa tak tunggu.
Tiada ruang untuk yang bersedih.
Tiada tempat untuk yang terhegeh-hegeh.


Ingat momen awliya belajar berjalan?
Jatuh bangun jatuh tetap jua diteruskan.
Tanpa sedikit rasa penyesalan.
Walau sakit luka badan.
Berhenti bersedih.
Banyak lagi perkara perlu difikir.



Monday, April 10, 2017

Penapis Air

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ni dah kenapa pagi-pagi buta duk cerita pasal penapis air ni? Jual penapis air lak keee???

ahahhaha...tak jual...tapi semalam duk scrol fb tetiba ternampak la 1 iklan penapis air ni. Saje la klik nak tengok harga berapa. tapi harga tak letak. yang ada cuma perbandingan air dia, air paip dan air penapis lain di mana air dia je yang bersih. air lain kotor.
 menyampessss tengok..

Dulu masa saya sambung master amik environMENTAL enginering tu ada lah belajar pasal penapis air. jadi saya tahu lah serba sedikit pasal RO, activated carbon bla bla bla.. nak kata terer tu tak la sebab saya tak dpt certificate master tu pun...haha..
terkilan tak dapat habiskan tapi tak nyesal pun berhenti belajar. ilmu nya tetap saya dapat.

berbalik kepada penapis air tadi, kenapa air dia tak kotor bila buat elektrolisis??katanya sebab dalam air dia xde TDS. Total Dissolved Solid. maknanya air dia xde bahan enapan. 
ya memang betul xde sebab dia guna penapis REVERSE OSMOSIS singkatannya RO lah yang orang panggil sekarang. tapi dia tak jelaskan dengan sejujurnya kenapa air dia jadi macam tu, air lain jadi sebaliknya..

yang bagusnya RO ni, dia punya liang penapis (bukan liang lahad ye) sangat2 micro JADI DIA TAPIS SEGALAAAAA JENIS MOLEKUL DAN YANG BOLEH LEPAS HANYA MOLEKUL AIR. apa maknanya kat sini? maknanya, air RO ni totally air... xde khasiat.

yang merah kuning hijau tu molekul baik dan tak baik..habis semua kena buang..hehe

haaaa... part ni la yang depa sembunyikan..
Memang la xde tindakbalas bila buat elektrolisis sebab air tu air kosong jer. Air lain tu mungkin ada molekul bercas. So bila masukkan elektrod memang la akan ada tindak balas gelembung2 tu. Tinggal lagi nak tau gelembung2 tu apa benda je.

dalam air RO, ion biru ngan merah tu xde..

Masa saya tengok dia buat eksperimen tu, saya duk terfikir siapa2 yang bukan aliran sains atau yang terlupa basic pasal kimia mesti kesian kena tipu.

kalau korang pi kedai beli air, perasan tak ada air mineral tutup hijau, dan air tutup biru tulis air minuman?
taraaaaa...
tu la bezanya...

air minuman biasanya guna RO - hanya air sahaja xde khasiat. sebab tu harga dia murah.

macam air mineral pulak, harga lebih mahal sebab dalam air tu ada khasiat contohnya calsium etc etc.. dan ce check dekat label. sumber air mineral selalunya daripada air bawah tanah. lebih bagus untuk diminum. pernah tengok orang beratur ramai2 tepi bukit amik air mata air? katanya boleh sembuhkan penyakit la apa la... tu sebabnya ada sumber mineral dalam air tu..

ntah korang paham ke tak den bebel ni..haha...
Tak kisah la tu..yang penting, kalau korang nak beli water filter jenama apa pun belilah. 
TAPI JANGAN SAMPAI TERTIPU!
kunun2 boleh sembuhkan penyakit la..air dia lagi bersih la..ph tinggi la lagi bagus la.. membongak semua tu..
ph untuk drinking water biasa 6 - 8.5 gitu je... yang nak ph tinggi2 tu buat ape? 
berlubang tekak kang...haaa (ayat hyperbola je ni)


disebabkan nilah saya sangat particular nak pilih penapis air 😂
Kalau diikutkan dekat water treatment kita dah treat air betul2 dah dan keluarkan air ikut standard minimum. tapi on the way nak sampai rumah kita tu la mungkin terenap benda lain. contoh kat rumah saya ni, karat dia allahu....paip sinki tu tak sampai setahun dah karat..

macam mana nak pilih penapis air?
pilih yang tak membongak dan mampu untuk korang beli...tu je..

yang mana kata air dia paling bersih berbanding penapis air lain --> REJECT
mana kata air dia boleh sembuhkan penyakit --> REJECT
Mana yang sampai kena buat loan bagai untuk beli penapis air dia --> REJECT

nak jual produk riban2 tak kisah. asalkan bila jual tu jujur. contoh
' Penapis air kami ni sama je dengan penapis air lain. Bezanya kami dah upgrade ada air panas, air biasa dan air sejuk. Kami juga ada servis after sale selama 7 keturunan. sebab tu harganya lebih mahal'. 
haaaa....jujurkan sedap dengar.. elok2 taknak tertipu dah kena tipu dengan kejujuran seller..

Alahai kakpah..cakap banyak plakkk...jadi la seller penapis air cenggitu..
hahahah...tak payah...rentikannnn...sebab saya duk ushaaaa je ni macam mana nak buat penapis air homemade 😂 disebabkan takut en hubby kata i senget, so pendamkanlah hasrat itu.

Ok la..seronok jugak bebel pagi2 ni. Xboleh tidur mengenangkan eksperimen sains diperkotakkatikan oleh individu tak bertanggungjawab. Ni dah lepaskan apa yang terpendam,boleh la sambung tido..wakakakaka

Friday, February 17, 2017

Dropnotes Wedding Guestbook DIY

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

Tadi dah terlelap sekejap, bila sedar lepas pukul 12 ni memang susah la nak tidur balik. Sementara tunggu en hubby balik (sekarang dah 2am, masih kena tahan buat keje....moge2 dapat title pekerja terbaik, dapat naik gaji ...haha) nak bebel kejap la kenangan amik upah buat GUESTBOOK DROPNOTES ni.

.
.
.
.
.
.
Saya bukan lah seorang yang kreatif. Serius! Nak tunggu idea datang tu, Ya Allah...mau makan berbulan weyyy... Waktu idea mencurah-curah adalah waktu macam ni.. Pukul 2am ke atas... Sementara nak tunggu 2am tu saya berangan la dulu.. Kih3

ok..Stop bebel..

Guestbook ni saya buatkan untuk kawan adik saya. Dia kata time dia usha dekat Expo pengantin harga untuk dropnote guestbook ni cecah RM600. Opkos la yang...benda ni masih tak ramai yang buat. Pastu hasil kerja tangan orang kreatif dengan orang tak kreatif macam hakak ni memang lain la. Dia bajet dalam RM400. Wow! Banyak tu untuk guestbook 😅
So sebagai seorang yang suka cut cost, saya berjaya buat dengan harga RM250. Sebenarnya boleh lagi murah dari tu, tapi saya tak sempat la nak mengcut cost lagi sebab time tengah nak mendeko je, pakwe kecik ni asyik mintak susu. 😂 So saya amik langkah singkat je.hehe

Tengok dulu la hasilnya ya 😉

Taraaaa....



Bahan-bahan nak buat:
1. Frame
2. Frame stand
3. Doily Paper
4. Heart shaped Wood
5. Permanent Color Pen
6. Box
7. Ribbon
8. Botol kaca



Orait.

Banyak barang yang saya beli je sebab tak sempat nak buat. Contoh macam frame tu sebenarnya kalau kreatif dan rajin boleh je guna kotak. tapi tak dan la haih nak potong-potong bagai. So beli je..

Nak buat pulak ada beberapa part.

1. Frame - merangkumi deko, stand dan kayu love tu
2. Guestnote - ada botol kaca, bunga dan guestnote of course
3. tempat letak pen dan kayu love


Disebabkan part yang paling susah adalah frame, so kita letak tepi dulu. Amik yang senang iaitu kotak dan tempat letak pen. hihii


Ini paling kacang goreng sekali. haha
Kotak beli je yang dah siap.
pastu riben tu buat la sendiri. Cara buat riben boleh tengok dekat google image. pilih je bentuk riben macam mana yang kita nak.

Tempat letak pen tu just balutkan dengan riben jugak, Lilit ibarat korset gitchewww..
pen tu pun tambah riben dan bunga kecil. 





Gigih amik banyak angle. Gambar hat tu jugak. tak wow..haha

Belen-belen bunga yang kecil tu saya hias dekat tempat letak pen ni. Tapi bab susunan ni saya kureeenggg sikit. Sentuhan kurang menjadi. Sob3

ok, settle part senang. 
Pi yang tengah-tengah pulak. Untuk buat guestnote ni senang je. Tapi renyah..
yang mana renyah? Haaa...hat bunga doily ni..
Saya tak pernah lagi jumpa doily yang berkaler-kaler. nak cari pun tak berapa rajin..haha..so buat sendiri.

Guna pewarna makanan. Hak3

Bancuh pewarna ikut warna yang korang nak. Rendamkan doily tu sehelai-sehelai.
YAAAA>>>Sehelai sehelaiiii...

dan jemur bagi kering.

saya buat ni malam supaya esok pagi boleh sambung buat dan
sebab utama

TAK NAK EN HUBBY NAMPAK SAYA BUAT BENDA MEREPEK.😆


Buat la lebih sikit sebab takut nanti time buat bunga dia terkoyak ke ape kan,,

so gulung2 doily tu jadikan bunga ros..




Tujuan asal nak buat warna merah tu kat hujung bunga je, tapi hampeh gila buruk. Saya warnakan semua terus..senang..hahahaha

Oh ye...batang ros tu saya guna kertas sokkabar je...gulung2 bagi dia keras menegak. 😁

untuk guestnote pula, saya print je .Then tampal atas kertas doily tu. Disebabkan saya takde ink kaler2, saya warnakan la guna pen marker..hehe

Contoh yang telah hancur sebab saya warnakan bercapuk2..haha


sebenarnya dalam botol kaca tu, saya nak letak biji saga..cantik kan...

Sadisnya koleksi kutip biji saga dekat UTM dulu tak cukup banyak. Tukar dengan serbuk2 putih yang selalu orang guna dalam teddy bear tu. hahaha

Batang untuk guestnote ni saya guna batang sushi..mih3.. balut kasi comel. Tu pun keliru nak balut dengan riben warna apa. keputusannya adalah krim ^_^

Dekat botol tu saya ukir huruf pangkal nama pengantin...gigih mak nak duk ukir benda tu..😂

Next bahagian frame.
Mula-mula saya susun dulu doily yang dah diwarnakan dalam frame tu. Bila dah puas hati baru tampal. Tapi tak boleh letak gam banyak-banyak sebab nanti warnanya jadi kembang. Maklumlah, warnakan guna pewarna makanan. Jadilah macam tu. hehe


Gambaran awal. Frame togel lagi. Bunga pun belum bedung.


Ni dah 80% siap. Dekat tengah2 frame tu letak lagi huruf nama pengantin.
bunga pun dah kembang dan dah lilit dengan riben ^____^

Close up sikittt...





Hat ni duk kalut nak susun.Nampak macam tak seimbang..

Yang ni ok sikit. Nak susun ni pun berjam2 tauuuu..

kemudian test cara nak masukkan love-love tu..

Tipsnya, saya bengkokkan besi frame tu dengan playar..bagi ruang sikit. antara frame dengan background tu pun ada gabus kecil. heee

tapi masuknya tak tersusun jugak sebab jarak antara frame tu agak besar.

By the time rasa macam dah nak siap (memang dah siap susun nak hantar dekat tuan punya pun) tetiba terperasan kalau tulis atas kayu love tu, tulisan jadi kembang.
kensel hantar. kena buat sesuatu.

caranya, sembur dengan clear spray.
Jadilah camni...kurang sikit kembang..


Kos yang paling mahal. Dia ni la yang buat guestbook ni mahal..huhuu

Susun comel-comel dulu...


Snap gambar lagi sebab suka part bunga tu <3 <3 <3

inilah biji2 putih yang saya cakap tu.
ukiran M & A untuk nama pengantin.


bagi warna sikit supaya tulisan tu timbul. saya guna eyeshadow 😂
Malangnya saya ada eyeshadow kelabu hitam je..kalau ada pink ke merah ke, best sikit...
try guna blusher dengan lipstik tak boleh pulak..hehe

tak boleh move on tgk bunga..haha


Belakang frame stand. Saje tambah2..

Snap2 gambar sikit, Bangga dengan hasil kerja sendiri..haha









Love ni konon sebagai laluan untuk guest letak love ni la..sekali masa saya datang majlis, bahagian ni terkulai-kulai dah.. 😂

Suka tengok kaler sikit2 tepi doily tu..

Keadaan semasa majlis.. ^__^ 

Tak berapa menjadi...Tapi boleh laaaa kannn...



So pasni sapa nak buat guestbook macam ni, silakan lah. hehe
Nak tanya apa2, direct emel je la kat kakpah89@yahoo.com
Sadis tengok komen tapi reply setelah 40 abad kemudian gara-gara empunya blog ni sibuk jual pau, jual jubah segala bagai...

ok la..dah ngantuk...tatata
3.36am - somi den baru balik koje...hohoooo

Sunday, May 29, 2016

Mimpi dalam mimpi

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ni..29 Mei 2016..Pukul 2++pagi saya terbangun sebab nampak en hubby bangun solat. Baru teringat belum isyak lagi sebab nak bagi baby tido punya pasal,lampu bilik semua kena padam. for sure la umi babahnya hanyut sekali..heee

Lepas solat semua,lepak dengan en hubby..dia main game,saya pulak layan pesebuk baca kisah rumah tangga. Then en hubby gi layan bola pulak. Ntah sape lawan sape tak tau la....

Dalam pukul 5 camtu,saya wasap adik angkat komen pasal kisah dalam KRT.tengok sebelah en hubby terlelap. Skrin komputer yang ada game bola tadi pun gelap. Line semput barangkali. Fikir saya,jadi,letak henpon dan tido.

Rasa macam baru je terlelap. Saya mimpi..

******
En hubby bawak kereta. Lalu dekat 1 hutan. Kawasan berbukit. Agak bahaya la jugak. Dekat hujung jalan bercuram,nampak dekat jalan bawah sesak dengan kereta.Jem sebab apa tak tau la.. Masa en hubby drive turun cerun tu,tak tahu macam mana tiba2 rasa macam masuk dekat teleportal. Bila ingat balik,cam cerita doraemon pun ada. Tapi doraemon tu mesin masa dia warna warni. Yang ni just hitam kelabu putih. Jerit gila2 la ni sebab takut. Lagi2 tengok saya sorang je ada dekat situ. Rasa macam terbang ada..macam jatuh melayang2 pun ada.. Saya jerit 'abang!abang!'. Pun xde sahutan. Masa tu,saya perasan saya pegang 1 controller ni.. Alat tu buat saya boleh bergerak dan cari en hubby.

Dalam hati syak dah..ni mesti mimpi sebab merepek. Tiba2 dengar bunyik macam tapak kaki org berlari. Langkah budak kecik. Dan saya tersedar. Dekat tangan controller tu masih ada. Tengok dekat skrin komputer,suasana nya macam dalam teleportal tu. Tengok kiri kanan,en hubby dan baby takde!kompom dorang ada dalam teleportal tu. Saya pun guna controller dekat tangan tu untuk cari dorang. Tiba2 alat tu bergegar dan pecah berderai. Skru semua terpelanting. Jadi cair alat tu. Saya menangis dan jerit sebab ingat tak dapat selamatkan hubby n baby. Kemudian saya dengar suara orang lelaki ketawa sinis dari arah pintu bilik. Bila pandang,cuma nampak kaki dan dia lari untuk menyorok. Serius saya tahu ni mimpi. Saya cuba bangun. Dan saya tersedar..

*******

Bila dah tersedar tu,saya check. Ok betul.. Kanan ada en hubby,kiri ada baby. lega. Sambung pejam mata.
Eh kejap! Bukak mata balik. Nampak sebelah baby ada budak perempuan dalam umur 10-12 tahun pakai skirt. Kedua tangan dia tutup muka,tapi nampak kakinya pucat..Takuttt...huhuu😭😭😭

Saya berpaling dan tutup muka. Dalam hati 'aku kena lagiiii!'.. Rasa takut gila. Saya cuba jerit allah,allahuakbar.suara tersekat dekat tekak. Saya menangis. Sambil cuba capai en hubby kat sebelah. Rasa macam dah dapat jerit dah. Sebab rasa en hubby kat sebelah terjaga and tanya kenapa. Tapi saya tak boleh bangun. Mulut memang tak berhenti cuba jerit allahuakbar. Sayup2 dengar azan, dan saya tersedar. Terus peluk en hubby kat sebelah.tengok baby ok lagi tidurnya. En hubby tanya kenapa,sambil usap2 kepala. Saya tak mampu nak cerita. En hubby kata tunggu sekejap sambil keluar dari bilik. Saya pun sambung baring dan mengadap baby. Kali ni nampak lagi budak pompuan tu. Dan kaki orang lelaki pakai seluar slack hitam. 

********

Saya terus menangis lagi. Tutup muka dengan tangan sambil jerit2. Terasa macam ada yang tolak kepala saya dekat bantal. Saya cuba tengok kot en hubby datang. Saya jerit,tapi macam tadi,suara tak keluar. 
Kemudian nampak en hubby datang berlari2. Hati lega dengan harapan en hubby nampak saya struggle tak boleh bangun. Tapi saya tengok muka en hubby takdeeeee... 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 scary gile.. Kaw2 dah rasa saya jerit dan cuba lepaskan diri. Memang berzikir je la mulutnya ni harap mimpi ni cepat habis.

*******
Saya pun tersedar. Tengok suasana sama cam tadi. En hubby kat sebelah kanan.baby belah kiri. Saya menangis sorang2. Lega dah tersedar. Saya pun sambung tido. Tapiiii...kena lagi...!!!! Rasa nak angkat kepala tak boleh. Nak angkat badan lagi la.. Ada tangan duk tenyeh muka saya dekat bantal. Menangis lagi la saya. Gila takut hokey... Benda tu tak bagi saya pandang en hubby utk mintak tlg.. Saya cuba bertenang dan gerakkan badan sikit. Tak boleh.. Tapi kaki boleh gerak dah..saya tolak2 kaki hubby. Rasa macam dia tersedar. Tangan saya pulak dah boleh gerak. Saya cuba pegang en hubby,berjaya tarik2 tangan dia. Tapi terasa en hubby makin jauh..macam dia kena tarik.. Allah..memang menangis gila2 la saya time tu. Bila dapat gerak 1 badan tgk makhluk xde muke duk terjah muka

Dan

Saya tersedar lagi..
Nampak en hubby tengah layan bola,baby masih di kiri saya. 
Nafas laju.
Hubby tanya kenapa,saya jawab mimpi. Tapi takut nak gerak. Saya tengok je muka en hubby. Nak pastikan dia betul2 en hubby saya tarik pipi dia. Ok. Betul dah..bukan mimpi. Adehhh...rasa nak tercabut jantung duk mimpi cenggini. Tak pasal2 saya dah tak boleh tido. Hampagas betul la! Bukan tak boleh,tapi takut nak tido. 

Saya teringat tadi ada dengar azan. Tanya la dekat en hubby, dah azan ke? Belum katanya. Baru 5.30.. Hokaloh..saya baru tido 30 minit je dah dapat mimpi dalam mimpi ntah berapa kali tu. Dah lama tak kena mimpi camni.ni datang balik. 

--------------------
Dah la dah lama tak update cerita. Sekali bukak cerita,pasal mimpi pulak.haha..

Tulis la sebagai kenangan. Lagi 1 sebab mengantuk tapi takut nak tido. Tulis la cerita ni. Sementara masih fresh. 

Dulu hantu toilet
Pastu hantu mohd aiman haikal ke ape ntah namanya
Ni hantu xde muka pulak..

Hantu betul! Dah la..bye..dah masuk subuh dah. harap ni bukan mimpi lagi..afuh3

Wednesday, November 11, 2015

Bes tak jadi umi?

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

soalan sebegini atau sipi2 begini telah berkali kali ditanya kepada saya beberapa hari selepas saya officially jadi umi..maka ketika itu, saya tak dapat berikan jawapan sama ada bes atau tak..
terserlah saya umi yang teruk bila jawab ade yang bes ade yang tak bes. lebih terasa diri ini teruk gila bila membaca jawapan balas dari mereka bila saya jawab begitu..
saya tak kecik ati..
tapi dalam hati saya mempersoalkan
what???betullah..saya jujur kottt...

sebenarnya soalan begitu tak perlu di tanya, lebih2 lagi pada 2 minggu yang kritikal..ditanya ketika luka jahitan masih rasa seperti tertetas2..ditanya ketika hormon2 badan masih bersimpang siur.. ditanya ketika emosi masih tidak stabil dan waktu diri sendiri keliru dengan keadaan diri sendiri..

dan selepas saya memberikan jawapan tersebut
muncul berita tentang ibu2 yang dikatakan meroyan sehingga bunuh diri, bunuh anak dan sebagainya..
dan serentak dengan itu, ibu2 yang berpengalaman berkongsi tentang diri mereka setelah melahirkan anak...di mana postnatal depression tu memang wujud..
tipu la kalau saya cakap saya tak langsung kena kemurungan tu..cuma mungkin tak teruk..
selalunya detik2 kritikal yang saya alami adelah waktu malam..waktu orang lain tido, saya yang masih kesakitan akibat luka jahitan yang banyak sampai hampir ke bontot terpaksa menguruskan si kecil yang meragam nak susu, nak tukar pampers, muntah, susu tersembur keluar dari hidung..
masa tu jangan kata sakit, siap saya dah give up dan motivate diri sendiri
biar la jahitan tu koyak, buruk, dan lagi over, biar kata sampai tercabut nyawa pun xpe lah..asalkan anak aku selamat!
TERTEKAN!
bagi susu sambil menangis2 sebab bila duduk terasa jahitan macam terbukak..
padahal sebenarnya tak terbukak pun..tapi dengan rasa sakit sebegitu terasa macam jahitan tertetas dan darah mengalir2 sampai basah katil -->again..overthinking..melampau dan hiperbola bak kata sastera melayu..
itu belum bila mata yang mengantuk tahap dewa baru nak lelap, sekali dengar rengekan kecik baby, bila pandang sebelah, tengok susu yang keluar dari hidung dah boleh ditadah dalam cawan -->hiperbola lagi.. kena la over supaya saya tak menaip sambil menitik2 air mata..
again
terus bangun dengan cepat -->sakit giler luka tu..
duduk kat atas katil dah xingat la nak kepit ke ape ke -->dabel sakit kat luka jahitan..
bangun dari katil siap kain batik terlondeh *saya memang tak pandai pakai kain batik*, dukung baby, sambil tepuk2 belakang sampai baby tido balik *adelah dalam sengah jam ke sejam gitu* nak duduk saje, luka sakit..baik jalan..---> berganda2 sakit..tapi ni bukan sakit luka jahitan..lebih kepada sakit ati..
yang paling buat saya sakit ati adelah panas..
hekeleh...panas pun sakit ati..ape2 ntah..
tapi tu la..bende kecik yang simple the dimple tu pun boleh buat saya stress giler..
time bagi susu, duduk penat, baring pun lenguh..ngan panasnye..dah tu kekdah guane lagi nak buat??
tangan sebelah dah genggam2 dah ni, tahan marah punye psl..dengan iman sekelumit ni la bekal pelindung si kecik dari kene tujal, terlangkup dengan bantal sebab esek merengek padahal susu dah bagi,pampers dh tukar--> imagine bukan2..sebab tu jangan suke sangat tengok cite bunuh2, dera2 sume tu..klu totally hilang kawalan, bende yang kita tengok tu la kita nak buat..
sebelah tangan lagi wasap en hubby..
sape lagi tempat nak hamburkan kemarahan..dia je la..
sampai la 1 malam tu, saya kena tazkirah panjang dengan en hubby..
perasaan: sebal.. sedih.. Rs mcm apsal dia pun xphm ak niiii...tapi rs marah yang paling top skali sampaikan sy amik kptsn utk buat donno je..keringkan hati.. Bila bergantung harap dgn manusia,begini la jadinya..kecewa...

kendian2 tu, bila luka dah beransur ok..rasa terbeban tu pun hilang...

 ni antara perkara kritikal yang jadi kat saya..
ape agaknya masih saya boleh jawab dengan ring angel di atas kepala dengan jawapan
seronokkkk sangat jadi umiiii...

tapi saya tak salahkan yang bertanya..
mereka belum merasa..
sama seperti saya dulu..
sebelum kawen, gatai miang nak kawen awal..kununnya kawen tu SERONOK GILA
huh..seronok ke..
lepas kawen rasa biase je..
same la jugak jadi ibu ni..
masa berangan2 rasa seronok la..
sekali dah hadap..
biase je..
cuma pertukaran fasa hidup,
pertambahan tanggungjawab..
seronok ke tu?
dapat status baru : seronok
galas tanggungjawab: tak seronok
seronok + tak seronok = biasa je la kan..

kenapa saya tak boleh nak jawab soklan
BES TAK JADI UMI?

sebab

dapat tau pregnant: BEST
sbb muke en hubby excited giler

pikir macam mane nak didik anak jadi manusia berguna: TAK BEST
sbb saya pun bukan baik mana..karma tu wujud  (T__T)

Morning sickness : TAK BEST
sbb sampai 5 6 bulan makan muntah makan muntah. SIYESLY TROMA GILER

Perut kecik : NEUTRAL
orang esek ulang2 perut@baby kecik: STRESS = TAK BEST

dapat layanan sebab pregnant: BEST
tapi merasa bila dah masuk 8 bulan..baru nampak perut..kalau tak, tolak la kau kereta kat umah tu..selamat dah tolak 2 3 biji kereta masa jadi mak buyung...

Baby tendang2 dalam perut : BEST GILA!
Lagi2 kalau baby mcm bagi respon dengan apa yang kita cakap..tengok perut bergerak ke kiri kanan rasa momazing..chewahh..

en hubby main2 ngan baby dalam perut:
BEST sbb nampak dia excited nak baby
TAK BEST sbb esek main ngan baby dalam perut je..kite ni tak dilayannye..cait..

Dapat tau baby dalam perut baby boy: BEST
sbb sy mmg nak anak lelaki..hehehe

Kene seluk untuk cek jalan: TAK BESSSTTTT
sbb sakit giler!

sakit contraction: GILER2 TAK BEST
lagi2 bila dah sakit sangat, tapi laluan tak bukak lagi..
another 1 yang buat saya TROMA TAHAP GABAN!

beranak: BEST
untuk baby ni, masa beranak tak sakit sangat..alhamdulillah...mungkin sbb cntraction tu sakit giler..so bile beranak, rasa tak sakit sangat..
tapiii
YANG TAK BESTNYE bila kena
kangkang depan doc..even doc pompuan pun segan, ape lagi kalau doc laki..yang tak pueh ati tu, xde nak sambut baby pun menyemak kat situ dah kenapeeee!!!
bab aurat ni la..rasa sadis sgt...huhu

En hubby masuk labour room lepas saya deliver: BEST
sbb tgk muke dia senyum2, masuk cakap assalamualaikum...owhhh...so swittt...
dgn excitednye dia cite dia azankan baby sume..
best sangat

pegang baby sendiri for the first time: BEST
elok2 sebelum ni cakap saya geli pegang baby baru lahir..tapi anak sendiri, tros dukung je..sebab dah bedung kot..boleh la berlagak..haha

tengok muka baby tido: BEST
rasa macam lenanya dia tidooo..huntung la xde mende nak pikir sangat...haha

Luka jahitan mula rasa sakit: TAK BEST
kentut pun sakit...nak berak apetah lagi..

Sembelit: TAK BEST
dah makan sebotol ubat spital pun xle berak gak..sakit, takut dgn jahitan pun ye jugak kot..
hari ke 3 baru dapat berak..tu pun seketul je..buat syarat..
tapi, berjam2 la duk dalam tu..
nanges2 sambil bontot tertonggeng2..kjp duduk kjp bgun dr jamban..

*doc kata meneran macam kene sembelit...last saya kene sembelit masa kecik kot...sbb tetibe teringat arwah wan penah masukkan ubat picit kat bontot...lpas tu smpai ke besor ni xde dh sembelit..
so, saya pun xle nak imagine how nak meneran macam sembelit..
bila dah kene sembelit ni, sambil duduk2 berusaha nak mengeluarkan hasil..TETAP SAYA TAK RETI NAK TERAN.. tersekat la kat tengah2 tu haaa...
maaf..saya tak suka memaksa..
taik tu xnak keluar..bior la dia duk kat dalam..
sampai dia nak keluar sendiri..*
berhuhulah kita di dalam jamban seorang diri..sobsss

Puting melecet: TAK BEST
bawah sakit, atas sakit..
ye tahu...sakit penghapus dosa..
tapi saya bukan hipokrit nak cakap tak sakit semata2 nak dapatkan title ibu mithali sebab tak pernah merungut..sory,,tu bukan saya...
sakit is sakit..
sakit kalau boleh tahan, saya tahan..sampai menggigil2 tahan sakit...
jangan nak cakap, merungut tak dapat pahala whatsoever..dosa pahala bukan korang yang bagi.. -->pehal minah ni tetibe emo..ntah2 orang tak cakap ape2 pun..haha

kita dah mengantuk gila, baby tak nak tido2: TAK BEST
ting tong ok.. dah sedia maklum baby memang macam tu..tapi xdapat nak terima bila time dia tido kita tak boleh tido..time dia xnak tido laaaaagi la kita xboleh tido..dah tu...nak suh jadi zombi ke tak tido langsung...kalau kepala straight je xpe..ni pegang pun macam larat tak larat..boleh bikin jiwe panas beb!nak2 sorang2 lak kene handle..

tinggal baby kejap, dah melalak: TAK BEST
Saya ni jenis kalau nak berak sangat2 xle dilambat2kan..kang ade yang pitam kang...
ade 1 malam tu, saya dah xthn nak berak..baby lak xnak tido..letak merengek...dukung, tapi terhuyung hayang nak pitam..pujuk bontot..xpe,..hang berak je dalam seluar..orang len tido..xtau..
tapi bontotku pemalu...dia xnak.. dah berpeluh dah ni..
letak baby, cakap ngan dia, tunggu kejap..umi nak berak..
sempat keluarkan yang terdesak, cebok cpt2..tgk baby dah nges2..
bontot pedih..disamping terasa lagi nak berak..
sadis sekali...

tengok baby senyum: BEST
sbb kite duk cite2 kat dia, sekali dia senyum macam la paham sangat ape yang kite bebel tu..
mujur comel..kalau tak cubit bagi nanges..nak tengok gusi pulak..haha..


Mgkin gambar ni boleh menyampaikan ape yg dirasai..


P/s: sepanjang alami bende yang tak best tu...saya duk pikir macam mane la ibu2 yang pantang sendiri tu..mane nak susukan baby..baby menages..nak ngempeng..anak2 yang lain nak diuruskan..nak kena masak..kemas umah..laki nak kene layan..perghhh!!
tak leh nak imagine stress nye dorang..
tapi...mereka2 ni la penaik semangat saya sebab saya tak kene macam tu..kenapa saya nak give up pulak..patut dorang la kene give up kan..
siyesly, ibu2 ini inspirasi..


utk next baby..*ewah...dah berangan next baby*
saya harap masa tu saya dah tak troma dgn morning sickness ngan contraction..
dan dah bersedia nak tadah aurat kat orang luar.. wpun jiwe xrelaaa.. (T_T)
kalau en hubby boleh sambut kan best...hurmm...



#abes dah 44hari#

Monday, October 12, 2015

dah jadi ummi!

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

finally...aicehhh...

awal2 kawen dulu, ibu saya pesan toksah la nak anak awal2.. saya pun setuju la sebab nak date puas2 ngan en hubby dulu.. tapi macam my mom, dia pesan gitu sebab saya ni selalu la duk ngadu sakit belakang la..sakit itu sakit ni..tekanan darah rendah lak lagi tu..so, ibu nak saya sihatkan badan betul2 dulu, readykan fizikal dan mental sebelum dapat baby..plus stabilkan kewangan sume la..

tapi, cam en hubby lak dia nak awal la kalau bleh kan.. so, saya pun dah plan siap2 la bile timing nye nak baby ni.. saya duk berangan2, plan2 sume, nak baby keluar bulan 9 atau 4 atau 11..iaitu bulan2 besdey dan anniberseri ktorg.. pastu by the time baby keluar, saya pun dah abes belajar.. 

dipendekkan cerita, alhamdulillah dapat....sebenarnye tak sangka pun..alah..plan bende2 gini bukan nye boleh kompom2 dapat kan..tapi dah rezeki allah nak bagi..alhamdulillah.. ^_^
nak2 pulak memang due jatuh bulan 9..dah capai target la tu..
yang tak capai target adalah saya tak dapat nak abeskan belajar..
sayang woo...tinggal lagi 1 sem je..xmerasa nak abes blaja on time lagi..haha


kenapa tak abes??

sebab saya alah teruk gilerrrrr....






#terowbek#

lepas period datang lambat tu, saya dah syak dah mesti pregnant ni..sebab saya tak pernah la period lambat sangat sampai 2 minggu tak datang2..
pastu beli la pregnancy test..2 ketul saya beli..

pastu kan saya ada gi picnic kat bagan lalang tu..wpun time tu syak2 macam pregnant, tapi saya tak yakin sgt..makanya xreti la nak jaga perangai tu elok2..main macam budak2..haha
lepas gi picnic, gi jenjalan kat johor lak. gathering jkm kolej, 
time tu saya bleeding sikit kot..lupe dah...tapi awal2 memang ade bleeding la..
pregnancy test tu pulak saya try..tapi kabur...2 kali try...kabur...so time tu rs mcm pregnant ke tak ni kan..kompius eden.. 
balik dari johor tu, kami pi la klenet, cek kat kelenet clear lak line nye tu..
alhamdulillah...kembang la idung en hubby..

masa scan tu, saya cakap kat doc, perut saya sakit belah kiri..bile tengok rupenye ade cyst...
makanya dapat la surat refer ke spital..

masuk minggu ke 7 pregnant tu -lepas dah cek klinik- saya terus muntah2 dengan sangat teruknye...k ngah kata selalu camtu..bila dah tau, mesti tros alah..apesal eh?psyko ke ape....haha

2 minggu time tu memang terbaring saja..
lepas2 tu boleh la bangun..tapi pagi petang siang malam tak kira waktu esekkkk muntaaaahhhh je...
sampai trauma rasa..

masuk bilik tido, muntah
en hubby baru lepas mandi, muntah
batuk sikit, muntah

siyes....memang trauma la....
bayangkan la xle bau bilik tido...bau sabun en hubby sampai nak beranak pun xle bau..
gi kedai makan, goreng2 tak boleh..sampai 4 bulan saya tak masuk dapur...beli je..sepanjang tempoh tu, jangan kata muntah kuning..muntah hijau..muntah darah sume ada..
btol tak tipu..
mmg saya muntah keluar darah..
tapi takde la banyak macam dalam tv tu...sikit je..
cuma bila ada sekali tu macam lebih banyak daripada biasa , saya pun cuak la kan..pi la spital..
alang2 saya dah check up cyst kat spital putrajaya, so, pasal muntah ni pun saya gi la spital putrajaya gak..sekali dia suh pi bahagian emergency..hoihhhh...debor giler okey..tapi bila dah jumpa doc tu xde la risau sangat...
tapi nak dijadikan cerita..
time dorang nak amik sample darah, saya tak sedarkan diri lak..

time tu duk atas kerusi la kan..xkan nak baring lak...haha
pastu dia pun cucuk kat tangan guna bende alah yang nak masukkan air tu...
Then tros masukkan darah tu dalam vial..
saya pun tanya la, kenapa tak amik kat lengan..pastu ape ntah org tu jawab, saya lupe..
saya pun ok la kan..dia lagi tau keje dia..
pastu, masa tu vial tu tak sampai separuh lagi..baru suku gitu..darah xnak keluar..
saya pun gelak2 la sebab insiden darah taknak keluar jadi lagi...dulu time derma darah pun cenggitu gak.. tapi orang tu tepuk2 sikit tangan saya nak suh darah keluar..tapi mungkin saya kedek bab darah ni, sampai ke sudah xnak keluar,,,haha..poyo je nak kedek2, padahal darah ab...xcukup, boleh je cekup darah mane2..
tak lama pastu, saya cakap, pening r...
pastu pandangan pun gelapppp....

dengar bunyi hingar bingar tapi xdapat nak tangkap ape butirnya...
sempat lagi bermonolog dalaman,,
AKU NI DAH MATI KE..
haha..amik darah pun mati...pehallll...=P

bukak2 mata, tengok dah kat atas katil...doc2, nurse sume kerumun,,pastu tanya nama la..ape la..
saya pulak blur,,,apesal tetibe atas katil lak ni..
macam gempar kejap r unit kecemasan tu...haha
saya yang masih blur tu dgr je la dorang duk cakap2 sambil mata saya terkebil2..
xboleh nak bercakap, boleh geleng ngan angguk je..
dengar la dorang ckp kat doc
' dia macam fitting tadi,..tangan sebelah kat dada and mata stare at 1 side.tapi tak lama....dalam in seconds mcm tu'
'laaa...mengandung ke..ingatkan budak lagi'
yang statement atas ni xtau nak rasa bangga ke ape..haha..
bangga sebab nampak macam budak la kot ek..
tak bangga sebab time tu saya dah berapa bulan, perut tak nampak lagi..

dorang cek jantung saya, sume ok..cek saraf, berapa kali cek, sume ok..
so dorang pun pelik kenapa saya boleh sawan seperti yang pembantu perubatan tu cakap..

tak pasal2 kene tahan wad..en hubby datang, kakak ipar pun datang, masing2 muke risau.. masalahnye kelakor kotttt...ade cakap saya kena sawan..hampeh btol...

tunggu doc pakar datang sume, cek xde masalah, tapi dorang nak pantau..
finally, reason masuk wad sebab pitam..xde sawan2 ey.. ni sampai ke tua la den kene bahan sebab dikatakan sawan ni..caittt...
2hari duk wad.. lepas cek, doc kompom bkn sawan tp pitam je, kne hold dlu xle kluar sebab sodium dlm bdn rendah sgt...sodium dah ok..potassium lak kurang..hadoiyai...sabo je la..duk bilik ade 4 orang...-sorang masalah jantung, sorang denggi, makcik sorang lagi tu sebab darah cair sangat dan saya la-..orang lain sume makan xselera..saya ni lak pantang dtg makan, licinnn...yang besnye, duk wad tu xde muntah pun! sabo je laaaa...

memang teruk la pregnancy sy ni..
mule2 bleeding
yang cyst tu lak, 2x kali pi cek kat spital, last tu doc kata dah xde..padahal cek sap2 soi gitu je..xpe2..den sabo..
muntah2 sepanjang masa..pantang makan, keluar balik...berat dari 42, turun jadi 39..
muntah darah-pitam tu lagi..
masuk 5 bulan baru la merasai erti kehidupan..tu pun xberapa ok lagi.. totally rasa ok masa 6 bulan cmtu..dah boleh gelak2, hoyeh2 balik..
bulan pose, skip 2 hari je..tp berat xnaik2..
raya pun enjoy2..makan banyak tapi berat still prob..
tapi saya ngan spital xle dipisahkan lagi...bile cek up, baby kecik pulak..
dapat lagi surat refer ke hospital..
sampai la nk due tu masih ade fllw up dengan hospital..
and saje nk bangga 1st time berat cecah 50kg..*padahal orang lain agi berat kotttt...haha*

macam2 la..
xle bau wangi..
kalau bau busuk saya ok..ok bukan la saya bau wangi..tak...tapi saya takle detect bau busuk..
so, umah saya ni kalau busuk, adelah enak sekali..hahaha
teman kawan pi tapak pelupusan sampah pun relek je..xbau ape2..
slalu tido
jadi malas mandi,
malas nak study..
senang cite sume malas la..
sebab tu dissert saya tak siap..dah la awal2 mmg teruk kan esek muntah je..bila dah ok sikit, due date utk anta dissert tu dah dekat sangat..so saya mintak tangguh..tapi sampai ke hari ni tak start ape2..
mujur 1 subjek yang saya amik sem lepas lulus..padahal, xstudy sgt tu...xtau kenapa..
memang la sebelum ni saya pun bukan la rajin mane..tapi pregnant ni buat saya makin menjadi2 malasnye..

Bersalin ari tu sy kne induce..yg psl ni sy cite kendian lak..
Pengalaman bersalin di hospital Putrajaya



p/s: bila isteri mengandung, mohon suami utk treat isteri elok2..kalau dia buat perangai pelik..tu bukan main2 hokey...

mujur saya tak ngidam bukan2...hehehehe
tq en hubby layan syg spnjg prgnnt..luv u!