Friday, February 17, 2017

Dropnotes Wedding Guestbook DIY

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

Tadi dah terlelap sekejap, bila sedar lepas pukul 12 ni memang susah la nak tidur balik. Sementara tunggu en hubby balik (sekarang dah 2am, masih kena tahan buat keje....moge2 dapat title pekerja terbaik, dapat naik gaji ...haha) nak bebel kejap la kenangan amik upah buat GUESTBOOK DROPNOTES ni.

.
.
.
.
.
.
Saya bukan lah seorang yang kreatif. Serius! Nak tunggu idea datang tu, Ya Allah...mau makan berbulan weyyy... Waktu idea mencurah-curah adalah waktu macam ni.. Pukul 2am ke atas... Sementara nak tunggu 2am tu saya berangan la dulu.. Kih3

ok..Stop bebel..

Guestbook ni saya buatkan untuk kawan adik saya. Dia kata time dia usha dekat Expo pengantin harga untuk dropnote guestbook ni cecah RM600. Opkos la yang...benda ni masih tak ramai yang buat. Pastu hasil kerja tangan orang kreatif dengan orang tak kreatif macam hakak ni memang lain la. Dia bajet dalam RM400. Wow! Banyak tu untuk guestbook 😅
So sebagai seorang yang suka cut cost, saya berjaya buat dengan harga RM250. Sebenarnya boleh lagi murah dari tu, tapi saya tak sempat la nak mengcut cost lagi sebab time tengah nak mendeko je, pakwe kecik ni asyik mintak susu. 😂 So saya amik langkah singkat je.hehe

Tengok dulu la hasilnya ya 😉

Taraaaa....



Bahan-bahan nak buat:
1. Frame
2. Frame stand
3. Doily Paper
4. Heart shaped Wood
5. Permanent Color Pen
6. Box
7. Ribbon
8. Botol kaca



Orait.

Banyak barang yang saya beli je sebab tak sempat nak buat. Contoh macam frame tu sebenarnya kalau kreatif dan rajin boleh je guna kotak. tapi tak dan la haih nak potong-potong bagai. So beli je..

Nak buat pulak ada beberapa part.

1. Frame - merangkumi deko, stand dan kayu love tu
2. Guestnote - ada botol kaca, bunga dan guestnote of course
3. tempat letak pen dan kayu love


Disebabkan part yang paling susah adalah frame, so kita letak tepi dulu. Amik yang senang iaitu kotak dan tempat letak pen. hihii


Ini paling kacang goreng sekali. haha
Kotak beli je yang dah siap.
pastu riben tu buat la sendiri. Cara buat riben boleh tengok dekat google image. pilih je bentuk riben macam mana yang kita nak.

Tempat letak pen tu just balutkan dengan riben jugak, Lilit ibarat korset gitchewww..
pen tu pun tambah riben dan bunga kecil. 





Gigih amik banyak angle. Gambar hat tu jugak. tak wow..haha

Belen-belen bunga yang kecil tu saya hias dekat tempat letak pen ni. Tapi bab susunan ni saya kureeenggg sikit. Sentuhan kurang menjadi. Sob3

ok, settle part senang. 
Pi yang tengah-tengah pulak. Untuk buat guestnote ni senang je. Tapi renyah..
yang mana renyah? Haaa...hat bunga doily ni..
Saya tak pernah lagi jumpa doily yang berkaler-kaler. nak cari pun tak berapa rajin..haha..so buat sendiri.

Guna pewarna makanan. Hak3

Bancuh pewarna ikut warna yang korang nak. Rendamkan doily tu sehelai-sehelai.
YAAAA>>>Sehelai sehelaiiii...

dan jemur bagi kering.

saya buat ni malam supaya esok pagi boleh sambung buat dan
sebab utama

TAK NAK EN HUBBY NAMPAK SAYA BUAT BENDA MEREPEK.😆


Buat la lebih sikit sebab takut nanti time buat bunga dia terkoyak ke ape kan,,

so gulung2 doily tu jadikan bunga ros..




Tujuan asal nak buat warna merah tu kat hujung bunga je, tapi hampeh gila buruk. Saya warnakan semua terus..senang..hahahaha

Oh ye...batang ros tu saya guna kertas sokkabar je...gulung2 bagi dia keras menegak. 😁

untuk guestnote pula, saya print je .Then tampal atas kertas doily tu. Disebabkan saya takde ink kaler2, saya warnakan la guna pen marker..hehe

Contoh yang telah hancur sebab saya warnakan bercapuk2..haha


sebenarnya dalam botol kaca tu, saya nak letak biji saga..cantik kan...

Sadisnya koleksi kutip biji saga dekat UTM dulu tak cukup banyak. Tukar dengan serbuk2 putih yang selalu orang guna dalam teddy bear tu. hahaha

Batang untuk guestnote ni saya guna batang sushi..mih3.. balut kasi comel. Tu pun keliru nak balut dengan riben warna apa. keputusannya adalah krim ^_^

Dekat botol tu saya ukir huruf pangkal nama pengantin...gigih mak nak duk ukir benda tu..😂

Next bahagian frame.
Mula-mula saya susun dulu doily yang dah diwarnakan dalam frame tu. Bila dah puas hati baru tampal. Tapi tak boleh letak gam banyak-banyak sebab nanti warnanya jadi kembang. Maklumlah, warnakan guna pewarna makanan. Jadilah macam tu. hehe


Gambaran awal. Frame togel lagi. Bunga pun belum bedung.


Ni dah 80% siap. Dekat tengah2 frame tu letak lagi huruf nama pengantin.
bunga pun dah kembang dan dah lilit dengan riben ^____^

Close up sikittt...





Hat ni duk kalut nak susun.Nampak macam tak seimbang..

Yang ni ok sikit. Nak susun ni pun berjam2 tauuuu..

kemudian test cara nak masukkan love-love tu..

Tipsnya, saya bengkokkan besi frame tu dengan playar..bagi ruang sikit. antara frame dengan background tu pun ada gabus kecil. heee

tapi masuknya tak tersusun jugak sebab jarak antara frame tu agak besar.

By the time rasa macam dah nak siap (memang dah siap susun nak hantar dekat tuan punya pun) tetiba terperasan kalau tulis atas kayu love tu, tulisan jadi kembang.
kensel hantar. kena buat sesuatu.

caranya, sembur dengan clear spray.
Jadilah camni...kurang sikit kembang..


Kos yang paling mahal. Dia ni la yang buat guestbook ni mahal..huhuu

Susun comel-comel dulu...


Snap gambar lagi sebab suka part bunga tu <3 <3 <3

inilah biji2 putih yang saya cakap tu.
ukiran M & A untuk nama pengantin.


bagi warna sikit supaya tulisan tu timbul. saya guna eyeshadow 😂
Malangnya saya ada eyeshadow kelabu hitam je..kalau ada pink ke merah ke, best sikit...
try guna blusher dengan lipstik tak boleh pulak..hehe

tak boleh move on tgk bunga..haha


Belakang frame stand. Saje tambah2..

Snap2 gambar sikit, Bangga dengan hasil kerja sendiri..haha









Love ni konon sebagai laluan untuk guest letak love ni la..sekali masa saya datang majlis, bahagian ni terkulai-kulai dah.. 😂

Suka tengok kaler sikit2 tepi doily tu..

Keadaan semasa majlis.. ^__^ 

Tak berapa menjadi...Tapi boleh laaaa kannn...



So pasni sapa nak buat guestbook macam ni, silakan lah. hehe
Nak tanya apa2, direct emel je la kat kakpah89@yahoo.com
Sadis tengok komen tapi reply setelah 40 abad kemudian gara-gara empunya blog ni sibuk jual pau, jual jubah segala bagai...

ok la..dah ngantuk...tatata
3.36am - somi den baru balik koje...hohoooo

Thursday, February 2, 2017

Melampau sungguh kesawangan yang ada di blog ni..haha

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

fuhhhh....lama sungguh tak mengupdate blog ni.. Rindu giler beb nak menaip membebel dan merapu, tapi apakan daya, melayan si dedobot yang makin ligat tu, nak sental jamban pun jenuh nak dapat can. Tu lah salah satu aktiviti release tensen yang bermanfaat. haha...kalau tak sokmo nak membuta. bukan saje2 hokey...tapi kalau dah tuan besor nak minum, memang tanpa sengaja lah TERRRTIDO....cecehh.. 

sekarang dah jarang nak tido. Tido bukan lagi hobiku...huk3
tengok la ni...dah nak pukul 1 pun tak boleh lelap lagi.. (padahal duk google sana sini, mana nak tidonye...koh3)

agaknya belum terlambat la kot kan nak buat wish azam tahun baru walaupun hari ni dah masuk februari..kah3
ah ...dulik lah...nak wish jugak sebelum tido ni..


SELAMAT TAHUN BARU SYARIFAH NUR FARHANA. POST INI DITUJU KHAS UNTUK DIRI SENDIRI,

TAHUN NI, SILA

* Jadi isteri yang lebih baik

* Jadi ummi yang mithali - jangan nak duk marah2 je..nanti cepat tua. kalau tak marah pun tua jugak kan...hurm3

* jadi rajin, kemas rumah selalu. jangan nak dok 'THINGS TO DO-THINGS TO DO" pastu things ke mana to do ke mana

* Belum terlewat lagi nak siapkan plan tahunan BISNES2 yang diceburi. Nasihat penaja, lain kali jangan tamak. semua nak jual. pastu sendiri pening. kah3

* Selesaikan hutang2 yang ada secepat mungkin, pastu wishlist pergi umrah tu jangan lupe pulak.

* oh..lupa... awok tu bukan baik sangat, so tingkatkan ibadah ye... Jangan buat2 lupa pulak tujuan asal hidup kat dunia ni. 

* hat ni takyah pesan pun takpe kot. Jangan berhenti berangan. tak suruh pun memang keje kome berangan je kan. teruskan la berangan dapat rumah atas tanah yang cantik dan murah..haha... mana tahu menjadi kenyataan. tambah lagi angan2 tu, beli rumah cash! ok?! hahaha...
sesungguhnya beta sudah tidak betah tinggal di atas kayangan sebegini. huk3

* Semoga sihat sentiasa hendaknya. Lately asyik sakit aje..kurang vitamin ke ape..



ok la...bahu pun dah sakit, mata dan hidung pun dah berair (bukan menangis, tapi tengah demam selsema ni..sob3), moleklah kiranya kita stop membebel di sini ye.. 10 tahun lagi kita jumpa lagi.. #sarcastikal


<curian google>

Thursday, December 15, 2016

Wedding IZZAH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Topup RM30 dapat internet 1.5GB FREE tapi baru guna separuh. Ape kesss... So, hari ni last day sebelum data expired,baik kita up cerita gi wedding Izzah hari tu..hehe
(P/s: boleh whatsapp 0137141201 untuk info pasal internet FREE tu hokey😉)

Ikutkan hati,nak je gerak gi Kedah malam sambil-sambil mengimbau kenangan time gi Penang dulu. Dengan harapan dapat jugak lah melawat mana-mana tempat yang best. Namun harapan hanya tinggal harapan.Harapan menjadi layuuuu...keh3

Pagi sabtu tu dalam pukul 8 la kitorang gerak dari rumah. So bajetnya tengahari tu dah sampai. Sempat la nak nengok Izah nikah. Dia kata nikah lepas asar.

Sekali haaaa kauuu...dalam sejarah hari tu semua orang yang nak gi utara makan jem. Penat,keciwa,kebulur..
Pukul 8.30 malam baru sampai Sungai Petani. Tu pun main singgah je mana-mana hotel yang ada.

Alhamdulillah, Allah mudahkan. Allah tahu anak umi pun dah penat kot. Ngam-ngam cantik je tinggal lagi 1 bilik kosong. 

Hotelnya simple. Tak ingat pulak nama dia..
Woods ke apa ntah. Nanti saya tepek kad dia. 

Flat rate
Bilik 1 katil queen RM88
Bilik 1 katil queen 1 single RM120

Ini je ingat..ada lagi..tapi memori otak den tak cukup space nak ingat semua.haha
Harga ni cuti sekolah ke tak cuti ke sama je. Bagi saya harga dia ok la. Sebab biasa kalau pegi hotel yang 1 katil queen pun dah seratus lebih.

So lepas solat ,lepak-lepak jap layan cite THE BRAIN. Then keluar cari makanan. Alhamdulillah dekat depan hotel ada orang bukak gerai . Tapi dia jual nasi lemak dengan roti arab je. So pilihannya nasi lemak la. Nasi lemak rege singgit. Beli 3 bungkuih , 1 untuk en hubby, belen opkos untuk den.. ingat cukup ka 2 bungkuih. Pasai malu nak beli banyak-banyak ja mintak lagu tu..mih2

Pagi ahad tu masing-masing terbongkang. Mujur ada si kecik tolong kejutkan😘

Siap-siap semua, pukul 11 check out. Ni je gambar hotel yang sempat snap. Tak dan nak cari angle cun sikit😑



Nampak tu mandor dah tunggu


Lepas letak barang dalam kereta nampak ada kopitiam dekat hujung hotel tu. En hubby kata nak gi tengok. Eden ni dah memang pantang nampak makanan. Bila kata nak makan, for sure la i agreed kan. Haha

Tapi rupanya itu antara kesilapan yang dilakukan dalam trip kali ni.
Ye lah..nak gi kenduri kejap lagi ni..gi bantai makan dulu tu buat apa. RM22 habis gitu je.

En hubby order nasi lemak+ sambal ayam
Tak habis
Baby punya sarapan 1 set half boiled egg. Telur ada 2 biji
Ni kompom la tak habis
Me makan meehoon goreng+ sambal ayam
Kalau tak habis tu nampak sangat tipu..ngah3
Saya punya memang licin berseri la. Yang lagi dua orang tu punya pun saya tolong habiskan. Baru berbaloi bayar RM22.
Bila taip ni tertengok pulak perut yang macam dah ke depan sikit. 
Sapa kata peknen,den tumbuk

Konsep ala-ala kampung sikit. Saya suka cawan dan pinggan dia. Kena ada koleksi ni. Bila lah nak ada rumah sendiri.
(Sebab tu tak dapat kot. Belum apa-apa dah nak membazir🙊)

Air bandung cincau saya 😍

Lepas tu chow la..nak gi kenduri pulak.

Sebab tu malas nak selpie.muka mintak kena sepak. Yang kecik tu buat muka pun tetap comel.muah!

Ok..gambar ni buat den rasa memang kena beli lens...tak tally la jalan ngan somi i gini. Nanti ingat i nenek dia pulak😣

Sengah jam lepas tu,sampai tempat kenduri.

Sengah jam?yaaaa....betul..lepas brunch,sengah jam lepas tu makan lauk kenduri pulakkk..sebelum makan,amik gambor dulu..takut kang kempunan..haha

Si kecik ni duk ralit dengan bunga

Ok..faham.. 
Yang nampak dalam gambar tu izzah ngan awliya je...mane umiiii????

Tergerak hati nak selpie..kalau tak hampa tengok gambar seperti di atas. Nampak la ghupe sikit ye daaakkkk...

Lepas amik gambar,gi makan jap. Saya dah agak dah en hubby ni mesti tak mo makan punya. Sebab dah makan tadi. Takpe la..boleh dia pegang awliya. 
Dapat la makan lauk pengantin...😁
Pastu amikkan abc utk en hubby.
Laksa amikkan untuk beliau,beliau tak habis.I le tukang habis. Demi melunaskan kata-kata saya dulu 'makan makanan sampai habis licin dapat suami soleh'. Suami soleh alhamdulillah.Perut den je yang nak kena bentuk bagi solehah sikit😅

Lepas tu ingat nak gerak la.tengok pengantin tengah makan.masuk umah kejap sebab ada ekon..miahaha

Saje snap gambar pelamin. Kot nanti nak fefeeling perantin baru, edit je la gambar kawen dulu tepek kat pelamin izzah ni..haha

Layan budak ni duk jadi ulat. Panjat sana.panjat sini.
Panjat la nak oi..asal jangan turun udah. Kang terbalik terkirap dulang hantaran acik izah tu..

Tinggi suami izah ni😂

Ikutkan hati memang tak puas jumpa izah. Rindu beb. Tapi apa pun orang hepy sangat izah dah ade peneman tidoq😜
Sebelum ni saya pernah post pasal kalau saya jadi lelaki,perempuan yang akan jadi calon antaranya orang macam izah ni. Bunyi macam les je...takooottt..hahaha
Nanti saya cari balik post tu. Syok jugak baca balik ape yang di repek kan dulu.

Semoga izah bahagia dengan suami izah. 
Tudung den tu dah bakpe teruk sangat melendutnyeeee...grrrr


Ulasan: trip 2 hari 1 malam je😒
Kalau tak sebab minggu ni nak pergi melencong dengan ibu, kompom den merempan dapat gi trip sekejap gitu. Datang jauh-jauh gi kenduri je. Moga semangat travel meresap masuk dalam diri en hubby.puhhh!