Friday, August 17, 2012

semalam yang bahagia tapi dalaman berduka~wah!ayat geli~

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

pagi2 morning konon2 rajin...gi opis segala..
tapi kat opis..
aku men castleville
pastu tukar the ville
abes energy kat the ville, aku patah balik men castleville
last one the ville balik..
pastu layan cite 8jam
tensi aku tengok esek pukul2 je..yang besnye, pukul die tu nampak real..
abes tengok cite,
terus balik kkb, raye!hahaha

bes kan?

pastu balik jadik tukang betulkan pintu..


tengah2 buat tu baru terasa nak amik gambar sebab ade gak mende aku nak cite kat blog yang buhsan ni..





taraaaa....walaupun aku tak tau nak betulkan yang nampak line skru kat tombol tu, but still aku berjaye..
ni 1st time ni pasang tombol pintu..

yeah!berjaya..

awardkan diri sendiri untuk menghepykan diri yang walang..

then, petang tu
gi hotel holiday villa..
bukak pose kat situ..

owh, ekceli bukak pose dalam keta .. sebab sesat + stuck kat jem strawbery..
pas magrib camtu baru jumpe tempatnye..
ade la dalam kol 8lebih time tu..

apa lagi..belasah abes2an r..





muke malas layan..



muke stress kaco aku makan sushi..
oh ye..aku makan sushi banyak giler..yum3

pastu bedal tiram sekali..
tiram yang camne?

jap, aku carik..hope ade la video tu..


haa..ade2..yang mr bean makan makanan dah xelok tu..
tu le aku makan..
kene perah lemon baru ok sikit..but yet, klu sape xtahan, xyah la..
mule2 sedap..pastu lame2 mual..
nasib bek sushi die xbasi..so, guwa makan la sekenyang2nye..





 huduh giler muke makan sushi..

tu blom tengok aku makan eskem semalam..
meleleh2 kat tangan tepi mulut sume..
mmg comot..padahal eskem je pun..ala..eskem yang singgit kat giant tu..
xleh la bawak gi function kat hotel lagi..
ape bende la yang aku makan pun..
kek2 kuih manis tu mmg aku xsentuh pun..
lagi2 dah jumpe sushi..sushi kene sambal belacan pun bedal gakkk.


n yang paling bes, ade sorg budk kecik ni..
ko caye 6bulan?
tembam die tu, uihhh sedap ni gigit peha die..
dah r xtakut org..org agah2 pun die layan je..
gelak je.
paling cute masa mak die sumbat kan die eskem..
comeeeeeyyy sangat!!



usha2 dah tu...



dekat dah...

tarik napas jap sebab tgk semangat sangat die ni..
*putih lak aku dalam gambar atas ni ekk..hak3*


dah touch2

mule dah die tu..

kasik ayat manis skettt...


dapat!!hahaha

ni die dok terloncat2, hepy benor le gamaknye..



tolong jangan lihat perbezaan kulit aku ngan die..

kejap je pun...abes dah tangan aku..lenguh giler..
berapa la berat die ni...

pastu before balik, singgah tempat yang bes untuk bergambor..

yezzzaaa..tempat setan berlibur..


abes dah...sampai2 dah kol 12..
mate dah ngantuk, tapi xleh tido..
hati sedih giler..
esek tengok hp je..
maklumlah..gile talak..


p/s:


ni muke orang yang jahat..
jangan kata muke jahat,
mulut pun jahat..

so, xyah la layan die..
biar je die ni sawan sorang2,
gelak sorang2,
nanges sorang2,
ehhhh...xpe2..xyah susah2...
die gi sendiri tanjung rambutan tu nanti..
sekian dari orang sewel..~~

Wednesday, August 15, 2012

Debaran raya

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

kecur lebur hancur 250rm hari ni..
bukan beli baju raya k,
tapi anto cik cyra gi jumpe Dr.
ye la.. dah overdue dah die.,
sian..pas servis baru rasa sedap bawak..
n
n
n

yang paling bes, dapat tupperware n towel kecik dari perodua..
owh! i like..
so far, 2 kali aku gi perodua putrajaya ni
memang pueh ati la...
1st time gi, ade makanan free..
melantak kuey teow sume..

kali ni, dapat tupperware lak..

*walaupun sebenarnye sume2 tu dari duit2 pengguna gak*

nak amik gambar tapi telepon abes bateri lak..
xdapat show off..

sebab tu kot abes baterinye..
baru dapat tupperware dah riak..
kalau dapat duit juta2 agaknye lupe akhirat..
ish3..nauzubillah..

esok, kamis yang berbahagia aku nak balik umah!
ari tu rasa xlah excited nak raya..
tetibe cam debor2 lak nak beraya..

pastu, aku dah tau cane nak schedule kan entry..
walaupun sound cam -hekeleh..xbes la entry save2..- tapi ape dehal kan..
kot2 hari tu ilham mencurah2 ke ladang sawit cam xbes je kalau bantai sampai 3 4 entry..
so, kite leh save then nanti esok2 die kuar sendri..kan bes tu..

ok..aku dah start meraban..
better aku chow dulu la ye..
kang lagi banyak bende yang lagho aku bebelkan..

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA..
jangan lupe pose nam nanti =)

JOM BALIK RAYA!!!!

Hadis nabi mengenai wanita.


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 
Wallahua'lam. .


"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
-Ath-Thabrani-


"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
-Ibnu-majah-


"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
-Ibnu - Majah-

*sumber : emel*

Tuesday, August 14, 2012

Rahmat menjadi wanita Islam


dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan  bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? 
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. 
Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. 
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan  jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. 
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
 
p/s: giler!baca yang last2 tu cam ngilu je gigi aku..huhuhu

*emel from MOHD*

Monday, August 13, 2012

petua petui keislaman


dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

Dr.Fadhilah Kamsah menulis   ……..


Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum 
dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... 
tapi taklah everytime 
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
.....either belen makanan mak atau abah ... 
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau 
akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... 
samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu
sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah .....

mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...
dan saya sendiri akui kesannya.....
makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah
namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul 
dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...
jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... 
samalah ceritanya ..

dan mak kata jugak, 
pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,
dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,
mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...
solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ...
kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... 
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...

ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling
berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ....
dapat semua waktu lagi baik ...
sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; 
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". 

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,
baginda pun did mention that all those who listen to him 
(on shall pass on his words to others,and those to others again; 
and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,


*emel from Mohd*

penghapdetan yang ntah hape2..

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

naya aku..naya...cuti raya xmintak agi ni..
xpe2...jap gi kite isik borang naa...

semalam aku gi tanjung malim..
shopping raya...
shopping la sangat kan..
memandangkan dah keje, baju raya kene beli sendiri..dan disebabkan itu jugak,
bajet untuk baju raya xde, so
kite beli tudung raya je.,,nak jimat kan..
pastu nak jimat agi,
aku beli inner tudung je..
baru la nak berjinak2 pakai shawl..
tapi ntah2 raya kang aku pakai tdung indon gak..haha

maka, jumlah perbelanjaan semalam just 25rm je..
tu pun guna duit makan..kan ngah pose, so duit makan tu gne la untuk shopping...
harap je dah keje..tapi poket kosong manjang..
kalau tepuk2 purse tu pun, memang kuar habuk n sampah sarap je..
siyes xtipu!


balik tu singgah nursery pokok..
sawan ngan beberapa speses yang cute2.



memule aku tgk pokok ni..eh..cam rama2..rupenye mmg ade rama2 pun kat situ...
sape terer carik la..
sape jumpe, kurang la pahala pose anda sebab
rama2 tu ngah wat maksiat..
mesti dorama xpose..haha

santeek takkkk...
kecik je ni..tapi sangat2 comey..
teratai dalam pasu..

ni muke hepy sebab dah jumpe highway guthrie..
apekahh???

k, sambung wat keje..bye2



Friday, August 10, 2012

achannnerrr ni......

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

rasa naaaaaakkk sangat update blog..
tapi keje banyak..
mood nak wat keje ngah membuak2..
idea nak tulis entry pun xde..
so, jap2 gi bile dah penat
bile bos dah xde
bile ade idea nak wat entry
bile perut btol2 lapar.eh.
baru update cite ey..

p/s: owhhh...mood raya cam dah start nak merasuk jiwe..

Thursday, August 9, 2012

Kite terer...hehehe

As-salam..

HAI! ingat kite agi tak?
ala...kite la...CYRA..
penjaga kite ngah wat keje tu..
padan muke die...dulu esek men game je...tetibe kene wat keje baru gelabah...keh3
sementara die xpasan ni kite nak cite....

hari tu...kite kene
HIMPAP POKOK NANGKA..nangka ke cempedak ke kite xsure la...
kite xnanges pun..tapi sebab kite xnanges tu la penjaga kite xpasan..
kite diam je...sampai la abang ngah balik keje, baru kite yang tengah dihimpap ni diperasanin..
eh...ape ayat kite ni...xpe la..hehe..

pastu penjaga kite gelabah..takut la kite kemek ke ape..tapi kan kite terer...kite calar sikit je...
kalau calar sikit2 baru la macho kan..haha
pastu penjaga kite ngan adik die terus mandikan kite ngan minyak..
bukan minyak tanah...minyak masak..
ye lah...badan kite penuh kene getah...kene la buang cepat2..
pastu,
tu la 1st time kite merasa penjaga kite mandikan kite..
sebelum ni hantar kedai je kejenye...

bes3..kite suke die mandikan kite..
eh, nak tengok gambar pokok tu?
kite xdan pulak nak amik gambar kite masa kene himpap tu...
jap ey...
mane la gambar pokok ni...

ha!

see2..besar kan?
tp yang kene atas kite tu xbesar mane pun..berat sikit je..
berat sampai penjaga kite xlarat angkat (lagipun die pendek..kite lagi tinggi daripd die..haha)
so, abang ngah la yang angkat dahan tu, then penjaga kite terus bawak kite masuk garaj..

tu pun kite kene redah macam2 weeken ari tu..
pastu kite kotor giler..
tuan kite ngan penjaga kite mandikan kite..
segar sangat kite rasa..vakum abes2an..sampai alas2 kaki kite die cuci..

sekarang kite cam penjaga kite,,xsihat...sebab kite dah lebih 10000km ni..penjaga kite xbawak gi servis agi..
mengah gak la kalau dia bawak gi jauh2..
lame plak kite rasa nak gi jumpe Dr kite minggu depan..

eh2..penjaga kite dah datang la..
bye2..
diam2 tau...hehe

-CYRA- 

p/s: name anak sedara penjaga kite KHAIRA..cane ek?kite kene tukar name ke...huk3

ce kire berapa banyak drebar yang sivik hampeh..

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

aku paham waktu abes keje memang banyak keta..
aku paham semua nak cepat balik umah.
walaupun baru kol 5.30++ tapi aku paham sume xsabar2 nak buka pose.
tapi boleh tak kalau jangan jadik kong ajar?
kalau ko nak cepat balik, aku and drebar2 lain pun nak jugak sampai umah cepat.
kalau masing2 ikut Q, ikut rules, no hal la beb!
lu orang yang camtu memang aku cop xde sivik je..
LEMBU bak kata pakcik yang aku penah dengar la..

so sape2 yang boring xde keje, ce kire berapa banyak LEMBU yang potong Q.
ade LEMBU JANTAN..xkesah la kan..jantan memang selalunye xsenonoh..
tapi ade jugak LEMBU BETINA..siap nak potong Q xbagi signal..
kalau aku, jangan harap aku nak bagi laluan. sory la LEMBU2 sekalian..
aku xrespek org camtu..
owh...bukan org...LEMBU...


p/s: kesian lembu...padahal lembu kalau jalan together2 pun beratur..
lembu lagi pandai rupenye.. hahahaha

*insiden ni hari2 jadi-memang aku setuju bile kuar statistik org mesia dah xsenonoh*

Wednesday, August 8, 2012

jgn bagi aku maki ko leh x????

siyes rasa nak mencarut je sekarang ni..hati panas, tangan sampai menggigil marah giler ni!
pantang betul aku kalau org interrupt plan aku.. aku elok2 nak jadi pekerja cemerlang fokus kat keje, terus dah hilang mood. vangang btol la!
dah tau aku ni suke maki ko, lagi ko nak carik pasal kan??
pas ni aku tak cakap banyak dah.. aku mmg xlayan la..ape jugak reason ko aku xnk dgr
mmg aku wat dek je

aku jahat?
YUP!
MMG AKU JAHAT.
SO WHAT???
plan hidup ko btol2 n jgn nak kacau plan hdop org len.
baru hidup ko aman xkene maki ngan aku
ni tak...sajeeeee je nak bagi aku naik angin kan!

p/s: last2 update bende bukan2 padahal cite elok2 je aku nak update tadi.
now, xde mood dah..
#$%& btol!

Tuesday, August 7, 2012

May I? - Floria

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

boleh x kalau aku nak letak gambar lame2?
aku lupe nak cite dlu...

klu x boleh pun aku cite gak kan...
mane ade cite len pun..kui3

xpe..sape2 yang xdapat gi floria or xdpt hayati floria abes2an, leh la tgk gmbr3 yang berlambak2 ni..aku malas nak cite..lagipun bende dah lepas..lupe dh..haha












 















lokasi penggambaran: tandas bergerak






















p/s: bosan kan?
ok bye..