dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

Saya,
Saya adelah
seorang yang suke berangan
Dan memikirkan
bende2 yang tak sepatutnya saya piker
Tapi kadang2
saya rasa saya perlu piker untuk memberi semangat dan langkah persediaan untuk
diri sendiri
Dan kerana
itu, beberapa bulan yang lepas, bila kerap saya menonton halaqah, saya kerap
terfikir,
ADA LAGIKAH
RAMADHAN UNTUK SAYA?
Bila saya
menonton video peperangan dan pembunuhan manusia, saya mula terfikir, bagaimana
dengan ajal saya? Macam tu ke saya akan mati? Ditembak? Dibom? Eksiden kereta?
Kalau saya mati, tak sempat dah la nak merasa Ramadhan yang seterusnya.
Saya tak
dapat lagi merasa malam Lailatulqadar. Berangan nak, tapi tahajudnya on off.
Nak berlatih sebelum Ramadhan tiba, tapi tewas juga dengan hasutan syaitan yang
suruh tido. Nak salahkan syaitan sangat pun tak boleh. Sebenarnya effort
sendiri yang takde kan..xde kesungguhan. Yang saya bimbang, ape saya dapat
tunaikan ape yang saya impikan? Atau ramadhan kali ni akan berlalu macam tu
je..
APE JADI KALAU RAMADAN NI YANG TERAKHIR UNTUK SAYA?
Saya tahu
kiamat itu asrar Allah. Tapi saya tetap bimbang kalau ianya terjadi, adakah saya
sudah bersedia? Tak perlu tunggu kiamat. Andai kata bumi Malaysia ni jatuh
semula di tangan2 yang kejam, adakah saya bersedia untuk bertempur, ade kah saya
sudah bersedia untuk menghadapi sume tu? Membayangkan saja saya tak sanggup. Tapi
bagaimana saya nak menafikan yang bumi Malaysia juga sebenarnya tidak aman?
Bunuh, rogol, rompak, samun…………. Hmm….Tak mustahil ade mata yang sedang menunggu
peluang di atas kelekaan ‘remeh’ begini kan.
Yang paling
saya risaukan, bila saya berangan, tak banyak, sikit akan jadi.. saya tak nak berangan
bende yang macam ni! Otak…tolong la berangan bende yang indah2.. saya tak nak
mimpi2 ngeri saya jadi kenyataan……..Jauhkan la Ya Allah..
Dan hari
ni..hari terakhir sebelum Ramadhan. Masanya dah tiba. Esok adalah harinya untuk
menghayati Ramadhan yang mungkin Ramadhan terakhir. Di kesempatan ni (walaupun
bukan ade orang baca blog saya ni..huhu), andai kata saya ada menyakiti hati
kalian, saya nak minta maaf atas keterlanjuran kata2 dan tindakan saya itu.
SELAMAT
MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Inilah masanya,
peluangnya untuk kita merasa dan menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang
aman. Anggap lah Ramadhan ini yang terakhir sebab akan datang belum tahu
bagaimana pengakhirannya. Al-Quran sedang menunggu kita untuk dibaca, dihayati
dan dikhatamkan. Adakah terawih kita akan kencang pada 10 hari terawal dan
terakhir saja? Buktikan pada terawih, kita mampu laksanakan ia semaksimum
mungkin.
p/s: (T________T) speechless
No comments:
Post a Comment