Friday, May 11, 2012

bawang putih bawang merah

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

tersebut lah al-kisah suatu hari, di waktu petang yang damai,angin bertiup2 sepoi2 bahasa dari celah2 penghawa dingin, si bawang merah yang kebosanan berjalan2 ke hulu hilir..sambil menyanyi2.....


tiba2..

"BAWANG MERAHHHH!!!!!!!!"
Tempik bawang putih kepada bawang merah..


"KO AMIK NI,GI MASAK.SEKARANGGGGG!!!!!!"

"tapi bawang merah tak pandai masak"

- sejak bile bawang merah xpandai masak??-

"KO NI MEMANG MENYUSAHKAN BETOLLAH!!!! RETI TAK RETI,KO SIANG IKAN TU CEPAT!"

dengan langkah yang longlai, bawang merah pun menyiang ikan di dapur.

"besar ikan ni..cam ikan kaloi.."
kata hati bawang merah yang memang xreti langsung pasal ikan. yang bawang merah tau hanya ikan dan ikan sardin sahaja. itupun kadang2 bawang merah tetap kompius dua jenis ikan tersebut..yang kompom tak kompius ikan sardin camni,

lalu...bawang merah pun menyiang ikan tersebut dengan gigih sekali..
keluar segala isi perut ikan kaloi yang busuk dan hanyir itu..
sesekali -sebenarnye banyak kali- tercucuk benda2 tajam -xtau panggil ape- di jari jemari bawang merah sehingga berdarah2..tapi kerana tak sabar nak makan ikan tersebut, bawang merah meneruskan usaha..

****beberapa jam + hari kemudian****

ting..ting..ting.. (bunyik enaucemen kat shopping kompleks)
efek: kepul2 asap ais kering...

"Wahai bawang merah..aku ikan kaloi yang ko makan masak sambal n masak lemak semalam n kelmarin. tak sangka ko sangat lahap makan aku siap masak dua resepi lagi..sampai hati ko wahai bawang merah..tapi x mengapalah. janganlah kau bersedih. ko kutiplah semula tulang2ku, dan tanam lah ia di bawah pohon beringin. sesungguhnya aku,ikan kaloi yang kau makan ini adalah ikan kaloi ajaib. kau akan dapat sesuatu yang melimpah ruah.."

poof!!!-efek ikan kaloi hilang

bawang merah yang tersedar dari mimpi itu mengucap panjang..lalu sambung tido semula

dari jauh, roh ikan kaloi memandang bawang merah ngan pandangan 
(-_-")
kerana sangkanya bawang merah akan terus bertindak.


keesokkan tengahari,setelah bawang merah bangun dari tido, dia kembali pergi ke perigi sambil menyanyi..
tiba2 baru dia teringat akan mimpinya lalu, berusaha mencari tulang2 ikan kaloi ajaib tersebut..
tapi tak sangka, bawang putih telah membuang tulang2 tersebut..
bawang merah berasa sangat sedih lalu menanges.. dan bercakap dengan semut..

"semut..semut...tolonglah aku cari tulang2 ikan kaloi ajaib ..sob3.."

puas bawang merah merayu meminta tolong semut2 itu,tetapi tidak dilayan..malah semut2 tersebut buat bodoh saja berjalan tidak berhenti..

ngan langkah yang lebih longlai, bawang merah pergi ke arah tong sampah dan mengorek2 semula sampah yang dibuang. akhirnya, bawang merah berjaya mengumpul semua tulang2 ikan kaloi itu..

bawang merah pun menanam tulang tersebut dan tiba2!!


bawang merah n anak raja itu pun bahagia selamanya..
happy ever after..
the end..





*
*
*
*
*
*
*
p/s:
adaptasi dari cerita aku yang dapat ikan kaloi kat opis ni n bawak balik kat umah. makan pelahap sangat sampai lupe nak amik gambar ikan kaloi tu..besor......sedap plak tu..
anak raja tu sape? tentulah en someone.....keeeehkeeeehkeeeeh!!!! (muke miang mengeleyur)

n ibu aku ikan kaloi, n aku anak yatim cam dalam lagu tu xde kene ngene ngan aku..harap maklum..

ensemnye la anak raja tuuuu!!!!!! (sawan kejap)