Friday, March 16, 2012

stopen (story pendek..)

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Penyayang

'tok3....!!' bunyi pintu bilik aku diketuk kuat pagi tu.
"ni mesti kak siti ni..takut nak tido la tu" desis hati aku dalam keadaan mamai tu.

"Hana..akak nak tido ngan Hana boleh?xleh tido la," kata kak siti,housemate baru aku (eh..bukan aku yang baru ke sebenarnye..ah!lantak lah)

"Meh r kak...tu r..jual mahal tadi..ngatkan pas tengok cite hantu tadi akak nak tido ngan saya terus," balas aku sambil gelak2.

Kak Siti pun berlalu untuk amik selimut die kat bilik. Sambil baring kat sebelah aku,malam tu kami berborak sampai pukul 3 pagi.

"Seriklah akak..xnak tengok lagi minggu depan. tadi dah terlelap dh..tetibe terjaga pulak.tu yang call Hana tu nak mintak tido sama tapi Hana tak angkat plak,"ujar kak siti sedih sebab aku tak jawab call die.mane la aku nak sedar,bes kot tido..."hehe..sori kak..btol2 tak sedar akak call..akak ketuk pintu tadi baru saya terjaga..saya memang cepat terkejut kalau orang ketuk pintu bilik,"balas aku bersopan padahal kalau dah tido mati ape pun tak sedar sebenarnye.

"budak before hana ni lagi la..bla..bla..bla..bla.." cite kak siti tak putus2. aku pun layankan aje lah sampai die sedar bahawasanya aku kene tido sebab nak gi keje esok..

****************

"Terima kasih Hana!"
muka kak siti berseri2 pagi ni sebab dapat tido ngan lena. tapi mungkin malam ni xberseri lagi sebab aku nak balik umah ari ni.so die kene tido sorang2. namun begitu,setelah berbincang panjang malam tadi,aku dah setuju untuk tidak mengunci pimtu bilik aku masa nak balik nanti supaya kak siti boleh tido dalam bilik aku ngan aman dan tenteram.

setelah bersiap2 ala kadar,aku pun meneruskan perjalanan ke opis. sampai di opis ade sorang je bro yang dah datang. baru aku teringat,hari ni kak siti opis aku (berapa banyak siti daaa),kak idy,cek we xde kat opis sebab cuti..bajet2 bos ade la arini so aku boleh la tanya keje ape nak buat.tapi last2 aku dapat perkhabaran bos pun cuti hari ni..alangkah hampanya hatiku..

sambil menunggu kedatangan staf2 lain,aku bersembang la ngan bro fazili ni..ape ntah die cite,xmasuk otak sangat sebab telinga aku lebih tertancap pada bunyi radio yang lebih kuat dari suara dia. cuma bila masuk bab mistik baru lah telinga aku lebih fokus dari biasa. 

--iklan:aku ni men cite seram2 ni padahal dok sorang2..ntah2,ade yang join bace...errrrrr---

"abang penah je tido kat ofis ni. memang ade la..ari tu masa abang tido tu die tepuk2..tengok2 dah nak subuh.Hana nanti try la..kan Hana dok sorang2 nanti,"cite bro tu sambil2 gelak2.

sungguh capoi mulut beliau tapi aku gelak je la..yang tak boleh aku blah kan,die siap gosok2 lengan dia tanda bulu rome naik. sengal! (aku berdebor giler ni..dah r hp dh kong..hp lg 1 xde kdt plak..dem!)

xlama selepas itu,datang khairol n pian setelah hampir setengah jam on the way.. setelah lepak2 sekejap,mereka pun bercadang untuk keluar makan. selama ni,kalau dorang ajak memang aku tak gi la.tapi kali ni,memandangkan aku bakal dok sorang2 aku pun join sekali dorang sarap.

selepas sarap...tibalah masa aku ditinggalkan bersendirian...............

sejurus selepas mereka keluar,aku terus kunci pintu dan ngan langkah yang berhati2 aku kembali ke meja komputer. memandangkan bos xde,aku pun melayari internet sepuas ati sebab tu sampai 2 entry hari ni.siap tengok adnan sempit 2 gune komputer ofis,sungguh durjana aku kan..

xlama pas mereka pergi,perut aku wat hal.dari semalam sebenarnye die dah wat hal.tapi dia memang pandai amik peluang bila orang xde.tu yang aku suka tu. tapi pada awalnya aku takut jugak nak bangun sebab rasa tak sedap hati pulak tetibe. namun tuntutan alam kita tak boleh lengah2 kan.maka aku pun melayanlah kehendak alam ini.

masuk je toilet,tiba2 lampu bilik air berkelip2..
"eh!nape lak ni..jangan buat pasal..semalam xde pun..,"bisik hati aku yang mula ketakutan.
rupanya dari before aku masuk tadi memang lampu tu dah rosak pun.aku je yang tak perasan sebab fokus pada tujuan yang satu.

setelah selesai urusan,aku pun flush toilet tersebut..
"splashhhhhh!!!"-bunyi flush.
aku pun gi la basuh tangan dan tiba-tiba..
"splashhhhhh!!!"
"Eh!cane leh terflush lagi?air ngah isi lagi dalam tu..adohhh.."aku mula berpeluh.duduk dalam air-cond pun boleh berpeluh.

"jangan layan..jangan layan" pujuk hati aku sendiri.abeh kalau tak sape nak pujuk kan..nama pun dok sorang2.

keluar dari toilet,aku ternampak 1 lintasan dibilik sebelah. "aku rasa aku dah tutup lampu2 ni tadi.sape la gatai  tangan gi bukak ni.aish!" ngomel hatiku sendiri sambil menutup kembali lampu tersebut sebab i tak suke pembaziran.ceceh!

sambil duduk menatap komputer tibe aku dengar ade bunyi kereta di luar.aku pun menjenguk dengan hati berbunga2 dengan harapan ade la orang temankan aku nanti. tapi tiada seekor kereta pun yang lalu. debaran di dada makin terasa.

"Hana.............."
satu suara yang ntah dari mana memanggil nama aku. Terus aku bukak tab baru kat tenet sambil bukak youtube,lalu aku taipkan ZIKIR MUNIF di ruangan carian.

lalu alunan zikir menemani aku disaat itu.
dan sekali lagi ntah kenapa pundi kencing aku berfungsi dengan sangat baik hari ni lantas ia menuntut aku untuk ke tandas lagi.dalam keadaan seram,aku kuatkan kaki untuk melangkah ke toilet. setiap kali aku masuk ke toilet mesti aku akan terdengar bunyi seakan2 ada orang yang masuk dihalaman ofis aku ni. jadi,cepat2 aku keluar dari tandas sebab ye la..kalau ade orang,aku nak kene bukak pintu yang aku kunci tu.

keluar sahaja dari toilet,aku jenguk ke luar dan sekali lagi,tiada sebarang kereta,moto mahupun semut yang melintas di halaman ofis. aku mulai buhsan ngan keadaan sebegitu.terdengar sayup2 suara yang ketawa panjang melihat aku begitu.

"Hana..........."
sekali lagi suara itu kedengaran.
"eh!sori2..xpasan..ingatkan sape tadi..hehe,"aku cover2 malu sebab suara tu tadi suara budak practikal nama pian tadi tu.rupanya dorang dah balik,tapi aku tak pasan.ape la aku ni..

"xtakut ke dok sorang2 kak?"tanya pian pada aku.
"ha?" aku terkompius kejap.
"Hehe..akak nak air milo?"Pian bertanya.
"owh..boleh jugak.jom tengok adnan sempit 2" ajak aku tanda bosan pastu mane leh wat dose sorang2.kene la ajak orang join sekali.nanti tak la sorang je kene.gile setan.

sambil melayan adnan sempit 2,aku dan pian minum air milo panas2 dalam bilik berair-cond ni..memang masyuk.

"ok la kak.saya nak gi solat dlu,"ujar Pian sambil berlalu pergi.

setelah mengangguk,aku meneruskan penontonan aku (ade ke sitilah penontonan?rosak bm aku ni). tapi ade sesuatu yang memelikkan aku.aku takde pulak dengar bunyik kereta. "abaikan..layan ni lagi bes"bisik hati aku lagi.

"Kring2..!!"telifon berbunyi ring ring ring..kuangkat ku tanya siapa..(wah!menyanyi segala)

"kak hana..pian ni..kitorang xbalik ofis tau..pas balik site nanti terus balik umah."
"ok.eh!thanks buatkan akak air milo..hehe,"balas aku.
"bile mase plak saya wat air utk akak..kitorang dari tadi tak balik lagi kak,"jawab Pian pantas.
"ok la kak..bye..assalamualaikum,"Pian meletakkan telifon setelah aku terdiam kelu lidah tidak berkata apa2.

dengan gerakan slow motion paling slow aku buat,aku memandang ke atas meja untuk melihat cawan milo yang 'Pian' bawakan utk ku tadi. jelas,nyata dan terang memang xde cawan apa2 di situ!

ok fine! aku hilang sabar.lantas aku ke pantri dan terus masak air. setelah air mendidih,aku pun bancuh air milo sendiri dan sambung tengok adnan sempit.

"buatkan air xikhlas.dah wat amik balik,"ujar hatiku geram.

selesai menonton adnan sempit aku masih ada beberapa jam lagi untuk dihabiskan dengan sia2. dan sekali lagi,aku ke toilet walaupun debaran di hati semakin bergelora. lantas ku teringat kata bro tadi "kita khalifah.xde ape yang nak ditakutkan". jadi,aku kuatkan semangat. tapi hati terasa sesuatu.

keluar dari tandas,aku terdengar orang bercakap2 dan ketawa dengan kuatnya di ruangan meeting dan lampu bilik meeting menyala dan terpadam berselang seli. kedengaran bunyi suis yang dihidup dan dimatikan.walhal suisnye betul2 disebelah aku. ngan mata yang terbeliak melihat kejadian tersebut,aku cepat2 lari ke meja komputer lalu mencari2 henpon di dalam beg yang cikai setelah beg korea aku disamun tahun lepas.

baru sahaja aku ingin mendail no sapa2 yang terawal dalam henpon aku tu,tibe2 henpon aku terpadam..
"tet!tet!tet!"
"Argh!!!abes bateri pulak!"
tangan aku semakin kuat menggigil2 dan kakiku menggeletar apabila merasakan sesuatu entiti yang menghampiri.





"Takut ea??"



"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"























"dup dap dup dap" 
jantung dh tak keruan


























ok cukup! aku xtau nak wat ending ape..aku xtahan nak wiwi agi ni. kang jadik btol2 mati aku.
ni la hasil otak aku yang memang pantang dok sorang2. tolong.....aku xsuke dok sorang2..sape sudi teman?













"SAYA!"-suara garau sikit
kata 'peneman setia' yang join kat sebelah aku sejak tadi tapi aku langsung xsedar akan kehadirannya!





p/s:tau..aku mmg xde bakat wat cite pun..(-.-")

No comments: