Monday, April 17, 2017

Master

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang

Semalam banyak gambar konvo yang saya tengok dekat fb.

Sedih? 
Ya!

Cemburu?
Ya!

Terkilan?
Ya!

Menyesal?
TIDAK!

Ikutkan hanya tinggal lagi 1 step sahaja lagi nak dapat macam tu. Tapi saya yang decide untuk stop atas faktor kelecehan sistem pengurusan dan saya pun taknak semakkan otak dengan benda2 cenggitu. Baik saya stop fokus besarkan si kecik ni. Even tak dapat habiskan, saya sangat2 suka dengan ilmu yang saya dapat.

Harap Allah sembuhkan hati saya. Supaya saya tak menangis lagi dengan benda2 yang kecik sebegini. Even tak dapat master tu, ingatlah yang diri tu dah berjaya master bagi susu dekat anak. Harap ini sajelah dapat ubatkan hati yang lara.

Mungkin juga hati sedih sebab lain. Antara penyebab malas nak sayang orang lebih-lebih. Nanti terharap mereka juga buat perkara yang sama. Taknak dah lebih2 excited. Ada rezeki panjang umur jumpalah. 

Tinggal lagi 5 bulan nak dapat phd bagi susu dekat sayang umi ni.😘

Takpelah sayang.umi xdapat master pun. Daripada awak jadi mangsa, baik umi stop je, layan awak. Dapat tengok awak main, tidur, lari-lari depan mata umi, tu pun umi dah bersyukur sangat. 
Takpelah umi tak dapat keje bagus-bagus pun. Sekurang-kurangnya umi ada masa untuk awak dan babah. Ada masa untuk doakan babah sihat tubuh badan makin dimurahkan rezeki. 

Jalan cerita setiap orang berbeza.
Jangan sedih.
Jangan kecewa.
Jangan berputus harap.
La tahzan..la tahzan..la tahzan..

Ingat matlamat akhir perjalanan.
Jangan lemah dengan layanan perasaaan. 
Lepaskan yang bersimpul.
Teruskan walau hampir tersungkur.
Sendiri pun tahu.
Masa tak tunggu.
Tiada ruang untuk yang bersedih.
Tiada tempat untuk yang terhegeh-hegeh.


Ingat momen awliya belajar berjalan?
Jatuh bangun jatuh tetap jua diteruskan.
Tanpa sedikit rasa penyesalan.
Walau sakit luka badan.
Berhenti bersedih.
Banyak lagi perkara perlu difikir.



Monday, April 10, 2017

Penapis Air

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ni dah kenapa pagi-pagi buta duk cerita pasal penapis air ni? Jual penapis air lak keee???

ahahhaha...tak jual...tapi semalam duk scrol fb tetiba ternampak la 1 iklan penapis air ni. Saje la klik nak tengok harga berapa. tapi harga tak letak. yang ada cuma perbandingan air dia, air paip dan air penapis lain di mana air dia je yang bersih. air lain kotor.
 menyampessss tengok..

Dulu masa saya sambung master amik environMENTAL enginering tu ada lah belajar pasal penapis air. jadi saya tahu lah serba sedikit pasal RO, activated carbon bla bla bla.. nak kata terer tu tak la sebab saya tak dpt certificate master tu pun...haha..
terkilan tak dapat habiskan tapi tak nyesal pun berhenti belajar. ilmu nya tetap saya dapat.

berbalik kepada penapis air tadi, kenapa air dia tak kotor bila buat elektrolisis??katanya sebab dalam air dia xde TDS. Total Dissolved Solid. maknanya air dia xde bahan enapan. 
ya memang betul xde sebab dia guna penapis REVERSE OSMOSIS singkatannya RO lah yang orang panggil sekarang. tapi dia tak jelaskan dengan sejujurnya kenapa air dia jadi macam tu, air lain jadi sebaliknya..

yang bagusnya RO ni, dia punya liang penapis (bukan liang lahad ye) sangat2 micro JADI DIA TAPIS SEGALAAAAA JENIS MOLEKUL DAN YANG BOLEH LEPAS HANYA MOLEKUL AIR. apa maknanya kat sini? maknanya, air RO ni totally air... xde khasiat.

yang merah kuning hijau tu molekul baik dan tak baik..habis semua kena buang..hehe

haaaa... part ni la yang depa sembunyikan..
Memang la xde tindakbalas bila buat elektrolisis sebab air tu air kosong jer. Air lain tu mungkin ada molekul bercas. So bila masukkan elektrod memang la akan ada tindak balas gelembung2 tu. Tinggal lagi nak tau gelembung2 tu apa benda je.

dalam air RO, ion biru ngan merah tu xde..

Masa saya tengok dia buat eksperimen tu, saya duk terfikir siapa2 yang bukan aliran sains atau yang terlupa basic pasal kimia mesti kesian kena tipu.

kalau korang pi kedai beli air, perasan tak ada air mineral tutup hijau, dan air tutup biru tulis air minuman?
taraaaaa...
tu la bezanya...

air minuman biasanya guna RO - hanya air sahaja xde khasiat. sebab tu harga dia murah.

macam air mineral pulak, harga lebih mahal sebab dalam air tu ada khasiat contohnya calsium etc etc.. dan ce check dekat label. sumber air mineral selalunya daripada air bawah tanah. lebih bagus untuk diminum. pernah tengok orang beratur ramai2 tepi bukit amik air mata air? katanya boleh sembuhkan penyakit la apa la... tu sebabnya ada sumber mineral dalam air tu..

ntah korang paham ke tak den bebel ni..haha...
Tak kisah la tu..yang penting, kalau korang nak beli water filter jenama apa pun belilah. 
TAPI JANGAN SAMPAI TERTIPU!
kunun2 boleh sembuhkan penyakit la..air dia lagi bersih la..ph tinggi la lagi bagus la.. membongak semua tu..
ph untuk drinking water biasa 6 - 8.5 gitu je... yang nak ph tinggi2 tu buat ape? 
berlubang tekak kang...haaa (ayat hyperbola je ni)


disebabkan nilah saya sangat particular nak pilih penapis air 😂
Kalau diikutkan dekat water treatment kita dah treat air betul2 dah dan keluarkan air ikut standard minimum. tapi on the way nak sampai rumah kita tu la mungkin terenap benda lain. contoh kat rumah saya ni, karat dia allahu....paip sinki tu tak sampai setahun dah karat..

macam mana nak pilih penapis air?
pilih yang tak membongak dan mampu untuk korang beli...tu je..

yang mana kata air dia paling bersih berbanding penapis air lain --> REJECT
mana kata air dia boleh sembuhkan penyakit --> REJECT
Mana yang sampai kena buat loan bagai untuk beli penapis air dia --> REJECT

nak jual produk riban2 tak kisah. asalkan bila jual tu jujur. contoh
' Penapis air kami ni sama je dengan penapis air lain. Bezanya kami dah upgrade ada air panas, air biasa dan air sejuk. Kami juga ada servis after sale selama 7 keturunan. sebab tu harganya lebih mahal'. 
haaaa....jujurkan sedap dengar.. elok2 taknak tertipu dah kena tipu dengan kejujuran seller..

Alahai kakpah..cakap banyak plakkk...jadi la seller penapis air cenggitu..
hahahah...tak payah...rentikannnn...sebab saya duk ushaaaa je ni macam mana nak buat penapis air homemade 😂 disebabkan takut en hubby kata i senget, so pendamkanlah hasrat itu.

Ok la..seronok jugak bebel pagi2 ni. Xboleh tidur mengenangkan eksperimen sains diperkotakkatikan oleh individu tak bertanggungjawab. Ni dah lepaskan apa yang terpendam,boleh la sambung tido..wakakakaka

Wednesday, April 5, 2017

Travel Back to Back

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Malam ni jadi burung hantu. Tak tido. Biasa lah..bila dah berjaga after 12am, payah betul nak lelap. Alang-alang dah tengok henpong tu, godek-godek galeri. Ada gambar trip pergi Kelantan. Disebabkan cerita boleh dikatakan masih fresh, moh le kite catit siap-siap. Sat lagi lupa, sia-sia jer..

Startingnya pagi-pagi pukul 5am hari sabtu 18/3/17 tu kitorang gerak balik batu pahat. Syok woo gerak pagi-pagi. Tak ramai orang. Ikut plan asal nak gerak pukul 3. Tapi masing-masing terbongkang tak sedarkan diri.whuah3

Bila gerak agak lambat tu, subuh la kat tengah jalan. Sampai kampung, ada budak rajin nak tolong nenek siram pokok.. hehe

Eden lupa yang Johor kena bayar air. Sajeee je suruh anaknya cucur sana cucur sini

Dekat kampung takde buat apa sangat sebab mak tak sihat. Embah pulak ada rewang. So duk rumah je la. Layan hujan. Syok woo dengar bunyi hujan kena zink.

Ada 1 malam tu tetiba blackout..so inilah kali pertama awliyauddin tengok lilin..hahahahaha...pastu asyik buat akal je macam mana nak pegang api. 


*mata dah ngantuk la pulak.nanti sambung*


#############################

ok...sambung balik cerita...haha...aci tak sambung-sambung gini??

Akhirnya senin tu kitorang balik ke saujana putra. Lepas rehat-rehat sekejap, dalam pukul 3 macam tu saya singgah amik stok pau cendawan dan pau ayam panggang untuk letak kat kkb, then terus pecut balik kkb.

Esoknya perjalanan diteruskan ke Kelantan pulaks..hehe

21/3/17

Gerak pagi tu pukul 10. Lalu Gua Musang naik ikut Fraser Hill. Gila nak muntah jalan bengkang bengkok gitu. 

Disebabkan semua dah penat, malam tu berehat dekat sini

Damar Inn


22/3/17

Rabu esoknya ada majlis kahwin anak murid ibu dekat Selising. Si kecik ni sampai-sampai terus terjah mainan orang. Buat macam rumah sendiri pulak.


Balik tu pegi Padang Besar. On the way tu nampak etok-etok ni. Teringat la kak ngah kata sedap la ape la. So dah jumpa ni boleh la try. Memang sedap tapi masin. Dan rupanya inilah haiwan yang ada dalam sungai dekat sebelah rumah tu. Ahaha.. masa baby rupa lain. Dah besor gini rupenye..


Muka penat lepas pusing Padang Besar.

***RALAT***
BUKAN PADANG BESAR..TAPI RANTAU PANJANG...HAHAHAHA
tengkiu kak ngah bagitau..keh3

Takde ape pun dekat sana. Mungkin weol yang tak tau kat mana tempat murah and tak tau nak beli apa.haha
Design baju semua sama. Takde yang wow. Barang2 pun biasa je.

Balik tu, singgah rumah kawan ayah merangkap anak murid ayah dan anaknya tu pulak anak murid ibu. *baru merasai betapa syoknya jadi cikgu* . Sembang-sembang. Makan sup daging segala bagai. Then dia tunjukkan CHALET yang boleh mancing. 

Saya dengan ibu dah excited la ni. Menggeletis nak mancing. Sekali sampai, 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JADI ORANG KAYAAAAAA...
Hahahahahahaha

Kitorang kalau jalan-jalan biasanya pergi tempat biasa-biasa je. Motel ke Chalet ke Homestay ke..
Sekali dapat cenggini. Haha..layannnn...


Budak kicik ada sironok dapat main telepon





CEO HASYA'S ENTERPRISE





Malam tu pergi jenjalan dekat pasar malam. 

Syok dia lari-lari.

Wefie sementara tunggu lif naik.

Tok walid pergi amik barang dekat kereta. So sementara tunggu tu amik gambor banyak-banyak.










Penat beb jalan-jalan tak pakai carrier. Boleh pulak lupa nak amik carrier kat kereta.

23/3/17

Esoknya sarapan dekat hotel.

umi memang suka amik gambor kat toilet. cerah luar biasa rasa..hahaha

Sebelah restoran tu ada swimming pool. Apalagi...menggeletislah ulat bulu beluncas kecik ni. Pastu ada tempat mainan belon2 macam dalam gambar kat belakang saya tu. Tapi dia takut pulak nak main.Cait!



muka kenyang dan ready nak shopping


Belakang tu restorannye..


Lepas tu pergi pasar khadijah pulak.
Ibu shopping kain. Saya pulak, cuci mata. Nak shopping ongkos xde.haha


Bagus betul siap letak doa camni..

Lepas abes pusing-pusing tu, rasa tak larat nak jalan. Balik naik beca.hehe

Awliya takut dengan pakcik tu.
Semua nak takut.ape laaaa...

First time naik beca. Suka dia!

Sampai hotel, rehat-rehat. Paksa si kecik tido sekejap. Pukul 12 check out. Then gi makan kat sini



Siyes murah! Boleh dikatakan puas hati la sebab pi makan tempat lain, harga standard. Yang ni murah, kenyang, dan banyak choice.

Sebelah RESTORAN NASI ULAM CIKGU tu ada RUMAH KRAFTANGAN ni. Singgah kejap la lalu-lalu tengok apa yang ada.




Depan tu ada muzium. Tapi sebab kena bayar, ayah taknak pi.



Gerak dari Bandar Kota bharu tu, kitorang gi Tok Bali pulak. Bermalam dekat sini 1 malam. Harga tempat tinggal RM55, tapi...ermmm..boleh la jadikan tempat tido.


Kawasan tepi laut. 
Subhanallah, cantik sungguh lautnya.

jiddah nak mancing..

Dapat tangkap ikan kecik.


24/3/17

Esok paginya bawak awliya' main laut. Sekali dia jatuh tergolek. Terus la mandi.


Tengok kuda.
Tak sempat nak naik semalam.

Disebabkan ibu tak puas nak mancing, so nak jugak berhenti dekat Rantau Abang.

Singgah kejap makan akok dan minum air kelapa..ni pun first time makan. Rasa macam kuih bakar tapi manis


Akhirnya sampai tempat dituju

Dahimah's Guest House

Puan Dahimah ni orang Australia. Kahwin dengan orang tempatan -->ibu la cakap..sebab ibu dah banyak kali pergi sini...



Paya tempat yang dinantikan untuk mancing



dapat bilik dekat dengan paya ^_^

Pemandangan depan bilik

Ibu dah suka kat tempat ni.

Dapat la beberapa ekor ikan.
Awliya dapat sekor sepat dan sekor ikan misteri.
Jiddah dapat sepat 2 ekor.
Umi dapat 2 ekor sepat jugak,tapi terlepas.serupa tak dapat la kan.haha

Ikan sepat semua kojol. Jadilah ikan pekasam.

Sepat kojol dijadikan pekasam

Yang hidup ikan ni je. Duk berenang-renang merindui kawan2 nya yang lain.
Nanti ada masa, ktorang gi sauk kawan-kawan kamu pulak ye. Sebab kamu sangat cantik!


Sekian sahajalah ceritanya.

Nanti korek galeri lagi. Banyak lagi nak cerita ni. Trip-trip yang lepas.