Sunday, November 6, 2016

Tempat lepak Best di Putrajaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Selama saya kerja dekat Putrajaya dulu,saya tahu Putrajaya memang best untuk lepak-lepak. Tapi ye lah kan. bila kerja biasanya melawat tempat-tempat kita kerja je la.tak berani nak merayap lain-lain tempat. disebabkan itu,makanya hari ini hari bersejarah saya,encik hubby dan awliya dedobot gendut melawat sebahagian dari Taman Wetland. 

Kami pergi ke sini,


Saya pernah jugak lalu tepi NIC ni..tapi ingatkan bangunan tinggal sebab nampak semak-semak je (saya lalu bahagian belakang masa nak masuk site). so memang takde nawaitu langsung la nak masuk kat sini.

Then nampak 1 post dekat FB PPj tunjuk video pasal budak2 main dekat NIC ni. Dalam kepala duk ingatkan tempat tu dekat pusat penerangan tu. tapi macam tutup je. maka bawaklah awliya gi jalan kat NIC ni. Sepanjang trail tu,semedang kok kok kok mulut dia.. excited bebenor tengok pokok😅

Awal-awal tu tak dapat sangat nak amik gambar. nak perati kan budak dapat kaki nun ha..ntah ke mana-mana dia pergi. tak yah umi babah gi joging..kejar dia pun dah cukup penat.

Ni adalah gambar sikit buat cuci-cuci mata ya.

Kalau korang nak cari tempat lepak dengan family,kat Taman Wetland ni antara destinasi yang sesuai.

✔Boleh sewa basikal
✔Boleh naik tram
✔Boleh berkelah-kelah
✔Boleh camping
✔Jogging
✔Tengok binatang-binatang terutamanya burung

Banyak lagi la..

Dan

Macam eden,eden nak tempat yang tak panas

So, NIC adalah tempat paling masyuuukkkk...

Ada ekon
Budak-budak boleh main
Ada info-info pasal wetland
Ada library
Macam-macam lagi..

Dah!Jom layan gambar. Better gi sendiri untuk merasai keseronokkannya. Alah..kalau boring pun,paling tidak tak rugi apa-apa. Masuk bukan kena bayar pun. Dapat ekon lagi.hahaha






Kalau tahu tempat ni wujud,boleh buat study group kat sini. Dulu laaaa...










Bajet che ta kejap

Kalau lapar,cafe pun ada

Toilet dan surau pun ada😄

Merayap-rayap sampai ke pameran statik.


Tak pueh ati kenapa labu labi ni tak gerak. Dah dia rajin pi tolak-tolak pulak. sebelum jahanam, baik berangkat ke tempat lain.



Haa..ni sape nak pergi,
MASUK.PERCUMA
Masa lawatan seperti gambar di bawah hokeh



Insyaallah akan datang lagi..
Belum dapat tunjuk kolam flamingo dengan tempat burung-burung lagi.

Pastu nak teroka Taman Botani. Bila ntah dapat can lagi..hehe

K byeeeee💁💁💁


Budak nak berkawan😘
 mesti sel2 otak giat berhubung.😁

Tuesday, November 1, 2016

Tetamu-s

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Disebabkan malaun mana ntah main mercun malam-malam buta sampai anak den melalak,dengan den-den sekali tak boleh tidur. so ada lah kesempatan nak cuci-cuci blog yang ibarat hidup segan mati pun segan ni.haha

Tapi kalau ayat cam hampa tu maafkanlah ye...sebab terkejut tadi sampai sekarang kepala berdenyut je..

Last 2 weeks merupakan minggu tangan sotong bagi saya.cecehhh... ni la akibatnya..dulu masa kecik pemalas..dah tua-tua camni kena buat keje lebih sikit,rasa tak cukup tangan pulak..hoho..

Tak menang tangan la nak kemas rumah yang macam zoo terbiar ni. pantang kemas adeeeeee je tukang sepah.. nak pulak hari selasa tu saya balik kkb sebab nak jual pau,dah boleh estimate dah mcm mana rumah ni akan dihancurkannya. takyah bagi gambar la ekkk..kang ade pulak yang taknak datang rumah saya ni.. :p

Ok..so jemahat tu dee datang.. disebabkan flight delayed, saya tunggu dalam kereta. siap solat dalam kereta sambil gendong dedobot. kang dibiorkan nanti tak pasal2 kereta dah sampai korea..(over nauuu)
Mujur ada air mineral belen2 berjualan. amik wuduk guna air tu je la.

Lepas dee dah sampai tu,terus gi cari tempat makan. weol makan dekat kedai Tijaarah Western Cuisine, Seksyen 7 Shah Alam


Sori la..xde gambar..kitorang kebulur sangat dah. Nak amik gambar selepas pun ape motif kan..haha..dedobot pun dah merengek2 dah time tu..
Yang pasti,kitorang makan kambin malam tu..ok la..puas hati..harga standard cafe..boleh la datang lagi..2 kali setahun😂😂😂

Esok pagi,hantar dee gi stadium. pastu lepak kejap kat sana. bungkus lagi kambing bakar. sambil drive balik sambil makan.hahaaa.. petang tu lepas amik dee,singgah kedai beli eskem dengan roti nak bawak gi homestay. sebab family angkat saya dah sampai dari johor! <3
Disebabkan dah lewat..jumpa kejap,buat planning pastu balik.

Malam tu,gi makan dekat bsp je..
AGAIN..XDE GAMBAR..
Sedeyyy...sume sibuk sembang tak terpikir nak amik gambar.

Hari Ahad tu hari Along konvo.. saya pulak nak ngantor dee gi klia2.. sebenornye nak jalan2 naik erl tu haa..haha..keluar la awal sikit.. cari hadiah untuk along kat sana. pastu zuhur camtu, rusuhan dedobot dah sampai,terpaksa la balik..

MEMANG SADIS GILE.SECEBIS GAMBAR DENGAN DEE XDE LANGSUNG😭😭😭

Tunggu ERL datang,adelah dalam 20 minit. memang bersilat lah dengan budak yang tahan mata nak tidur tu. tapi bila dapat naik tren segar bugar mata. siap ngorat awek pramugari berskirt pendek lagi gitewww...

Balik rumah,tido dulu..haha
Pas asar baru keluar rumah..

Cam biasa,tempat lepak dekat DAM PUTRAJAYA lah..

Kasi can dorang main-main dulu..



Lepas maghrib, masing2 xde hala tuju..haha
Disebabkan kak ngah dah beli pizza, tebar tikar tepi dam tu..☺


Pizza+pau ^_^

Sokmo tak cukup korum

Dimana anak dan suamikuuuuu....sob3..

Lepas tu gerak gi kedai gelas besar dekat serdang. pizza saje tak cukup. jangan ulangi lagiii...berkeriuk perut tak dapat nasi😅

Datang pun dah lambat,memang makanan pun sampai lambat la. kena time tidur bun2 umi dah sampai. buat pasal le..terpaksa bukak bideo



Muke saya poyo tu normal..tengok video katun,umi yang terkinja lebih..

Anti social😂😂😂

Anak soleh dan solehah


Balik tu tidur dalam kepenatan dan kekenyangan..😁

Hari last,dapat jugak jumpa dorang sebelum dorang balik (saje buat ayat ni bagi sorang tu jeles sebab dia keje..haha)

Sebelum balik makan duluuuu..hehe





Moga panjang umur dapat jumpa lagi..sob3