Monday, November 30, 2015

Happy Anniversary ke-2

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang


fushoh2..diam tak diam dah 2 tahun kawen...rase macam dah 10 tahun kawen...hek4

Alhamdulillah..diberi nikmat ade peneman sampai ke hari ni. dan sekarang dah tambah peneman lagi sorang. pakwe baru, bodyguard di hari tua..ceceeehh...

*owhhh...pakwe baru tetibe bangun...macam tetau je tengah ngata dia*

 disebabkan saya masih lagi macam ting tong, hidup dalam keserabaian disebabkan tak biasa dengan pakwe baru, makanya saya takde idea nak buat ape untuk anniversary ni..boleh tak nak assume pakwe baru sebagai hadiah anniversary??hahaha

nak bagi bunga, yang ada kat dapor tu cume lah bawang dan halia yang dah tumbuh jadi pokok kat dalam bakul penapis tu (-_-")
*menunjukkan betapa lamenye saya tak masak..haha*

nak masak buat laok spesel kang en hubby makan sorang...saya mane boleh makan lagi bende bukan2..
tak aci r kat situ kan...saya masak, patut saya makan lebih..whuah4

nak belikan ray ban, saya nak bayar duit prudential pun duk cek purse berkali2..hahaha
gile sadis hidup tak keje gini..



Saya hadiahkan doa je la..
hadiah utama pakwe baru
sub-hadiah doa..

haaa...bes ape....hahahaha
saya kan dah up title jadi umi..
doa umi kan makbulllll...
ngeee



HADIAH UNTUK SAYA,
SAYA NAK
BERCUTI DEKAT CAMERON HIGHLAND..
semingguuuuu...hek3


nampak......
nampak benor bininye ni xmalu...
hadiah xnak bagi..
tapi dia lak pi mintak hadiah...
demand lak tuuuuu...


Tahniah..
anda berjaya memenangi peraduan lumba lari.. *deep*
hahaha


Ucapan di hari ini

::SEMOGA KEHIDUPAN KITA BERTAMBAH BAIK

::DIKURNIAKAN ANAK2 YANG SOLEH
*anak soleh sorang dah ade, hope aniberseri ke-5 baru tambah lagi sorang...troma lagi woooo*

:: DAPAT BELI RUMAH SENDIRI

:: TERMAKBUL SEGALA PERMINTAAN YANG TERBAIK UNTUK KITA
*abg dpt keje yang abg suke
syg dpt keje yg sesuai 

nak bagi ucapan panjang-panjang, pakwe baru dah marah...
k la..bubbyee...


p/s: feling nak mekap cecantik lagi...haha

ni yg rs nak buat entry khas letak gambor je...tapi xpe la...malassss..haha

Friday, November 27, 2015

Cloth Diapers

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang..

hari ni nak cite pasal Cloth Diapers (CD). tapi yang betul-betul basic la..sebab saya pun baruuuu je guna CD ni...ade 2 ketul je kat umah ni sekarang...whuah3
so, harap info saya ni betul la. otai2 CD kalau terbaca cam ade info yang bermazhab 'kakpahselambeland' ni, mohon betulkan..


JENIS-JENIS CD

sumber: www.manjakucomel.com

CD ada beberapa jenis:

1. Pocket
2. All In One (AIO)
3. All In Two (AI2)
4. Fitted *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*
5. Diaper Cover *yang ni saya tak cerita la..sebab tak khatam lagi..hehe*

*********************************************************************

1. Pocket 





 haa...macam gambar kat atas ni, ni contoh Pocket CD
:: insert dan lampinnya berasingan
:: sebelum pakaikan kat baby, kena masukkan insert dalam poket CD 


:: boleh masuk 1 @ 2 keping insert, depends pada kekerapan dan kuantiti kencing baby.
:: sebelum cuci, kena asingkan CD dengan insert
:: kelebihan-cepat kering
:: kekurangan - masa tukar lampin, kena tukar kedua-duanya sekali iaitu CD dan insert.

amende insert tu?

haaa...ni namenye insert...

insert ni untuk serap air kencing.
ada banyak material yang ade dalam pasaran - berbeza dari segi harga dan tahap penyerapan.
kalau jenis microfiber ni jangan buat lapik atas CD tu pulak tau..sebab material ni tak boleh direct kena kulit baby. sebab tu masukkan dalam pocket CD tu..


2. All in One (AIO)

AIO CD, insertnya dijahit sekali dengan CD.
Macam pakai pampers biasa la...boleh pakaikan terus pada anak.
Akan tetapi, bila dah ada insert sekali dengan CD, bila basuh tu lambat lah nak kering. sebab tebalkan... kelebihannya, takyah dah renyah2 nak masukkan insert dalam CD.

*gambar dari fb manjakucomel*


3. All in Two (AI2)

AI2 CD, insert dan diaper cover direka berasingan.
Untuk CD yang ni, insert cuma perlu diletakkan di atas CD.xpayah nak masukkan dalam poket segala.
Nanti bila nak tukar, tukar insert nye je la..CD tu kalau elok, boleh guna lagi. Jimat la tak payah basuh banyak-banyak.
CD jenis ni sesuai untuk bawak pegi travel atau yang xnak basuh CD banyak2.

*gambar dari fb manjakucomel*

akan tetapi, perkara penting yang perlu diingat

INSERT MICROFIBER DAN BAMBOO COTTON TIDAK BOLEH DIRECT KENA PUNGGUNG ANAK.
jadi nak buat macam mana?

guna insert sock.
Material insert sock biasanya dibuat daripada  microfleece @ microsuede @ bamboo fleece @ bamboo velour = material yang boleh kena pada kulit anak. 

leceh lak nak kena bersock2 bagai kan?
alternatif lain
guna insert bamboo charcoal
jenis charcoal ni boleh kena pada kulit anak.


*gambar dari fb manjakucomel*


*gambar dari fb manjakucomel*

*gambar dari fb manjakucomel*



lepas dah beli CD nak kena buat apa?


PREWASH CD

dah mende lak prewash ni?
*soklan yang bermain di benak saya masa mula2 kawan saya kata kena prewash*

prewash ni maknanya cuci CD dan insert yang nak digunakan tu.
Tujuannya untuk mengoptimumkan kadar penyerapan pada material.
so, kalau taknak anak pakai CD alih2 bocor, silalah prewash minimum 3x.
cuci-jemur-kering : 1
cuci-jemur-kering : 2
cuci -jemur-kering: 3
dah boleh guna.
*depends pada material.ada yang kena prewash sampai 6-8 kali.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIINGAT:

1. JANGAN BASUH CD DENGAN PELEMBUT FABRIK
 2. JANGAN GUNA CLOROX KE VANISH KE APE
kalau kotor biasanya stain akan hilang sendiri bila dijemur bawah matahari
3. JANGAN GUNA NAPPY CREAM
4. JANGAN BERUS CD ATAU INSERT

kejanganan semua ni boleh menyebabkan kadar penyerapan CD dan insert merudum dan boleh cepat rosak. kan tujuan nak selamatkan alam sekitar. kena la jaga elok2.. hehe
ala..renyah awal2 je...nanti dah biasa ok la..
boleh jimat banyak ni...guna dari anak kecik sampaiiiii besar,



CARA SETTING CD

adjust button tu ikut saiz anak


SABUN YANG SESUAI UNTUK BASUH CD

Saya listkan yang ada dalam malaysia je la ek..yang lain2 boleh google..
SABUN YANG FORMULATED UTK CD:
 Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent 
Charlie's Soap (powder) 
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda

Mountain Green
SABUN YANG TIDAK FORMULATED UTK CD TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UTK BASUH CD:

BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Fab
Trojan
Kuat Harimau
cosway ecomax - for cp and cd


TAKE NOTE:
SABUN YANG SEPATUTNYA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK BASUH CD
*tapi ade je yang guna*
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent

sebenarnya, tak kesah la sabun apa nak guna..tapi pastikan:

TIADA PELEMBUT @ SOFTENER
TIADA ENZYME
TIADA PELUNTUR @ PEMUTIH
TIADA ANTI-BAKTERIA
TIADA LEMAK@MINYAK



Haaa...setakat ini saje lah ilmu yang saya dapat kongsikan untuk hari ni. sebab ni je yang saya tau..hew3
berbekalkan ilmu yang ibarat seperti sebutir garam di kilang garam, saya memang beli CD yang murah2 je. asalkan anak saya selesa nak pakai.tercapai la tujuan nak berjimat, nak selamatkan alam sekitar dan tak lah putih mata kalau CD atau insert rosak.haha

Nak CD dan insert murah?
boleh tengok di FB Barang baby/bayi murah.

Nanti agak2 dah jadi otai tu, boleh la beli yang mahal-mahal.ngeh4



p/s: KALAU RASA MACAM PAHAM TAK PAHAM, NAK TANYA SOKLAN,
JEMPUT LAH WHATSAPP SAYA
0137141201
saya akan cuba jawab sebaik mungkin. kita sama-sama belajar ye dakkk...

kalau cari barang untuk wanita pulak
boleh cuci mata di
D'CasaBelle

Wednesday, November 11, 2015

Bes tak jadi umi?

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

soalan sebegini atau sipi2 begini telah berkali kali ditanya kepada saya beberapa hari selepas saya officially jadi umi..maka ketika itu, saya tak dapat berikan jawapan sama ada bes atau tak..
terserlah saya umi yang teruk bila jawab ade yang bes ade yang tak bes. lebih terasa diri ini teruk gila bila membaca jawapan balas dari mereka bila saya jawab begitu..
saya tak kecik ati..
tapi dalam hati saya mempersoalkan
what???betullah..saya jujur kottt...

sebenarnya soalan begitu tak perlu di tanya, lebih2 lagi pada 2 minggu yang kritikal..ditanya ketika luka jahitan masih rasa seperti tertetas2..ditanya ketika hormon2 badan masih bersimpang siur.. ditanya ketika emosi masih tidak stabil dan waktu diri sendiri keliru dengan keadaan diri sendiri..

dan selepas saya memberikan jawapan tersebut
muncul berita tentang ibu2 yang dikatakan meroyan sehingga bunuh diri, bunuh anak dan sebagainya..
dan serentak dengan itu, ibu2 yang berpengalaman berkongsi tentang diri mereka setelah melahirkan anak...di mana postnatal depression tu memang wujud..
tipu la kalau saya cakap saya tak langsung kena kemurungan tu..cuma mungkin tak teruk..
selalunya detik2 kritikal yang saya alami adelah waktu malam..waktu orang lain tido, saya yang masih kesakitan akibat luka jahitan yang banyak sampai hampir ke bontot terpaksa menguruskan si kecil yang meragam nak susu, nak tukar pampers, muntah, susu tersembur keluar dari hidung..
masa tu jangan kata sakit, siap saya dah give up dan motivate diri sendiri
biar la jahitan tu koyak, buruk, dan lagi over, biar kata sampai tercabut nyawa pun xpe lah..asalkan anak aku selamat!
TERTEKAN!
bagi susu sambil menangis2 sebab bila duduk terasa jahitan macam terbukak..
padahal sebenarnya tak terbukak pun..tapi dengan rasa sakit sebegitu terasa macam jahitan tertetas dan darah mengalir2 sampai basah katil -->again..overthinking..melampau dan hiperbola bak kata sastera melayu..
itu belum bila mata yang mengantuk tahap dewa baru nak lelap, sekali dengar rengekan kecik baby, bila pandang sebelah, tengok susu yang keluar dari hidung dah boleh ditadah dalam cawan -->hiperbola lagi.. kena la over supaya saya tak menaip sambil menitik2 air mata..
again
terus bangun dengan cepat -->sakit giler luka tu..
duduk kat atas katil dah xingat la nak kepit ke ape ke -->dabel sakit kat luka jahitan..
bangun dari katil siap kain batik terlondeh *saya memang tak pandai pakai kain batik*, dukung baby, sambil tepuk2 belakang sampai baby tido balik *adelah dalam sengah jam ke sejam gitu* nak duduk saje, luka sakit..baik jalan..---> berganda2 sakit..tapi ni bukan sakit luka jahitan..lebih kepada sakit ati..
yang paling buat saya sakit ati adelah panas..
hekeleh...panas pun sakit ati..ape2 ntah..
tapi tu la..bende kecik yang simple the dimple tu pun boleh buat saya stress giler..
time bagi susu, duduk penat, baring pun lenguh..ngan panasnye..dah tu kekdah guane lagi nak buat??
tangan sebelah dah genggam2 dah ni, tahan marah punye psl..dengan iman sekelumit ni la bekal pelindung si kecik dari kene tujal, terlangkup dengan bantal sebab esek merengek padahal susu dah bagi,pampers dh tukar--> imagine bukan2..sebab tu jangan suke sangat tengok cite bunuh2, dera2 sume tu..klu totally hilang kawalan, bende yang kita tengok tu la kita nak buat..
sebelah tangan lagi wasap en hubby..
sape lagi tempat nak hamburkan kemarahan..dia je la..
sampai la 1 malam tu, saya kena tazkirah panjang dengan en hubby..
perasaan: sebal.. sedih.. Rs mcm apsal dia pun xphm ak niiii...tapi rs marah yang paling top skali sampaikan sy amik kptsn utk buat donno je..keringkan hati.. Bila bergantung harap dgn manusia,begini la jadinya..kecewa...

kendian2 tu, bila luka dah beransur ok..rasa terbeban tu pun hilang...

 ni antara perkara kritikal yang jadi kat saya..
ape agaknya masih saya boleh jawab dengan ring angel di atas kepala dengan jawapan
seronokkkk sangat jadi umiiii...

tapi saya tak salahkan yang bertanya..
mereka belum merasa..
sama seperti saya dulu..
sebelum kawen, gatai miang nak kawen awal..kununnya kawen tu SERONOK GILA
huh..seronok ke..
lepas kawen rasa biase je..
same la jugak jadi ibu ni..
masa berangan2 rasa seronok la..
sekali dah hadap..
biase je..
cuma pertukaran fasa hidup,
pertambahan tanggungjawab..
seronok ke tu?
dapat status baru : seronok
galas tanggungjawab: tak seronok
seronok + tak seronok = biasa je la kan..

kenapa saya tak boleh nak jawab soklan
BES TAK JADI UMI?

sebab

dapat tau pregnant: BEST
sbb muke en hubby excited giler

pikir macam mane nak didik anak jadi manusia berguna: TAK BEST
sbb saya pun bukan baik mana..karma tu wujud  (T__T)

Morning sickness : TAK BEST
sbb sampai 5 6 bulan makan muntah makan muntah. SIYESLY TROMA GILER

Perut kecik : NEUTRAL
orang esek ulang2 perut@baby kecik: STRESS = TAK BEST

dapat layanan sebab pregnant: BEST
tapi merasa bila dah masuk 8 bulan..baru nampak perut..kalau tak, tolak la kau kereta kat umah tu..selamat dah tolak 2 3 biji kereta masa jadi mak buyung...

Baby tendang2 dalam perut : BEST GILA!
Lagi2 kalau baby mcm bagi respon dengan apa yang kita cakap..tengok perut bergerak ke kiri kanan rasa momazing..chewahh..

en hubby main2 ngan baby dalam perut:
BEST sbb nampak dia excited nak baby
TAK BEST sbb esek main ngan baby dalam perut je..kite ni tak dilayannye..cait..

Dapat tau baby dalam perut baby boy: BEST
sbb sy mmg nak anak lelaki..hehehe

Kene seluk untuk cek jalan: TAK BESSSTTTT
sbb sakit giler!

sakit contraction: GILER2 TAK BEST
lagi2 bila dah sakit sangat, tapi laluan tak bukak lagi..
another 1 yang buat saya TROMA TAHAP GABAN!

beranak: BEST
untuk baby ni, masa beranak tak sakit sangat..alhamdulillah...mungkin sbb cntraction tu sakit giler..so bile beranak, rasa tak sakit sangat..
tapiii
YANG TAK BESTNYE bila kena
kangkang depan doc..even doc pompuan pun segan, ape lagi kalau doc laki..yang tak pueh ati tu, xde nak sambut baby pun menyemak kat situ dah kenapeeee!!!
bab aurat ni la..rasa sadis sgt...huhu

En hubby masuk labour room lepas saya deliver: BEST
sbb tgk muke dia senyum2, masuk cakap assalamualaikum...owhhh...so swittt...
dgn excitednye dia cite dia azankan baby sume..
best sangat

pegang baby sendiri for the first time: BEST
elok2 sebelum ni cakap saya geli pegang baby baru lahir..tapi anak sendiri, tros dukung je..sebab dah bedung kot..boleh la berlagak..haha

tengok muka baby tido: BEST
rasa macam lenanya dia tidooo..huntung la xde mende nak pikir sangat...haha

Luka jahitan mula rasa sakit: TAK BEST
kentut pun sakit...nak berak apetah lagi..

Sembelit: TAK BEST
dah makan sebotol ubat spital pun xle berak gak..sakit, takut dgn jahitan pun ye jugak kot..
hari ke 3 baru dapat berak..tu pun seketul je..buat syarat..
tapi, berjam2 la duk dalam tu..
nanges2 sambil bontot tertonggeng2..kjp duduk kjp bgun dr jamban..

*doc kata meneran macam kene sembelit...last saya kene sembelit masa kecik kot...sbb tetibe teringat arwah wan penah masukkan ubat picit kat bontot...lpas tu smpai ke besor ni xde dh sembelit..
so, saya pun xle nak imagine how nak meneran macam sembelit..
bila dah kene sembelit ni, sambil duduk2 berusaha nak mengeluarkan hasil..TETAP SAYA TAK RETI NAK TERAN.. tersekat la kat tengah2 tu haaa...
maaf..saya tak suka memaksa..
taik tu xnak keluar..bior la dia duk kat dalam..
sampai dia nak keluar sendiri..*
berhuhulah kita di dalam jamban seorang diri..sobsss

Puting melecet: TAK BEST
bawah sakit, atas sakit..
ye tahu...sakit penghapus dosa..
tapi saya bukan hipokrit nak cakap tak sakit semata2 nak dapatkan title ibu mithali sebab tak pernah merungut..sory,,tu bukan saya...
sakit is sakit..
sakit kalau boleh tahan, saya tahan..sampai menggigil2 tahan sakit...
jangan nak cakap, merungut tak dapat pahala whatsoever..dosa pahala bukan korang yang bagi.. -->pehal minah ni tetibe emo..ntah2 orang tak cakap ape2 pun..haha

kita dah mengantuk gila, baby tak nak tido2: TAK BEST
ting tong ok.. dah sedia maklum baby memang macam tu..tapi xdapat nak terima bila time dia tido kita tak boleh tido..time dia xnak tido laaaaagi la kita xboleh tido..dah tu...nak suh jadi zombi ke tak tido langsung...kalau kepala straight je xpe..ni pegang pun macam larat tak larat..boleh bikin jiwe panas beb!nak2 sorang2 lak kene handle..

tinggal baby kejap, dah melalak: TAK BEST
Saya ni jenis kalau nak berak sangat2 xle dilambat2kan..kang ade yang pitam kang...
ade 1 malam tu, saya dah xthn nak berak..baby lak xnak tido..letak merengek...dukung, tapi terhuyung hayang nak pitam..pujuk bontot..xpe,..hang berak je dalam seluar..orang len tido..xtau..
tapi bontotku pemalu...dia xnak.. dah berpeluh dah ni..
letak baby, cakap ngan dia, tunggu kejap..umi nak berak..
sempat keluarkan yang terdesak, cebok cpt2..tgk baby dah nges2..
bontot pedih..disamping terasa lagi nak berak..
sadis sekali...

tengok baby senyum: BEST
sbb kite duk cite2 kat dia, sekali dia senyum macam la paham sangat ape yang kite bebel tu..
mujur comel..kalau tak cubit bagi nanges..nak tengok gusi pulak..haha..


Mgkin gambar ni boleh menyampaikan ape yg dirasai..


P/s: sepanjang alami bende yang tak best tu...saya duk pikir macam mane la ibu2 yang pantang sendiri tu..mane nak susukan baby..baby menages..nak ngempeng..anak2 yang lain nak diuruskan..nak kena masak..kemas umah..laki nak kene layan..perghhh!!
tak leh nak imagine stress nye dorang..
tapi...mereka2 ni la penaik semangat saya sebab saya tak kene macam tu..kenapa saya nak give up pulak..patut dorang la kene give up kan..
siyesly, ibu2 ini inspirasi..


utk next baby..*ewah...dah berangan next baby*
saya harap masa tu saya dah tak troma dgn morning sickness ngan contraction..
dan dah bersedia nak tadah aurat kat orang luar.. wpun jiwe xrelaaa.. (T_T)
kalau en hubby boleh sambut kan best...hurmm...



#abes dah 44hari#