Lelaki Idamanku,
Adamku, Imamku........
Wahai lelaki idamanku,
Wahai lelaki idamanku,
Ketahuilah aku mengimpikan untuk dimiliki olehmu.
Dimiliki oleh lelaki yang beriman,
Lelaki yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Lelaki yang jiwanya penuh penghayatan dan cinta terhadap Islam.
Dan kerana itu,
Lelaki yang jiwanya penuh penghayatan dan cinta terhadap Islam.
Dan kerana itu,
Aku berusaha untuk menjadi wanita yang beriman dan
solehah,
Aku berusaha menyemai rasa taqwa kepada Allah, dan
Aku berusaha mendalami dan mencintai lagi agama kita.
Supaya aku layak bersama denganmu.
Aku harap dikau juga begitu.....
Wahai Adamku,
Ketahuilah aku merinduimu.
Aku merindui Adamku yang menyejukkan mata mendamaikan jiwa,
Aku merindui Adamku yang boleh diajak berbincang dan
berbicara,
Aku merindui Adamku yang selalu membuat aku tersenyum
bahagia,
juga yang membuatku menangis kerana menyayangimu sepenuh
jiwa.
Dan dengan itu,
aku menjanjikan yang terbaik buatmu,
aku menjanjikan kesetiaan dan kasihku hanya untukmu,
aku menjanjikan keramahan dan kemesraan berpanjangan juga
untukmu Adam....
Wahai imamku,
Ketahuilah aku mengharapkanmu.
Untuk mendidikku dan kita sama-sama mendidik anak-anak kita
mendalami dan mencintai Allah dan Islam,
Bersama-sama dalam membina baitul muslim yang hidup dalam kesederhanaan,
Berteraskan naungan Al-Quran dan sifat Rasulullah yang dirindui.
Di saat kita bersama,hanya hati yang saling mengerti menutur bicara.
Bersama-sama dalam membina baitul muslim yang hidup dalam kesederhanaan,
Berteraskan naungan Al-Quran dan sifat Rasulullah yang dirindui.
Di saat kita bersama,hanya hati yang saling mengerti menutur bicara.
Menyemarakkan kasih dengan haruman firdausi,
Menyegari cinta dengan siraman nur keimanan,
Agar ruangan hati kita dipenuhi dengan kesyahduan.
Wahai lelaki idamanku, Adamku, imamku..........
Ketahuilah aku sedang menantimu.
Aku ingin mengasihimu dan dikasihi olehmu,
Aku ingin menyayangimu dan disayangi olehmu,
Aku ingin merindui dan dirindui olehmu,
Aku ingin mencintai dan dicintai olehmu,
Aku ingin meredakan keresahan dijiwamu,
Aku ingin menjadi penenang dihatimu,
Aku ingin mengharungi susah dan senang hidup bersamamu,.
Aku ingin menemanimu hingga akhir hayatku.
Ketahuilah kekasih hatiku....
Aku akan menunggumu dengan sabar.
Walaupun aku bukan insan yang sempurna,
Tetapi aku akan berusaha menjadi
wanita idamanmu, bidadarimu dan permaisuri di hatimu.
Andai tiada pertemuan di dunia ini
Ku tetap ingin bertemu denganmu di sana nanti.
Wahai Tuhanku Ya Allah,
dengarlah rintihan hamba.
hamba mengharapkan petunjukMu
hamba memohon keredhaanMu
perkenankanlah hasrat di hati hamba
rahmatilah impian hamba.
kerana Engkau sahaja
yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba.
Permudahkan si dia menemui hamba
dan satukan hatinya dengan hati hamba.
Jadikan kami pasangan yang beriman
pasangan yang terpelihara dari kemurkaanMu
pasangan yang mengagungkan cintaMu yang hakiki.
Amin...
Penanti kekasih impian,
SYARIFAH
NUR FARHANA SYED HASSAN..
18 Nov 2008